omniture

Comviva Lancar Digital Services Delivery Platform DSDP 2.0 Generasi Seterusnya untuk Pengendali

Comviva
2018-12-17 10:59 487

NEW DELHI, 17 Disember 2018/PRNewswire/ --

  • Diperkasa dengan keupayaan Kecerdasan Buatan 
  • Dayakan pengendali terima peluang baharu untuk pertumbuhan dalam perkhidmatan digital 
  • Sediakan perkhidmatan mikro dan seni bina berasaskan berbilang penyewa yang mempunyai fungsi awan     

Comviva, peneraju global dalam menyediakan penyelesaian mobiliti, hari ini mengumumkan versi baharu Digital Services Delivery Platform (DSDP 2.0), memperkasa pengendali mudah alih untuk melangkah maju melepasi ketersambungan semata-mata dan menerima peluang-peluang pertumbuhan baharu dalam perkhidmatan digital.

Dengan pendigitalan yang semakin meningkat, banyak penyedia perkhidmatan menjadi pengawal dari segi penciptaan nilai, memandangkan ia membolehkan mereka menjadi penggerak sebenar dalam pengalaman digital dengan melancarkan perkhidmatan digital rakan-rakan kongsi mereka. Selain itu, tatkala transformasi ini bergerak semakin pantas, strategi terpusat akan memastikan bahawa peralihan daripada perkhidmatan fizikal kepada digital menghasilkan kecekapan yang dipertingkat dan peluang pendapatan yang lebih banyak untuk pengendali. DSDP 2.0 direka dan dibangunkan dengan mengambil kira hal ini memandangkan ia menyediakan rangka kerja yang mantap dan tangkas untuk inovasi berterusan dan penyediaan perkhidmatan digital, di samping menurunkan OPEX dan CAPEX serta mengurangkan tempoh untuk dibawa ke pasaran.

Bercakap tentang peristiwa berkenaan, Atul Madan, Ketua Pegawai Operasi, Penyelesaian Gaya Hidup Mudah Alih di Comviva berkata, "Dalam pasaran telekomunikasi yang hiperkompetitif hari ini, pilihan terbaik untuk pengendali adalah bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi serta mendayakan perniagaan dan perkhidmatan baharu yang memberi faedah buat semua. Ini sememangnya satu platform futuristik untuk perkhidmatan digital dengan mengambil kira keperluan berubah-ubah dalam kalangan pengguna memandangkan ia menyediakan teknologi terkini dan set keupayaan beraneka yang akan membantu pengendali meneroka dan merealisasikan peluang baharu yang muncul daripada perkhidmatan digital tanpa mendedahkan mereka kepada risiko atau kenaikan kos ."

Selain Kandungan, perkhidmatan, peranti, pengurusan penipuan dan API, platform ini membawa keupayaan baharu yang dikuasakan oleh Kecerdasan Buatan termasuk pengecaman Imej & Video, penyederhanaan Imej & Video, transkod Media, pengesanan Objek, penjanaan meta-data Auto, NLP untuk antara muka perbualan, Transliterasi & Terjemahan, penukaran Teks kepada Ucapan dan Pengurusan Pangkalan Data Imej.

Seni bina berbilang penyewa yang moden, berasaskan perkhidmatan mikro dan sedia dengan fungsi awan menyediakan antara muka akses berasaskan peranan biasa untuk mengakses keupayaan berbeza pada platform dengan sentiasa menjadikannya Platform CaaS, 'Platform Keupayaan sebagai satu Perkhidmatan'. Perkhidmatan mikro disediakan dalam bentuk API terbuka untuk memanfaatkan keupayaan platform ini. Mekanisme sekuriti dua lapisannya yang melibatkan kelulusan menegak dan mendatar menjamin berbilang titik semak sebelum sebarang perubahan ditunjukkan dalam sistem.

Hubungan Media: Sundeep Mehta, sundeep.mehta@mahindracomviva.com

Sumber: Comviva

Source: Comviva
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services