omniture

Liquid Telecom bakal Labur 8bn EGP ($400j USD) dalam Infrastruktur Rangkaian dan Pusat Data Mesir Susulan Siap Sambungan 'Cape ke Cairo'

Liquid Telecom
2018-12-11 13:37 1204

LONDON, 11 Disember 2018 /PRNewswire/ --

Kumpulan telekomunikasi pan-Afrika yang terkemuka, Liquid Telecom mengumumkan bahawa ia melabur sebanyak 8 bilion Paun Mesir ($400 juta Dolar AS) di Mesir sepanjang tiga tahun akan datang. Ini merupakan sebahagian daripada perkongsian utama dengan Telecom Egypt yang melibatkan infrastruktur rangkaian dan pusat data.

generated by system

generated by system

Pelaburan ini dibuat semasa majlis penandatanganan antara kedua-dua syarikat pada hari Sabtu 8 Disember di Africa 2018 Forum. Perjanjian bersejarah ini ditandatangani oleh Ahmed El Beheiry, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Telecom Egypt serta Strive Masiyiwa - Pengerusi Eksekutif Kumpulan syarikat induk Liquid Telecom, Econet.

Telecom Egypt akan menggunakan rangkaian tersebut untuk menghubungkan syarikat-syarikat Mesir dengan seluruh pelosok Afrika, di samping turut bekerjasama dengan Liquid Telecom untuk membina pusat data di seluruh Mesir. Susulan pelaburan awal sebanyak $50 juta yang dibuat dalam pusat data serta perkhidmatan awan, Liquid Telecom merancang untuk melabur tambahan $350 juta dalam inisiatif jalur lebar dan rangkuman kewangan selain pusat data berkapasiti tinggi. Ini akan menyerupai beberapa pusat data yang terbaik dalam kelasnya di Afrika Selatan.

Pelaburan sebanyak $400 juta akan membolehkan Liquid Telecom mengukuhkan kedudukan sebagai penyedia fungsi ketersambungan dan penyelesaian awan di Afrika Utara dengan ketara, menawarkan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat di rantau tersebut menerusi perkhidmatan rangkaian dan pusat data bertaraf dunia. Melalui tawaran pusat datanya, Africa Data Centres (ADC), Liquid Telecom dapat memudahkan pertumbuhan Awan Afrika dengan menyediakan platform untuk menawarkan perkhidmatan awan di kawasan setempat dalam banyak pasaran buat julung kalinya.

Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan daripada syarikat induk Liquid Telecom, Econet, En. Strive Masiyiwa, misi seterusnya adalah untuk menyiapkan sambungan antara Cairo dan Dakar Senegal melalui Sudan, Chad dan Nigeria serta seluruh pelosok Afrika Barat. "Kami telahpun merentasi Afrika dari Timur ke Barat melalui Sudan dan Chad. Kami berada di sempadan Nigeria dan kami dijangka sampai ke Abuja menjelang akhir Januari, tepat pada masanya untuk Sidang Kemuncak AU. Kami ingin tiba ke Dakar sebelum Presiden El-Sisi tamat tempoh perkhidmatan beliau," kata beliau.

SIARAN AKHBAR: http://bit.ly/2Ec1i6C

Ikuti kami di:

TWITTER:  https://twitter.com/liquidtelecom 
FACEBOOK: https://www.facebook.com/liquidtelecomgroup 
LINKEDIN: https://www.linkedin.com/company/liquid-telecom/

Hubungi

Tariq Ahmed - Ketua Kumpulan Komunikasi Korporat
Tariq.Ahmed@liquidtelecom.com   
Tel: +44(0)207-1016-227

Matthew Hickman - Ketua Hubungan Pelabur
Matthew.Hickman@liquidtelecom.com   
Tel +44-20-7101-6128  

Charles Palmer / Adam Davidson - FTI Consulting
Tel: +44-02037271000

Sumber: Liquid Telecom

Source: Liquid Telecom
Keywords: Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Licensing/marketing agreements