omniture

Aeroflot Sahkan Kepimpinan Global: Jenama Syarikat Penerbangan Utama Dunia dan Kelas Perniagaan Terbaik Dunia, Menurut World Travel Awards 2018

Aeroflot
2018-12-05 00:05 633

MOSCOW, 5 Disember 2018 /PRNewswire/ --

Kedudukan utama Aeroflot dalam industri penerbangan global disahkan hujung minggu ini apabila ia membawa pulang dua hadiah utama di Peringkat Akhir World Travel Awards 2018 - Jenama Syarikat Penerbangan Utama Dunia dan Syarikat Penerbangan Utama Dunia - Kelas Perniagaan.

Aeroflot mengekalkan kedudukannya sebagai jenama Nombor 1 dalam industri penerbangan global buat tahun kedua berturut-turut, kekal menjadi satu-satunya pemegang gelaran ini daripada World Travel Awards dalam sejarah. Aeroflot memenangi kategori Syarikat Penerbangan Utama Dunia - Kelas Perniagaan buat julung kalinya.

World Travel Awards dikenali sebagai anugerah Oscar bagi industri pengembaraan. Anugerah-anugerah disampaikan setiap tahun kepada pengusaha-pengusaha pelancongan, hotel dan syarikat penerbangan yang terkemuka. Anugerah-anugerah ini disampaikan sepanjang tahun dalam tiga peringkat: peringkat negara, serantau dan global. Pemenang-pemenang diputuskan mengikut undian dalam talian yang menarik perhatian ratusan ribu ahli profesional pengembaraan dan berjuta-juta pengembara. Kriteria utama ialah kualiti produk dan kualiti perkhidmatan. Majlis gala Peringkat Akhir WTA berlangsung pada 1 Disember di Lisbon, salah satu ibu kota tertua di dunia dan juga salah satu destinasi pelancong Aeroflot yang paling popular di Eropah.

"Dua pingat emas kami di World Travel Awards merupakan penunjuk jelas mengenai kedudukan utama kami dalam industri penerbangan dunia," kata Ketua Pegawai Eksekutif Aeroflot Vitaly Saveliev. "Tumpuan kami untuk mengekalkan armada pesawat paling baharu, membangunkan jaringan laluan kami secara berterusan, menyediakan perkhidmatan premium dan memanfaatkan teknologi digital merupakan kunci kejayaan kami dalam arena antarabangsa."

Awal tahun ini, Aeroflot memenangi tiga kategori utama di World Travel Awards bagi rantau Eropah: Jenama Syarikat Penerbangan Utama Eropah, Syarikat Penerbangan Utama Eropah - Kelas Perniagaan dan Syarikat Penerbangan Utama Eropah ke Asia (bagi syarikat penerbangan terbaik untuk transit Eropah-Asia).

Latar Belakang Aeroflot 

Aeroflot ialah syarikat penerbangan kemegahan Rusia dan ahli penting bagi perikatan syarikat penerbangan global SkyTeam. Aeroflot menawarkan perkhidmatan di 152 destinasi dalam 55 negara. 

Armada dengan kekuatan 251 pesawat Aeroflot merupakan yang terbaharu bagi mana-mana syarikat penerbangan di seluruh dunia yang mengendalikan lebih daripada 100 pesawat. Pada tahun 2017, Aeroflot membawa 32.8 juta penumpang (50.1 juta penumpang sebagai Aeroflot Group termasuk subsidiari). 

Aeroflot memegang status Syarikat Penerbangan 4-Bintang daripada Skytrax dan telah dinamakan Syarikat Penerbangan Terbaik di Eropah Timur buat kali ketujuh pada World Airline Awards Skytrax 2018. Aeroflot juga telah dianugerahkan dengan penarafan syarikat penerbangan global lima bintang oleh persatuan penerbangan AS, APEX.  

Aeroflot ialah jenama syarikat penerbangan terkukuh di dunia menurut perunding strategi jenama terkemuka Brand Finance. 

Ketahui lebih lanjut di http://www.aeroflot.com/  

 

Source: Aeroflot
Related Stocks:
RTS:AFLT
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Transportation Travel Awards