omniture

QNB Umum Neymar Jr sebagai Duta Jenama Global

QNB Group
2018-12-11 03:29 1057

DOHA, Qatar, 11 Disember 2018 /PRNewswire/ --

QNB Group, institusi kewangan terbesar di Timur Tengah dan Afika, mengumumkan pelantikan bintang bola sepak Brazil dan pemain Paris Saint Germain, Neymar Jr, sebagai Duta Jenama Global Kumpulan berkenaan.

generated by system

https://www.youtube.com/watch?v=d-bWvkaHEtM  

Perkongsian eksklusif ini ditandatangani oleh En. Yousef Darwish, Pengurus Besar QNB Group Communications dan En. Neymar Silva Santos, Pemilik NR Sport & Marketing, semasa majlis penandatanganan yang diadakan baru-baru ini di cawangan QNB di Paris.

Perjanjian ini memberikan QNB dengan semua hak pemasaran eksklusif Neymar Jr sebagai Duta Jenama bagi kesemua kempen pemasaran dan platform pengiklanan Kumpulan berkenaan yang mana beliau akan muncul dalam seluruh perniagaan utamanya.

Perkongsian dengan Neymar Jr memperkukuh nilai-nilai utama bank yang menonjolkan komitmen dan semangatnya untuk menyediakan komuniti pelanggan global seluruh dunia dengan produk perbankan terbaik dan meningkatkan keterlihatan jenama yang bernilai US $4.2 bilion bagi menyokong visinya untuk menjadi bank utama di Timur Tengah, Afrika dan Asia Tenggara menjelang tahun 2020.

Pemilihan Neymar Jr sebagai Duta Jenama Global terkini QNB memperlihatkan komitmen pihak Bank tersebut dalam memperkayakan kehidupan pelanggannya melalui jaringan cawangan antarabangsanya yang terus berkembang di seluruh dunia dan mendorong mereka untuk terus tabah dan mengejar impian mereka melalui imej pemain luar biasa yang menginspirasikan.

Neymar Jr mempunyai kehadiran di media sosial yang luar biasa; yang mana beliau mempunyai jumlah pengikut Facebook, Twitter dan Instagram sekitar 209 juta.

En. Yousef Darwish, Pengurus Besar QNB Group Communications, berkata: "Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Neymar ke dalam keluarga QNB; seorang yang berkongsi banyak nilai yang sama dengan jenama kami dan seorang yang sentiasa mencari peluang untuk mencapai kehebatan. Dinamakan sebagai salah seorang daripada 100 individu paling berpengaruh di dunia, Neymar Jr ialah ikon sukan sebenar yang menginspirasikan peminat-peminat seluruh dunia untuk berusaha mencapai standard kecemerlangan tertinggi.

Neymar Jr sememangnya merupakan Duta jenama terbaik yang berkongsi nilai yang sama yang akan membawa semangat yang tinggi dalam menyediakan pengalaman luar biasa kepada pelanggan kami. Perkongsian bersama Neymar Jr ini dapat meningkatkan kesedaran jenama kami dalam pasaran antarabangsa, yang mana QNB menumpahkan bakti yang cukup besar selari dengan strategi perniagaan global kami dan terus mengukuhkan usaha-usaha utama kami bagi membangunkan komuniti yang menerima operasi kami merentas seluruh jaringan antarabangsa kami yang terus berkembang."

Bapa Neymar, Neymar Santos Sr, berkata: "Kami berasa amat sukacita kerana dapat bekerjasama dengan QNB. Neymar Jr berkongsi nilai yang sama dengan QNB dan sentiasa mengejar kecemerlangan dan mencapai keputusan hebat dalam setiap permainan.

Kami berasa gembira untuk menyokong usaha-usaha QNB bagi menyatukan komuniti bola sepak melalui sukan bola sepak dan menginspirasikan orang ramai bukan sahaja untuk mengejar kejayaan bahkan cabaran untuk menjadi lebih baik."

QNB Group menaja pelbagai inisiatif dan program sukan di beberapa buah negara sebagai sebahagian daripada program CSRnya merentas cawangan antarabangsanya, sebagai bahagian penting dalam strategi keseluruhannya untuk menjadi salah satu jenama utama di Timur Tengah, Afrika Utara dan Asia Tenggara.

Kehadiran Kumpulan ini melalui subsidiari-subsidiarinya dan syarikat-syarikat gabungannya kini dilanjutkan ke lebih 31 negara merentas tiga benua bagi menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan termaju yang komprehensif. Jumlah kakitangannya adalah sekitar 29,000 orang yang beroperasi melalui lebih 1,200 lokasi dengan jaringan ATM di lebih 4,300 mesin.

https://we.tl/t-yIpqs5OiWX     

 

Source: QNB Group
Keywords: Banking/Financial Service Sports Licensing/marketing agreements Financial Technology