- Portfolio Cerakinan Terapi Virus dan Gen BioReliance® menang anugerah bagi kategori Analitikal/Ujian
- CRISPR-proksi Merck menang anugerah Pengiktirafan Khas Pengubah Pasaran — Produk
DARMSTADT, Jerman, 28 November 2018 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka, hari ini mengumumkan ia telah memenangi dua Anugerah R&D 100. Program Anugerah R&D 100 tahunan kali ke-56, bagi memberi penghormatan kepada 100 teknologi paling inovatif dan signifikan yang diperkenalkan tahun lalu, mengiktiraf Merck untuk Portfolio Cerakinan Terapi Virus dan Gen BioReliance® dan teknologi CRISPR-proksi. Merck menerima sembilan Anugerah R&D 100 sejak enam tahun lalu.
"Kami berbesar hati untuk menerima dua Anugerah R&D 100, satu anugerah mengiktiraf tumpuan berterusan kami dalam menjadikan terapi gen boleh diakses dengan lebih meluas kepada pesakit yang memerlukan dengan membangunkan dan melaksanakan cerakinan Terapi Virus dan Gen BioReliance® dengan pesat," kata Udit Batra, ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif, Life Science. "Anugerah kedua menonjolkan Merck sebagai peneraju pasaran dalam penyuntingan gen — hasil daripada tumpuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bertahan lama kami terhadap teknologi CRISPR. Saya amat berbangga dengan pasukan kami yang saban hari, menghidupkan matlamat kami untuk menyelesaikan masalah yang paling sukar dalam sains hayat."
Portfolio Cerakinan Terapi Virus dan Gen BioReliance® Merck memenangi Anugerah R&D 100 bagi kategori Analitikal/Ujian. Portfolio Cerakinan Terapi Virus dan Gen BioReliance® ialah platform cerakinan yang membolehkan pelepasan vektor terapi virus dan gen yang tepat pada masanya, memendekkan masa ujian hampir separuh lamanya, di samping menyediakan keputusan yang tepat dan andal. Merck membangunkan cerakinan ini khusus untuk pencirian, ketulenan, potensi, keselamatan dan pengujian pembebasan produk terapi gen virus.
Teknologi CRISPR-proksi Merck memenangi anugerah Pengiktirafan Khas Pengubah Pasaran — Produk. Anugerah pengubah pasaran diberikan kepada mereka yang berpotensi menjadi "pengubah industri", mengubah teknologi yang sedia kukuh dan mengubah industri masing-masing.
CRISPR-proksi ialah alatan penyuntingan genom baharu untuk meningkatkan prestasi protein CRISPR lain yang baru ditemui. Teknologi ini menjadikan CRISPR lebih cekap, anjal dan spesifik dengan membuka struktur heliks DNA agar penyelidik dapat membuat perubahan jujukan yang disasarkan dalam kawasan genom yang dahulunya tidak dapat diakses. CRISPR-proksi Merck menyediakan kaedah yang pantas dan ringkas untuk meningkatkan kebolehgunaan tanpa keperluan yang susah payah untuk merekayasa semula protein CRISPR natif.
Anugerah R&D 100 merupakan antara anugerah inovasi yang paling berprestij, memberi penghormatan kepada perintis-perintis dalam bidang penyelidikan dan pembangunan.
Ikuti Merck di Twitter @Merckgroup, Facebook @merckgroup dan di LinkedIn.
Semua siaran berita Merck diedarkan melalui e-mel pada masa yang sama turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar secara dalam talian, menukar pilihan anda atau menghentikan perkhidmatan ini.
Latar Belakang Merck
Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang bertenaga, beroperasi merentas segmen penjagaan kesihatan, sains hayat dan bahan prestasi. Sekitar 53,000 kakitangan bekerja untuk membawa perubahan positif kepada berjuta-juta kehidupan individu saban hari dengan mencipta cara yang lebih menyeronokkan dan mampan untuk menjalani kehidupan. Bermula dengan memajukan teknologi penyuntingan gen dan menemui cara-cara unik bagi merawat penyakit yang paling mencabar bagi mendayakan kecerdasan peranti, Merck berada di mana-mana jua. Pada tahun 2017, Merck menjana jualan sebanyak €15.3 bilion di 66 negara.
Penerokaan saintifik dan keusahawanan bertanggungjawab menjadi kunci kepada kemajuan teknologi dan saintifik Merck. Dengan cara inilah Merck berkembang maju sejak ditubuhkan pada tahun 1668. Keluarga pengasas kekal sebagai pemilik majoriti syarikat senaraian awam ini. Merck memegang hak global untuk nama dan jenama "Merck". Satu-satunya pengecualian ialah Amerika Syarikat dan Kanada, yang mana sektor-sektor perniagaan beroperasi sebagai EMD Serono dalam bidang penjagaan kesihatan, MilliporeSigma dalam sains hayat dan EMD Performance Materials.
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/789552/Merck.jpg