omniture

Kavalan Perkenal Wiski Dimatangkan dalam Tong Kayu 'First Growth Bordeaux' Ulang Tahun ke-10 Terhad kepada 3,000 botol

Kavalan
2018-12-06 00:41 1352

 'Pencarian Nilai Kecemerlangan' - Kehebatan First Growth Bordeaux diadunkan dengan rasa buah-buahan, kelembutan dan kerumitan istimewa Kavalan

TAIPEI, Taiwan, 6 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Sempena meraikan sedekad hari yang tepat sejak pelancaran wiski sulungnya, hari ini Kavalan Distillery melancarkan dua edisi istimewa terhad Ulang Tahun ke-10 di Taiwan, iaitu "Kavalan Bordeaux Margaux" dan "Kavalan Bordeaux Pauillac."

Edisi Terhad Ulang Tahun ke-10 Kavalan, Kavalan Bordeaux Margaux dan Kavalan Bordeaux Pauillac, dipadankan bersama untuk melengkapkan angka Roman ‘X’ dengan peredaran masa bergaya yang bergerak dalam satu lengkungan di sekeliling reka bentuknya
Edisi Terhad Ulang Tahun ke-10 Kavalan, Kavalan Bordeaux Margaux dan Kavalan Bordeaux Pauillac, dipadankan bersama untuk melengkapkan angka Roman ‘X’ dengan peredaran masa bergaya yang bergerak dalam satu lengkungan di sekeliling reka bentuknya

Setiap edisi dibotolkan dengan 57.8% ABV sebanyak 1000ml disimpan di dalam set kotak hadiah deluxe dengan dua cawan kaca Glencairn serta terhad kepada 3,000 botol setiap satu.

Demi meraikan pencariannya terhadap nilai kecemerlangan, Kavalan menjadikan tong kayu wain First Growth Bordeaux dari wilayah Margaux dan Pauillac sebagai tumpuan dalam majlis memperingati ulang tahun ke-10nya tatkala ia menuju ke dekad seterusnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kavalan, En. YT Lee berkata bahawa upacara ini bertujuan untuk mengimbau pencapaian-pencapaian pada dekad lalu dan berusaha lebih gigih untuk meraih kesempurnaan pada dekad seterusnya.

"Di Kavalan, kami sentiasa mementingkan kecemerlangan sebagai asas wiski kami tatkala kami memandang ke arah masa depan dan berusaha mencapai matlamat kami untuk menjadi 'kilang penyulingan berabad lama' seperti yang digelar di Taiwan, yang mana suatu jenama itu berupaya berkembang maju meskipun selepas beratus-ratus tahun lamanya," kata beliau.

Pakar pengadun En. Ian Chang berkata bahawa beliau dan En. Lee telah menjelajah ke ladang-ladang anggur wain bersejarah di Perancis dan memilih sendiri tong kayu wain Bordeaux terbaik bagi mematangkan wiski Kavalan baharu yang memenangi anugerah dalam iklim subtropika Yilan, Taiwan.

"Kami tertarik dengan rasa tersendiri yang mungkin terhasil daripada gabungan unik antara Kavalan, yang mana kami berusaha mencapai kesempurnaan setiap hari dan chateaux berprestij ini yang terkenal dengan nilai kecemerlangannya selama berabad-abad lamanya," kata beliau.

Pakar pengadun En. Ian Chang berkata bahawa projek First Growth Bordeaux merupakan satu ujikaji "sejauh mana minuman beralkohol daripada wain hebat yang sukar didapati ini, melalui tong-tong kayu yang mengagumkan, dapat berubah menjadi wiski Kavalan yang amat istimewa" dan inovasi akan terus menakrifkan dekad Kavalan yang seterusnya.

Wiski sulung Kavalan, Wiski Malt Tunggal Klasik Kavalan, dilancarkan sedekad lalu pada 4 Disember 2008 dan akhirnya menjadi ekspresi paling popular oleh pembuat wiski.

Setiap set kotak hadiah Edisi Terhad 1000ml berharga RRP NT$8,800 (US$285). Pelancaran global sedang dirancang untuk dilakukan pada tahun hadapan.

Menerusi dekad lalu Kavalan, ia telah berjaya tersenarai dalam "Dewan Kemasyhuran" Majalah Whisky World Whiskies Awards (WWA) untuk En. YT Lee dan bapa beliau, En. TT Lee; anugerah "Malt Tunggal Terbaik Dunia" 2015 dan "Malt Tunggal Tong Tunggal Terbaik Dunia" 2016 WWA; "Penyuling Terbaik Tahunan" 2017 dan enam anugerah "Pengeluar Terbaik Tahunan" daripada Pertandingan Wain dan Minuman Beralkohol Antarabangsa, selain anugerah "Penyuling Terbaik Tahunan" 2018 daripada Pertandingan Minuman Beralkohol Dunia San Francisco.

MERASA UNSUR ASAS:

MALT TUNGGAL TONG TUNGGAL DIMATANG DALAM TONG WAIN BORDEAUX MARGAUX Kavalan

Hebat, padat dengan karakter dan luar biasa lembut, Bordeaux Margaux Edisi Terhad mencapai unsur asas yang mewah nan indah bagi karamel hangat dan fudge bermentega, molases gelap yang pekat dan kemanisan lembut vanila berkrim.

Warna: Ambar Gelap

Aroma: Sos karamel beraroma indah diseduh dengan rempah ratus panas dapat dihidu oleh hidung. Wain pencuci mulut yang pekat dan mewah serta gula perang gelap yang dididih muncul, diikuti dengan buah-buahan berisi yang segar dan kayu Araz lembut dari kejauhan.

Rasa: Kemunculan rasa manis yang hangat membawa kepada tofi bermentega kaya yang cair dan diperkukuh dengan kismis berisi. Wain buah plum masam yang ringan nan indah kini muncul dengan rasa kekacang yang samar-samar namun menonjol.

Rasa akhir: Mendatangkan kepuasan yang lama dan hebat. Rasa manisnya berbaur dengan unsur tart lembut bagi mengganjari peminum dengan adunan rasa yang nikmat pada lidah.

MALT TUNGGAL TONG TUNGGAL DIMATANG DALAM TONG WAIN BORDE AUX PAUILLAC Kavalan

Amat mewah dan kerumitan yang halus, Bordeaux Pauillac Edisi Terhad meletus dengan rasa buah-buahan masak yang mewah dari hutan belantara, epal tofi yang enak serta rempah ratus jintan, ketumbar dan lada hitam yang lembut.

Warna: Mahogani Beraneka 

Aroma: Aroma buah-buahan lembut yang indah daripada anggur hitam yang ranum, kepada sirap strawberi dan sedikit sentuhan epal. Pengaruh wain tidak dapat disangkal lagi. Daging bakar, jintan, biji ketumbar yang dikisar dan lada hitam diparut halus mengimbangi rasanya.

Rasa: Buah-buahan lembut ditaburi tofi, sebelum letusan rasa buah-buahan dan rempah ratus yang mengiringinya. Ia sangat menyeronokkan dengan kekuatan tong kayu dan menghasilkan rasa berkrim vanila yang enak tatkala berada di dalam mulut. Ia dapat mengawal kecairan dengan amat baik pada pelbagai kekuatan.

Rasa akhir: Rasa pedas di bahagian depan mulut, buah-buahan dimasak dan kehangatan yang meliputi tekak.

Latar Belakang Kavalan Whisky

Kilang Penyulingan Kavalan di daerah Yilan telah mempelopori seni pembuatan wiski malt tunggal di Taiwan dan membotolkan wiski malt tunggal pertama pada tahun 2008. Wiski kami, dimatangkan dalam kelembapan dan haba yang kuat, bersumberkan air lebur daripada Snow Mountain dan ditingkatkan oleh bayu laut dan gunung yang dingin. Kesemua ini digabungkan bagi menghasilkan rasa utama Kavalan yang penuh berkrim. Mengambil nama lama Daerah Yilan, kilang penyulingan kami disokong oleh kira-kira 40 tahun pengalaman dalam pembuatan minuman di bawah syarikat induk, King Car Group. Kami telah mengumpul lebih 280 anugerah emas atau anugerah lebih tinggi daripada pertandingan-pertandingan paling kompetitif dalam industri dan boleh didapati di lebih 70 negara. Layari www.kavalanwhisky.com

Hubungi:

Kellie Du 
886-3922-9000 #7165 
kellie@kingcar.com.tw  

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181204/2315685-1

Source: Kavalan
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages New products/services