omniture

Ping An GammaLab Menang Pertandingan Pemahaman Bacaan Mesin AI Global

Ping An Insurance (Group) Company of China, Ltd.
2018-12-06 22:56 1155

Teknologi pemahaman bacaan mesin terbaik dalam kelas bakal tingkatkan kecekapan kos dan pertingkat pengalaman pelanggan dalam industri insurans dan perbankan

HONG KONG dan SHANGHAI, 6 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Ping An Insurance (Group) Company of China, Ltd. (selanjutnya "Ping An" atau "Kumpulan") (HKEX: 2318) (SSE: 601318) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa OneConnect, subsidiari Kumpulan menduduki tempat pertama dalam salah satu cabaran pemahaman bacaan mesin paling berwibawa di dunia - Stanford Question Answering Dataset 2.0 (SQuAD). GammaLab Institute of Artificial Intelligence (GammaLab), dimiliki OneConnect, mendapat mata 83.435, menghampiri tahap prestasi manusia iaitu 86.831, jauh meninggalkan syarikat-syarikat lain dalam cabaran tersebut.

SQuAD2.0 terdiri daripada lebih 100,000 soalan dengan lebih 50,000 soalan baharu yang tidak boleh dijawab, ditulis oleh pekerja bersumber khalayak agar kelihatan serupa dengan soalan-soalan yang boleh dijawab. Untuk cemerlang dalam SQuAD2.0, sistem bukan sahaja perlu menjawab soalan-soalan sekiranya boleh dijawab, tetapi juga menentukan apabila tiada jawapan yang disokong oleh perenggan dan tidak menjawabnya.

Menurut Ping An, model AI dapat digunakan dalam pelbagai senario untuk bertindak balas terhadap pertanyaan pelanggan.

Sebagai contoh, apabila ejen-ejen meninggalkan pekerjaan, pelanggan-pelanggan mereka diurus oleh ejen-ejen yang baru dilantik. Proses penyerahan memerlukan masa memandangkan ejen-ejen baharu perlu mengkaji dasar-dasar undur-tarikh yang berbeza. Model GammaLab akan meningkatkan dengan ketara pemahaman bacaan untuk ejen-ejen bagi membantu meningkatkan kecekapan mereka dalam khidmat pelanggan.

Model ini juga boleh digunakan dalam senario insurans perbankan, memandangkan ia mengambil masa untuk melatih broker perbankan berhubung jenis produk insurans yang berbeza. Kemahiran pemahaman bacaan GammaLab dapat menjimatkan masa broker untuk menyediakan perkhidmatan berkelayakan kepada pelanggan-pelanggan berpotensi. Pada bulan Julai, OneConnect secara rasminya melancarkan penyelesaian pemasaran pintar Gamma eExpert berdasarkan teknologi pengecaman suara termaju dan teknologi pemahaman bacaan, membantu jualan untuk memendekkan masa khidmat mereka dengan purata 30% dan mengurangkan pertikaian yang berpunca daripada kesilapan manusia.

Satu lagi senario ialah timbang tara intenet dalam rangkuman kewangan sejagat. Syarikat-syarikat yang memberi pinjaman kecil-kecilan cenderung untuk beralih kepada timbang tara internet, yang mahal dan mengambil masa untuk menyelesaikannya, di bawah pasaran peminjaman rakan-ke-rakan semasa. Menerusi kemahiran pemahaman bacaan GammaLab, timbang tara ini akan dapat menyelesaikan kes dengan lebih cepat, mengurangkan kos timbang tara.

Jessica Tan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Maklumat Ping An Group, berkata, "Tumpuan konsisten kami dan pelaburan dalam R&D teknologi membuahkan hasil. Ping An akan memanfaatkan sepenuhnya teknologi AI proprietariya dalam beberapa bidang utama daripada sektor perbankan dan kewangan, terus membuka laluan untuk aplikasi teknologi yang semakin luas."

Ini bukanlah kali pertama GammaLab berjaya menyelesaikannya lebih awal daripada pesaing-pesaingnya. Ditubuhkan kurang daripada dua tahun lalu, GammaLab telahpun mencapai keputusan hebat. Pada bulan Mei 2018, teknologi pengecaman ekspresi mikro GammaLab melakar kejayaan penting, mengungguli senarai dalam Arousal (keamatan emosi) dan Valence (positif dan negatif) dari segi keamatan emosi, menduduki kedudukan pertama seluruh dunia dalam Cabaran Emosi Berperingkat Satu-Minit (One-Minute Gradual Emotion Challenge) oleh University of Hamburg. Pada Jun 2018, GammaLab turut menduduki tempat pertama dengan ketepatan 94.46% dalam EmotioNet Challenge oleh Ohio State University.

Ping An komited untuk menjadi kumpulan perkhidmatan kewangan berkuasa teknologi yang utama di dunia. Berusaha untuk merebut peluang yang timbul daripada pembangunan teknologi pintar, Kumpulan ini akan melanjutnya strateginya untuk meneruskan "kewangan + teknologi" dan meneroka "kewangan + ekosistem" bagi mencapai transformasi perniagaan berkuasa teknologi, mengoptimumkan pengalaman produk dan perkhidmatan, mengekalkan pertumbuhan perniagaan yang kukuh dan sihat serta mencipta nilai lebih besar untuk pelanggan dan juga pemegang kepentingan.

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Gareth Hewett @ +852 68822027 atau gareth.john@pingan.com.hk

Source: Ping An Insurance (Group) Company of China, Ltd.
Related Stocks:
HongKong:2318 OTC:PNGAY Shanghai:601318
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Awards