omniture

Kerjasama Global Diperlukan untuk Galakkan Pembangunan Tenaga Hijau, Kata Pengerusi GCL

GCL-SI
2018-12-14 04:49 1418

KATOWICE, Poland, 14 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Jalinan kerjasama global diperlukan bagi menggalakkan pembangunan tenaga hijau dan bagi menghadapi kesan-kesan perubahan iklim, kata Zhu Gongshan, Pengerusi GCL Group, konglomerat tenaga yang pelbagai di China. Zhu membuat kenyataan tersebut pada hari Selasa dalam sebuah acara sampingan sempena Persidangan Pihak-pihak ke Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) kali ke-24 di Katowice, Poland.

En. Zhu menyampaikan ucaptama tentang GGEIC
En. Zhu menyampaikan ucaptama tentang GGEIC

Zhu berkata, "Sepanjang sepuluh tahun lalu, GCL Group dan perusahaan-perusahaan tenaga hijau global lain yang luar biasa berjaya menurunkan penggunaan kuasa dan kos pembuatan polisilikon masing-masing sebanyak 64% dan 90%, yang telah membantu penurunan kos penjanaan kuasa fotovolta (PV) bagi setiap kilowatt jam (kWj) dan kuasa elektrik sebanyak 90% atau lebih dan mempercepatkan proses menghubungkan kuasa PV kepada grid."

Zhu turut bercakap tentang pencapaian China dalam pembangunan tenaga bersih, menekankan bahawa China menduduki tempat pertama di dunia selama sembilan tahun berturut-turut dalam pelaburan tenaga bersih. Negara ini juga menduduki tempat pertama seluruh dunia dalam kapasiti terpasang untuk fotovolta dan penjanaan kuasa angin. Ini menjadikan China sebagai pelabur tenaga boleh diperbaharui terbesar dan negara terbesar yang menggunakan tenaga baharu dan boleh diperbaharui di dunia.

Dalam acara tersebut, Zhu dilantik sebagai presiden Majlis Industri Tenaga Hijau Global (GGEIC) baharu.

Beliau menekankan bahawa GGEIC akan membawa perubahan dalam gerakan transformasi tenaga global dan dalam membantu negara-negara menghadapi perubahan iklim. Ia akan berusaha untuk mempopularkan konsep hijau dan menggalakkan transformasi serta aplikasi inovasi tenaga hijau.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181212/2324761-1

 

Source: GCL-SI
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities