omniture

Sonata Software Umum Tandatangani Perjanjian Muktamad Peroleh Rakan Kongsi Perkhidmatan Lapangan Microsoft Dynamics 365 Berpangkalan di AS, Sopris Systems

Sonata Software
2018-12-17 11:17 456

BANGALORE, India, 17 Disember 2018/PRNewswire-FirstCall/ --

Pelaburan strategik kedua dalam seminggu bertujuan capai kepimpinan dalam perniagaan Dynamics 365 global

Sonata Software, penyedia perkhidmatan dan penyelesaian perisian IT yang terkemuka di dunia, mengumumkan bahawa ia telah menandatangani perjanjian muktamad bagi memperoleh Sopris Systems yang berpangkalan di AS.

Sopris Systems ialah rakan kongsi Perusahaan, Microsoft Dynamics 365 yang mengkhusus dalam membantu syarikat-syarikat perkhidmatan lapangan yang bertumpu projek untuk meningkatkan prestasi perniagaan. 

Sopris mengkhusus dalam perancangan sumber perusahaan (ERP); pengurusan hubungan pelanggan (CRM), perkhidmatan lapangan mudah alih, pengurusan aset perusahaan (EAM) dan pengautomatan perkhidmatan profesional. Perundingan perusahaan, sokongan khusus dan Microsoft Dynamics menyediakan penyelesaian mantap yang membantu pelanggan Sopris memperoleh perniagaan yang lebih menguntungkan, menyiapkan projek berkualiti lebih tinggi dan meningkatkan prestasi seluruh syarikat.

Minggu lalu, Sonata Software turut mengumumkan pemerolehan rakan kongsi yang beribu pejabat di Brisbane, Australia, Scalable Data Systems, peneraju dalam menyediakan penyelesaian Dynamics 365 untuk pasaran Australia dan produk CTRM Dagangan Komoditi untuk pelanggan Dynamics di seluruh dunia.

Pemerolehan Sopris memperlihatkan hasrat strategik Sonata untuk melabur dalam teknologi-teknologi Microsoft khususnya Microsoft Dynamics 365, platform pilihan yang berkembang pesat untuk syarikat-syarikat yang ingin mencapai transformasi secara digital.

Sonata Software telah menumpu untuk menjadi Rakan Kongsi Transformasi Digital pilihan untuk pelanggan dalam industri Peruncitan, Pengedaran, Pembuatan dan Pengembaraan menerusi kaedah Platformation[TM] uniknya, platform digital hujung-ke-hujung dan persetujuan untuk menjadi rakan kongsi strategik buat Microsoft dalam inisiatif transformasi digital mereka.

Pemerolehan akan mengukuhkan jejak US Dynamics Sonata dan meluaskan keupayaan Dynamics 365 untuk menjadikan Sonata sebagai salah satu rakan kongsi Dynamics 365 yang paling kuat dan terbesar di seluruh dunia menerusi kedalaman perkhidmatan dan keluasan industri serta IP.

Sebelum ini, syarikat pernah memperoleh dan membangunkan portfolio IP platform, disokong oleh empat prinsip platform bimbingan iaitu bersifat terbuka, terhubung, pintar dan boleh diskala. Selain Scalable Data Systems, Sonata telah melakukan tiga pemerolehan baru-baru ini, termasuk platform perjalanan Rezopia, platform Pendayaan Mobiliti Seragam Halosys dan IBIS Inc., ahli penting Microsoft Dynamics yang berpangkalan di Atlanta yang menambah IP platform Pengedaran Moden dan meluaskan jejak geo AS kepada portfolio penawaran Sonata.

Mengulas tentang pemerolehan, Srikar Reddy, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif, Sonata Software berkata, "Sopris membawa nilai hebat dari segi keupayaan Microsoft Dynamics 365 dan sumber kepada Sonata. Ini akan memberi keupayaan perkhidmatan tambahan dalam industri perkhidmatan lapangan dan sokongan padu kepada strategi Sonata untuk menjadi peneraju global dalam ekosistem rakan kongsi Microsoft Dynamics 365 dengan IP dalam seluruh industri. Ia akan turut memberikan kami peluang hebat untuk meluaskan jejak AS kami dan mendapat akses kepada industri-industri baharu. Sopris amat disegani atas kebolehannya menjual dan menyiapkan projek-projek Dynamics yang kompleks."

Laura Pfohl, Ketua Pegawai Eksekutif dan Matt Pfohl, pengasas bersama Sopris Systems mengulas, "Menjadi sebahagian daripada pasukan Sonata memberi peluang yang hebat buat kami di Sopris, dengan adanya tebaran geografi selain kedalaman dan keluasan teknologi yang dimiliki oleh Sonata dan kedudukan ulung Sonata sebagai rakan kongsi Dynamics 365 global. Kami turut gembira dengan akses yang lebih besar terhadap inovasi, kekuatan kewangan, akses kepada peluang yang lebih besar dan menyampaikan kaedah Platformation[TM] Sonata untuk pelanggan kami."

Latar Belakang Sonata Software:

Sonata ialah sebuah syarikat teknologi global yang mendayakan kejayaan inisiatif-inisiatif transformasi digital berasaskan platform untuk perusahaan, bagi mencipta perniagaan yang terhubung, terbuka, Pintar dan boleh diskala. Kaedah Platformation™ Sonata menghimpunkan kepakaran industri, kecemerlangan teknologi platform, inovasi dipacu pemikiran reka bentuk dan model penglibatan strategik untuk memberi nilai jangka panjang yang berterusan kepada pelanggan. Sebagai rakan kongsi dipercayai oleh peneraju-peneraju dunia dalam industri Peruncitan, Pengedaran, Pengembaraan dan Perisian, portfolio penyelesaian Sonata menyertakan platform digital miliknya sendiri seperti Brick & Click Retail Platform©, Modern Distribution Platform©, Rezopia Digital Travel Platform©, RAPID DevOps Platform© dan Halosys Mobility Platform©, keupayaan terbaik dalam kelas bagi platform-platform teknologi digital ISV seperti Microsoft Dynamics 365, Microsoft Azure, SAP Hybris, Perkhidmatan Kejuruteraan Awan dan Terurus, selain aplikasi-aplikasi digital baharu seperti IoT, Kecerdasan Buatan, Pembelajaran Mesin, Pengautomatan Proses Robotik, Robot Sembang, Rantaian Blok dan Keselamatan Siber. Kakitangan dan sistem Sonata dipupuk bagi membawa bersama-sama keluasan bagi aspek kepimpinan pemikiran, komitmen pelanggan dan kecemerlangan pelaksanaan demi mencetuskan perubahan untuk perniagaan menerusi teknologi.

Sumber: Sonata Software

Source: Sonata Software
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet