omniture

Cleartrip pilih Platform Data Pelanggan CleverTap Bawakan Pengalaman Diperibadikan di Hyperscale

CleverTap
2018-12-14 22:43 1808

Platform penglibatan pelanggan termaju bantu jenama perjalanan utama dengan kehadiran global pacu percubaan seluruh perusahaan dan cetuskan pertumbuhan luar biasa 

SAN FRANCISCO, 14 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Cleartrip, agregator perjalanan dalam talian terkemuka di India dan Timur Tengah, hari ini mengumumkan bahawa ia memanfaatkan platform data pelanggan perusahaan CleverTap untuk mengukur impak strategi-strategi penglibatannya pada setiap titik sentuh dalam perjalanan pelanggan mereka. Cleartrip memanfaatkan CleverTap untuk menggabungkan data pengguna daripada sumber dalam talian dan luar talian untuk mewujudkan pengalaman luar biasa yang merevolusikan industri pengembaraan.

"Cleartrip membangunkan budaya transformasi digital dengan menggabungkan data bersilang fungsian untuk pandangan tunggal pengguna bagi menyediakan pengalaman diperibadikan secara meluas," kata Suman De, Pengarah Pengurusan Produk di Cleartrip. "Platform pertumbuhan pemasaran CleverTap membolehkan kami mengkorelasikan data merentas peranti dan saluran penglibatan untuk strategi penglibatan pelanggan dipacu KPI. Dengan berbuat demikian, kami berupaya memacu pulangan pelaburan (ROI) sebanyak tiga kali ganda dan meningkatkan pertumbuhan pengguna merentas peringkat kitaran hayat pelanggan."

Sama ada mencari, menempah ataupun sekadar melayari, Cleartrip ingin menetap standard baharu bagi memahami keperluan pengguna pada waktu nyata dengan menyediakan tawaran dalam momen-mikro yang tepat dan menyesuaikan aliran kerja mengikut kesetiaan, minat dan kematangan. Untuk berbuat demikian, Cleartrip mendapat manfaat daripada keupayaan platform CleverTap yang berikut:

  • Mengkorelasi data dalam seluruh kitaran hayat pelanggan: Platform data pelanggan (CDP) CleverTap memberikan pasukan pertumbuhan Cleartrip dengan kebolehan menyatukan data daripada pelbagai sumber dalam tindanan teknologi mereka yang sebaliknya mungkin berasingan. API acara terbukanya dan webhook turut membolehkan pasukan menghantar profil pengguna dan data acara dengan mudah daripada CleverTap untuk melancarkan senarai tindakan yang rumit dalam sistem luaran.
  • Meramalkan dan mempengaruhi hasil perniagaan dengan pemasaran: Enjin segmentasi CleverTap dan pewujudan segmen pengguna berasaskan hasrat membantu Cleartrip memanfaatkan pembelajaran mesin untuk pendekatan pemasaran berasaskan matlamat. Mengetahui hasrat setiap pengguna membolehkan pasukan pertumbuhan Cleartrip mengoptimumkan taktik pemesejan yang diperibadikan kepada setiap pengguna - sama ada untuk mengubah individu atas pagar menjadi pembeli atau mengelakkan nyahpasang dan banyak lagi.
  • Menyelesaikan cabaran pengekalan dan pertumbuhan pengguna secara meluas: Platform data seragam CleverTap direkayasa untuk beroperasi pada skala hiper. Pasukan bersilang fungsian dalam Cleartrip memanfaatkan platform teknologi pemasaran dibina khas CleverTap untuk mengukur impak pengalaman pelanggan omnisaluran mengikut metrik utama seperti penukaran, pendapatan dan prestasi kempen keseluruhan.
  • Memudahkan penyampaian mesej mengikut konteks dalam jumlah yang tinggi: Cleartrip berupaya mencetuskan mesej yang relevan mengikut konteks pada waktu nyata berdasarkan waktu dan saluran pilihan pengguna. Menggunakan pembelajaran mesin dan analitik waktu nyata, setiap tawaran atau kupon diskaun yang dihantar, diperibadikan berdasarkan tingkah laku dan sifat pengguna untuk memaksimumkan ROI.

"Perusahaan-perusahaan bergelut untuk memecahkan silo dan membangunkan strategi penglibatan dipacu sains data yang dapat diperluas. CleverTap menyelesaikan masalah ini dengan gabungan antara CDP, analitik dan penglibatan yang membolehkan organisasi-organisasi mengagregatkan data dan tekal memberikan pengalaman pelanggan omnisaluran yang luar biasa," kata Sunil Thomas, Ketua Pegawai Eksekutif di CleverTap.

Latar Belakang CleverTap
CleverTap membantu jenama pengguna mengekalkan pengguna mereka seumur hidup. Ia merupakan penyelesaian pemasaran mudah alih mantap yang menyatukan data pengguna daripada saluran dalam talian dan luar talian pada satu platform berpusat. Setiap hari, beribu-ribu jenama menggunakan model pembelajaran mesin CleverTap untuk mencipta strategi penglibatan pelanggan yang dibezakan yang membantu pemasar memacu pertumbuhan omnisaluran. Membina hubungan pelanggan yang berharga dengan menggunakan wawasan masa nyata yang boleh diambil tindakan yang membantu mewujudkan pengalaman pelanggan yang luar biasa.

Lebih 8,000 aplikasi dan laman sesawang global, termasuk Vodafone, Domino's Pizza, DC Comics, Go-Jek, Cleartrip, BookMyShow dan  DealsPlus mempercayai CleverTap untuk mencipta pengalaman yang dapat mendorong nilai seumur hidup pengguna yang lebih tinggi. Untuk melihat bagaimana perniagaan daripada semua saiz membina hubungan pelanggan yang lebih bermakna, kunjungi halaman pelanggan kami.

CleverTap beroperasi dari San Francisco, New York, London, Singapura, Mumbai dan Bengaluru. CleverTap disokong oleh firma-firma modal usaha niaga terkemuka termasuk Accel dan Sequoia. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari clevertap.com atau ikuti di Facebook dan Twitter.

Hubungan Akhbar
Ketan Pandit
PR untuk CleverTap
ketan@clevertap.com

Source: CleverTap
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Travel Licensing/marketing agreements Data Analytics