Pengeluar-pengeluar Peralatan Perubatan Digalakkan untuk "Tukar Pembekal dan Jimat"
ORANGEBURG, Carolina Selatan, 30 November 2018 /PRNewswire/ -- Zeus Industrial Products, Inc. (Zeus), pengeluaran penyemperitan polimer utama dan penginovasi sains bahan, melancarkan program pertama seumpamanya yang menarik perhatian pengeluar-pengeluar peralatan perubatan yang menggunakan tiub susut haba boleh tanggal dan pelapik bergores daripada pembekal-pembekal pesaing. Program "Tukar Pembekal dan Jimat" ("Switch Suppliers and Save") memberi peluang untuk mencuba produk susut haba Zeus secara percuma.
Produk susut haba boleh tanggal FluoroPEELZ® Zeus ialah produk pilihan dalam program "Tukar Pembekal dan Jimat", menawarkan kejelasan tertinggi – hasil daripada teknologi berpaten yang dibangunkan oleh Zeus. Kini, Zeus hanya melesenkan teknologi susut haba boleh tanggal lutsinarnya kepada sebuah syarikat di seluruh dunia. Pemegang lesen tunggal teknologi berpaten Zeus menggunakan teknologi ini khususnya untuk bekalan dalamannya sendiri.
Zeus menghormati hak-hak harta intelek pihak-pihak lain dan sewajarnya mengambil serius pencerobohan pihak-pihak lain terhadap hak-hak paten Zeus. Mana-mana pembekal lain yang menawarkan produk susut haba boleh tanggal lutsinar menceroboh hak-hak paten Zeus. Syarikat-syarikat yang telah memperoleh produk susut haba boleh tanggal daripada pembekal-pembekal tidak berlesen boleh mengalami gangguan dalam bekalan tersebut, lantaran kemungkinan kelayakan semula terhadap formulasi susut haba bukan lutsinar. Sebaliknya, Zeus memberi kepastian berhubung bekalan berterusan dan hak-hak yang sewajarnya terhadap produk susut haba boleh tanggal yang lutsinar.
FluoroPEELZ juga merupakan produk gred perubatan Kelas VI yang diluluskan. Apabila digabungkan dengan produk pelapik bergores Zeus, pengeluar-pengeluar peralatan perubatan berupaya mempercepatkan pengeluaran, meningkatkan hasil dan meningkatkan keselamatan semasa proses pembinaan kateter.
Program "Tukar Pembekal dan Jimat" memberi insentif kepada pengeluar-pengeluar yang bersedia untuk beralih kepada pembekal yang lebih baik dan hasilnya mencapai penjimatan kos dengan menggabungkan produk-produk pelengkap. Program ini memudahkan proses peralihan dengan mengurangkan risiko yang dikaitkan dengan penukaran pembekal dan membantu pembeli, jurutera dan pengeluar menjustifikasikan keputusan untuk melakukan sedemikian.
Syarikat-syarikat yang layak untuk program tersebut akan menerima:
Dengan mengambil bahagian dalam program tersebut, pengeluar-pengeluar akan turut mendapat akses untuk berkolaborasi dengan saintis-saintis aplikasi kakitangan Zeus bagi memastikan produk-produk tersuai yang dibangunkan oleh Zeus dapat memenuhi keperluan tertentu anda.
ULASAN
"Zeus memahami masa, usaha dan kos yang terlibat untuk menukar pembekal. Walau bagaimanapun, kami menjadikannya lebih mudah berbanding sebelum ini untuk syarikat-syarikat mengurangkan kos dan beralih kepada Zeus. Penyelesaian susut haba dan pelapik bergores kami menawarkan kualiti unggul berbanding saingan. Program ini memberi cara kepada pengeluar-pengeluar untuk meningkatkan nilai keseluruhan pembekal polimer mereka yang menyumbang kepada matlamat syarikat mereka." – Bob Chaney, Naib Presiden Kanan, Jualan & Pemasaran Global, Zeus Industrial Products, Inc.
"Pengeluar-pengeluar yang menunggu untuk menilai produk susut haba dan pelapik bergores Zeus kini mempunyai peluang yang menjimatkan dengan risiko yang rendah. Pengeluar-pengeluar dapat menikmati harga pilihan apabila beralih kepada Zeus daripada pembekal sedia ada mereka. Dengan beralih kepada Zeus, syarikat-syarikat dapat menggabungkan pembekal, menghimpunkan produk susut haba yang lebih baik dengan pelapik lebih baik serta menjimatkan wang dalam proses tersebut." – Daryl Leach, Pengarah Pengurusan Pasaran Global, Zeus Industrial Products, Inc.
FAKTA RINGKAS
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program unik ini, layari laman sesawang Zeus hari ini.
LATAR BELAKANG ZEUS INDUSTRIAL PRODUCTS, INC.
Zeus Industrial Products, Inc., beribu pejabat di Orangeburg, Carolina Selatan, AS. Perniagaan terasnya ialah pembangunan dan penyemperitan ketepatan bagi bahan-bahan polimer termaju. Syarikat menggaji lebih 1,500 kakitangan di seluruh dunia dengan kemudahan-kemudahan di Aiken, Gaston, dan Orangeburg, Carolina Selatan; Chattanooga, Tennessee; Branchburg, New Jersey; Guangzhou, China; dan Letterkenny, Ireland. Produk dan perkhidmatan Zeus menawarkan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat dalam pasaran perubatan, automotif, aeroangkasa, gentian optik, tenaga dan pengurusan cecair. Untuk maklumat lanjut, layari www.zeusinc.com.
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/790870/Zeus_Logo.jpg