omniture

MovieCoin Umum Perkongsian dengan Paytomat

MovieCoin
2018-11-30 02:12 1411

Peniaga dan Pengguna Peroleh Insentif untuk Berurus Niaga Guna MOV pada Platform Paytomat  

GEORGE TOWN, Cayman Islands, 30 November 2018 /PRNewswire/ -- MovieCoin, syarikat teknologi kewangan yang memanfaatkan rantaian blok, kontrak pintar dan aset digital untuk mencipta mata wang standard baharu untuk pembiayaan industri hiburan, transaksi perniagaan dan pembayaran pengguna, telah mengumumkan satu perkongsian dengan Paytomat, satu gerbang pembayaran yang mendayakan transaksi mata wang kripto.

Perjanjian ini, yang dijadual berkuatkuasa pada suku pertama tahun 2019, akan membolehkan peniaga runcit dan perniagaan e-dagang mendaftar pada platform berasaskan rantaian blok Paytomat untuk menerima Token Moviecoin ("MOV") sebagai bayaran, menggabungkan pembayaran mata wang kripto ke dalam sistem titik jualan sedia ada mereka tanpa perlu melabur dalam perkakasan atau perisian baharu. Paytomat terus memberi insentif kepada penerimaan mata wang kripto menggunakan program kesetiaan terbina dalam bagi mengganjari pengguna-penggunanya.

"Perkongsian baharu kami dengan Paytomat mengesahkan lagi senarai tindakan B2B dan B2C untuk Token Moviecoin," kata Christopher Woodrow, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif di MovieCoin. "Langkah memperkenalkan Token MOV kepada platform Paytomat akan membantu peniaga-peniaga industri hiburan memanfaatkan faedah-faedah kecekapan daripada pembayaran token pada sistem POS yang sama yang telah digunakan oleh mereka selama beberapa tahun."

Penyelesaian Paytomat termasuk dompet berbilang mata wang, aplikasi mudah alih untuk peniaga, kod QR peniaga terbenam-ID untuk penjual lebih kecil dan pedagang tunggal, selain pemalam pertama dunia bagi menerima mata wang kripto melalui WordPress. Dengan menyediakan ketelusan waktu sebenar kepada aliran modal dan prestasi fiskal, pembayaran Token MOV membantu perusahaan dan juga pengguna membuat keputusan pembelian termaklum yang lebih baik, sekaligus turut menangani cabaran-cabaran perakaunan unik yang tersebar luas di Hollywood.

"Kami berbesar hati kerana dapat menemui rakan kongsi dalam MovieCoin yang mempunyai misi yang sama untuk merevolusikan pembayaran harian menggunakan rantaian blok dan teknologi pentokenan," kata Yurii Olentyr, Ketua Pegawai Eksekutif di Paytomat. "Dengan memudahkan proses penerimaan untuk perniagaan dan juga pengguna, hubungan kerja seperti ini akan membantu ekonomi sebenar merealisasikan potensi mata wang kripto sebagai sistem pembayaran global yang lebih berkesan."

MovieCoin kini menjalani prajualan Token MOV, menerima Token-token Ethereum, Bitcoin dan BANKEX (BKX) sebagai kaedah bayaran. Bernilai $0.11 setiap satu, Token MOV diagihkan dari Cayman Islands. Ia tidak dijual di Amerika Syarikat atau Kanada. Syarikat juga merancang untuk menawarkan Token Sekuriti Dana Pintar MovieCoin ("MSF") berasingan untuk pelabur terakreditasi, menurut Peraturan D dalam Akta Sekuriti Amerika Syarikat dan Instrumen Negara Kanada 45-106 - Pengecualian Prospektus, yang akan dibuat pada awal tahun 2019.

Latar Belakang MovieCoin
MovieCoin ialah syarikat teknologi kewangan generasi seterusnya yang menumpu untuk memanfaatkan teknologi rantaian blok, aset digital dan aplikasi proprietari untuk menjadi platform penyelesaian hiburan dan transaksi utama untuk perniagaan dan pengguna serta mata wang standard untuk membiayai wayang gambar, television dan media lain.

Operasi-operasi Syarikat mencakupi kewangan dan pengeluaran kandungan, perkhidmatan perniagaan dan pengguna serta pembangunan dan pelesenan teknologi. Perniagaan-perniagaan kandungan kewangan dan pengeluaran MovieCoin menawarkan pemilikan programatik melibatkan aset-aset hiburan yang difilemkan kepada pelabur-pelabur kewangan yang menginginkan pendedahan berinstitusi terhadap kandungan premium, manakala platform aset digitalnya menyediakan perniagaan dengan penyelesaian inovatif bagi menyelaraskan operasi dan peminat hiburan dengan cara yang unik dan lebih menarik untuk terlibat dalam pengalaman filem.

Syarikat ditubuhkan pada tahun 2017 oleh Christopher Woodrow dengan kerjasama BANKEX dan mempunyai pejabat-pejabat di Vancouver, British Columbia dan Santa Monica, California.

Latar Belakang Paytomat
Paytomat ialah set penyelesaian perisian rantaian blok yang berasaskan EOS, dicipta untuk membantu peniaga, pengguna dan pasukan kripto teras mencari satu sama lain dan mewujudkan daya tarikan dunia sebenar untuk mata wang kripto sebagai kaedah baru muncul untuk pembayaran harian. Paytomat diwujudkan untuk menggabungkan infrastruktur pembayaran, instrumen mesra pengguna dan insentif tambahan untuk berkembang ke seluruh dunia melalui jaringan pemimpin serantau. Untuk maklumat lanjut layari www.paytomat.com atau hubungi media@paytomat.com.

Hubungan Media:
Aidan O'Connor
Prosek Partners bagi pihak MovieCoin
+1 (646) 402-6642
aoconnor@prosek.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/687165/MovieCoin_Logo.jpg  

Source: MovieCoin
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Contracts Blockchain Financial Technology