omniture

Bangunan Empire State Sambut Pencapaian 25 Tahun Perkahwinan Hari Valentine

Empire State Realty Trust, Inc.
2018-12-07 01:39 1807

Buat Julung Kalinya, Pasangan Dari Serata Dunia Bakal Diberi Peluang Memenangi Majlis Perkahwinan Impian Mereka

NEW YORK, 6 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Bangunan Empire State secara rasminya mengumumkan pendaftaran kini dibuka untuk Pertandingan Perkahwinan Hari Valentine tahunan ke-25nya. Bagi meraikan pencapaian penting ini, buat julung kalinya, pertandingan ini akan dibuka kepada kumpulan peminat antarabangsa bangunan berkenaan. Bagi memperingati ulang tahun peraknya, hanya satu pasangan bertuah akan dipilih, berdasarkan kisah cinta mereka, untuk mengadakan majlis perkahwinaan impian mereka di Balai Cerap tingkat 86 bangunan yang terkenal di dunia itu pada 14 Februari 2019.


Sempena hari penting ini, pasangan pengantin akan dihadiahkan dengan pakej hadiah termasuk pakaian pengantin pilihan mereka* daripada salun utama Kleinfeld Bridal di Bandar Raya New York dan pakaian tambahan daripada Kleinfeld Bridal Party* untuk tetamu pengantin tersebut. Pasangan yang berjaya akan turut menerima dua penerbangan pergi balik ke Bandar Raya New York untuk mereka sendiri dan dua orang tetamu, tajaan Turkish Airlines, penginapan selama dua malam di Grand Hyatt New York untuk pasangan dan tetamu*, sarapan pagi ala kontinental eksklusif dan minum ucap selamat prosecco di STATE Grill and Bar milik Bangunan Empire State sendiri selepas upacara ini serta pakej berbulan madu ke Boca Raton Resort & Club, Waldorf Astoria Resort, daripada Discover The Palm Beaches, organisasi pemasaran pelancongan rasmi untuk Palm Beach County, Florida

"Sepanjang dua puluh lima tahun lalu, Bangunan Empire State menjadi tumpuan bagi banyak kisah cinta yang berbeza," kata Jean-Yves Ghazi, Naib Presiden Kanan, Balai Cerap Bangunan Empire State yang akan turut menjadi paderi untuk majlis perkahwinan ini. "Tahun ini, atas permintaan peminat kami di seluruh dunia, kami meluaskan peluang ini ke peringkat antarabangsa, buat semua yang memasang impian untuk menjadi sebahagian daripada acara tahunan ini. Kami berharap dapat meneruskan tradisi kegemaran ini untuk 25 tahun akan datang."

Untuk menyertainya, pasangan yang berhasrat untuk berkahwin atau memperbaharui janji mereka boleh berkongsi kisah cinta mereka melalui https://esbvalentinesday.com/ bermula pada 5 Disember hingga 30 Disember 2018. Pasangan haruslah berumur lebih 18 tahun dan mempunyai lesen perkahwinan Negeri New York yang sah sewaktu majlis perkahwinan untuk berkahwin. Pembaharuan janji dapat dilakukan dengan lesen perkahwinan Negeri New York yang sah.

Untuk maklumat lanjut tentang Kleinfeld Bridal, Grand Hyatt New York dan STATE Grill & Bar, Boca Raton Resort & Club serta Discover The Palm Beaches layari https://www.kleinfeldbridal.com/, http://newyork.grand.hyatt.com/, https://www.patinagroup.com/state-grill-and-bar, http://www.bocaresort.com/ dan https://www.thepalmbeaches.com/.    

Untuk butiran dan peraturan pertandingan yang lengkap, sila layari https://esbvalentinesday.com/. *Sekatan mungkin dikenakan

Latar Belakang Bangunan Empire State
Tersergam setinggi 1,454 kaki di Midtown Manhattan (dari tapak ke antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., merupakan "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu yang dibuat dalam kecekapan tenaga, prasarana, kawasan awam dan kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik minat penyewa kelas pertama daripada pelbagai industri di seluruh dunia. Teknologi penyiaran bangunan pencakar langit yang mantap menyokong stesen televisyen dan radio FM utama dalam pasaran metropolitan New York. Bangunan Empire State diiktiraf sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika, manakala Balai Cerap Bangunan Empire State merupakan salah satu daripada tarikan paling digemari di dunia sebagai destinasi pelancong nombor 1 di rantau ini. Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila layari www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, www.youtube.com/esbnyc atau www.pinterest.com/empirestatebldg/.

Latar Belakang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana pelaburan hartanah (REIT) yang terkemuka memiliki, mengurus, mengendali, mengambil alih, dan menetapkan semula kedudukan hartanah pejabat dan perniagaan di Manhattan dan kawasan sekitar metropolitan New York, termasuk Bangunan Empire State, bangunan yang paling terkenal di dunia. Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan perniagaan Syarikat meliputi 10.1 juta kaki persegi kawasan boleh sewa, setakat 30 September 2018, mencakupi 9.4 juta kaki persegi kawasan boleh sewa bagi 14 hartanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 700,000 kaki persegi kawasan boleh sewa bagi portfolio perniagaan.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/794165/Vday_Wedding_Empire_State.jpg  
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/794166/Empire_State_Wedding_Contest_Logo.jpg

 

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Bridal Services Commercial Real Estate Real Estate Retail Future Events