omniture

Sonata Software Umum Tandatangani Perjanjian Muktamad Peroleh Rakan Kongsi Microsoft Dynamics 365 Berpangkalan di Australia, Scalable Data Systems, Selari Dengan Strategi menjadi Peneraju Global dalam Perniagaan Microsoft Dynamics 365

Sonata Software
2018-12-07 21:58 1236

BANGALORE, India, 7 Disember 2018/PRNewswire-FirstCall/ --

Sonata Software, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani perjanjian muktamad bagi memperoleh Scalable Data Systems yang beribu pejabat di Brisbane, Australia. Scalable Data Systems ialah penyedia yang amat disegani bagi penyelesaian perniagaan dalam pasaran Australia, dengan sejarah selama lebih 25 tahun dan membina reputasi kukuh dalam menyediakan penyelesaian F&O Microsoft Dynamics 365 kepada pelanggan utama industri di Australia khususnya dalam industri Pengilangan dan Borong & Pengedaran. IP Scalable untuk Perdagangan Komoditi "CTRM" kini memperoleh reputasi utama pasaran di seluruh dunia dengan pengiktirafan sewajarnya diberikan kepada syarikat sebagai Microsoft Gold dan Rakan Kongsi ISV.

Sonata Software telah menumpu untuk menjadi Rakan Kongsi Transformasi Digital pilihan untuk pelanggan dalam industri Peruncitan, Pengedaran, Pengilangan dan Pengembaraan menerusi kaedah PlatformationTM unik mereka, platform digital hujung-ke-hujung dan persetujuan untuk menjadi rakan kongsi strategik buat Microsoft dalam inisiatif transformasi digital mereka, berdasarkan penyelesaian berasaskan Awan Dynamics 365.

Sebelum ini, Sonata pernah memperoleh IBIS, rakan kongsi Dynamics 365 yang berpangkalan di AS dan mempunyai IPnya sendiri, iaitu Brick and Click for Retail and Modern Distribution, buat industri-industri Pengedaran dan Pengilangan; dan kini dengan IP Komoditi daripada Scalable telah melanjutkan keupayaan rantaian bekalan yang menumpu pada industri-industri Pengilangan dan Pengedaran.

Mengulas tentang pemerolehan, Srikar Reddy, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif, Sonata Software, berkata, "Scalable Data Systems membawa nilai hebat dari segi keupayaan dan sumber Microsoft Dynamics 365 untuk Sonata. Ini akan menyediakan Sonata dengan IP tambahan dan capaian geografi, berserta dorongan padu terhadap strateginya untuk menjadi peneraju global dalam ekosistem rakan kongsi Microsoft Dynamics 365 dengan IP utama merentas pelbagai industri dan jejak global, khususnya turut menjadikan kami sebagai rakan kongsi Dynamics yang kukuh dalam pasaran Australia."

Brett Crew, Ketua Pegawai Eksekutif Scalable Data Systems, mengulas, "Sonata ialah peneraju yang diiktiraf dalam segmen Microsoft Dynamics dan memegang rekod prestasi yang hebat dalam memperoleh dan membimbing firma-firma demi mendorong pertumbuhan selanjutnya. Menerusi urus niaga ini, Scalable akan memperoleh kapasiti tambahan dalam susunan teknologi Microsoft serta kini berupaya untuk menangani peluang-peluang yang lebih besar dan lebih luas dalam pasaran."

Latar Belakang Sonata Software 

Sonata ialah sebuah syarikat teknologi global yang mendayakan kejayaan inisiatif-inisiatif transformasi digital berasaskan platform untuk perusahaan, bagi mencipta perniagaan yang terhubung, terbuka, Pintar dan boleh diskala. Kaedah Platformation™ Sonata menghimpunkan kepakaran industri, kecemerlangan teknologi platform, inovasi dipacu pemikiran reka bentuk dan model penglibatan strategik untuk memberi nilai jangka panjang yang berterusan kepada pelanggan. Sebagai rakan kongsi dipercayai oleh peneraju-peneraju dunia dalam industri Peruncitan, Pengedaran, Pengembaraan dan Perisian, portfolio penyelesaian Sonata menyertakan platform digital miliknya sendiri seperti Brick & Click Retail Platform©, Modern Distribution Platform©, Rezopia Digital Travel Platform©, RAPID DevOps Platform© dan Halosys Mobility Platform©, keupayaan terbaik dalam kelas bagi platform-platform teknologi digital ISV seperti Microsoft Dynamics 365, Microsoft Azure, SAP Hybris, Perkhidmatan Kejuruteraan Awan dan Terurus, selain aplikasi-aplikasi digital baharu seperti IoT, Kecerdasan Buatan, Pembelajaran Mesin, Pengautomatan Proses Robotik, Robot Sembang, Rantaian Blok dan Keselamatan Siber. Kakitangan dan sistem Sonata dipupuk bagi menghimpunkan keluasan bagi aspek kepimpinan pemikiran, komitmen pelanggan dan kecemerlangan pelaksanaan bagi mencetuskan perubahan kepada perniagaan menerusi teknologi.

Sumber: Sonata Software

Source: Sonata Software
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Acquisitions, mergers, takeovers Contracts