DA NANG, Vietnam, 13 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Tanggal 5 Disember 2018, Persidangan Tahunan 2019 Foton Motor untuk Rantau Asia telahpun diadakan di Da Nang, Vietnam. Seramai 120 pengedar dan rakan kongsi dari 16 negara Asia Pasifik menghadiri mesyuarat ini. Persidangan berkenaan bertujuan untuk bekerjasama secara mendalam dengan rakan-rakan kongsi bagi mempromosi penyetempatan Foton Motor dalam pasaran Asia Pasifik, menerusi tema "Bertumpu Pelanggan, Pelaburan dan Kerjasama".
Di persidangan, Foton Vietnam Co., Ltd. ditubuhkan. Ia juga merupakan syarikat operasi nasional kedua yang didaftarkan oleh Foton Motor di Asia Tenggara selepas Thailand. Foton Motor akan meningkatkan pembinaan di gudang komponen tempatan, pusat panggilan, sistem perkhidmatan dan melaksanakan kerjasama mendalam bersama rakan-rakan kongsi tempatan dalam bidang-bidang pengilangan kenderaan dan komponen.
Foton Motor turut melancarkan tiga model strategik yang sepadan dengan teknologi-teknologi termaju daripada syarikat-syarikat utama di dunia.
Trak tugas ringan AUMARK S dibangunkan pada platform baharu dan dianggap sebagai kenderaan logistik profesional berkualiti sederhana hingga tinggi yang digunakan di bandar-bandar. Dengan kuasa cekap Foton Cummins, produk tersebut akan bertambah baik dengan ketara dari segi kuasa, bahan api, pengurangan hingar dan berat.
Siri trak tugas sederhana dan berat AUMAN EST dan EST-M, menyasarkan pasaran pengangkutan jarak sederhana dan jauh serta logistik cekap, sepadan dengan teknologi Foton Daimler Automotive dan dilengkapi dengan kuasa Foton Cummins, transmisi Foton ZF. Melalui sistem kuasa pintar, pemanduan bantu pintar dan sistem pengurusan kenderaan, siri FOTON AUMAN EST dapat terus memenuhi keperluan pengguna dari segi kecekapan tinggi dan kos operasi yang rendah.
Ketiga-tiga produk yang dilancarkan oleh Foton Motor lebih menumpu pada kos kitar hayat penuh (TCO). Ia merupakan penyelesaian produk yang disediakan oleh Foton Motor melalui sumber teknologi utamanya dan inovasi berteknologi, bertujuan untuk menampung trend logistik pintar global dan menyediakan pengguna dengan pengalaman pemanduan yang lebih cekap dan lebih baik.
Ketiga-tiga produk telahpun dilancarkan di Colombia, Chile, Thailand, Rusia, Malaysia dan Myanmar. Sebagai satu sorotan utama, Foton Motor melancarkan rancangan perlumbaan 3-tahun-7-negara "FOTON AUMAN EFFICIENT LOGISTICS TRUCK RACING CHAMPIONSHIP" ("KEJOHANAN PERLUMBAAN TRAK LOGISTIK CEKAP FOTON AUMAN"). Ia sememangnya menonjolkan bahawa dengan pengesahan kekuatan daripada Foton Daimler Automotive, Foton Motor mempunyai harapan yang baik dan keyakinan tinggi dari segi prestasi siri AUMAN EST. Perlumbaan ini akan membimbing pemandu trak untuk mengamalkan tabiat memandu yang betul dan menyokong pengalaman memandu yang cekap, menjimatkan bahan api dan selesa.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181211/2323340-1