omniture

Systech Lancar Platform Awan Diperluas Jamin Rantaian Bekalan Global

Systech
2018-12-17 20:00 1277

Penyelesaian jejak-dan-kesan serta pengesahan produk bersepadu disediakan untuk banteras pemalsuan dan lencongan

PRINCETON, New Jersey, 17 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Systech, peneraju global bagi keselamatan rantaian bekalan dan perlindungan jenama, hari ini mengumumkan keluaran terkini penyelesaian kebolehkesanan dan pengesahan berasaskan awannya, yang memastikan produk-produk adalah tulen, selamat dan terhubung sepanjang rantaian bekalan.

Penyelesaian diperluas ini menampilkan teknologi e-Fingerprint® syarikat bukan aditif yang memenangi anugerah, yang mengubah sebarang kod bar bercetak menjadi pengecam digital unik, digandingkan dengan keupayaan dan pematuhan jejak-dan-kesan yang dipertingkat. Fungsi baharu disediakan dengan keluaran ini termasuk:

  • Kecerdasan operasi boleh diambil tindakan untuk kegunaan harian dan perkongsian maklumat
  • Analitik seluruh organisasi bagi memenuhi objektif teknikal dan perniagaan
  • Sokongan e-Fingerprint untuk pelbagai saiz dan substrat pempakejan produk yang lebih luas
  • Kebolehan menyediakan sokongan kod QR lebih mendalam
  • Pengumpulan dan penggabungan data automatik untuk pempakejan dan pematuhan  
  • Persekitaran ujian berasaskan awan sedia beroperasi memberi tumpuan untuk mengurangkan risiko pengaturan

Penyelesaian e-Fingerprint tersembunyi dan bukan aditif daripada Systech, UniSecure® berserta penyelesaian jejak-dan-kesan UniTrace®, membantu membanteras masalah pemalsuan dan lencongan global dalam rantaian bekalan tanpa bergantung pada penambahan sesuatu yang baharu kepada proses pempakejan. Kombinasi hebat ini, memastikan agar produk adalah tulen, selamat dan terhubung dalam seluruh rantaian bekalan daripada titik pembuatan ke tangan pelanggan.

"Penaiktarafan berterusan kepada platform pengesahan dan kebolehkesanan produk kami menyokong komitmen kami untuk membantu pelanggan menjamin rantaian bekalan mereka terhadap ancaman global yang semakin meningkat melibatkan lencongan produk dan pemalsuan," kata Ara Ohanian, Ketua Pegawai Eksekutif Systech. "Tiada penyedia lain yang menawarkan penyelesaian komprehensif yang merapatkan beberapa jurang rantaian bekalan dengan lancar demi menyediakan pertahanan yang tiada tandingan untuk saluran pengedaran jenama."

Keluaran platform awan baharu daripada Systech turut menampilkan Systech360™, titik pandangan tunggal untuk mengurus dan mengkonfigurasi penyelesaian Systech. Systech360 membawakan pemahaman dalam penyelesaian pempakejan, penyirian, pengesahan dan kebolehkesanan Systech bagi sesebuah syarikat. Selain maklumat waktu nyata, platform automatik menyediakan analitik seluruh organisasi bagi membantu memenuhi objektif-objektif teknikal dan perniagaan.

Latar Belakang Systech:
Systech ialah peneraju teknologi global bagi keselamatan rantaian bekalan dan pengesahan produk. Selama lebih 30 tahun, kami meletakkan teknologi dalam risiko pembuatan. Systech merintis penyirian farmaseutikal selain inovasi dalam visi dan pemeriksaan saluran, pengurusan saluran pempakejan keseluruhan serta jejak dan kesan. Hari ini, Systech merevolusi perlindungan jenama dalam industri-industri. Penyelesaian perisian kami memastikan produk-produk adalah tulen, selamat dan terhubung bermula daripada pembuatan ke tangan pengguna.

Hubungi:
Systech
Stacey Owens-Perrotta
T +1 609 235 3639 
stacey.owens-perrotta@systechone.com

Source: Systech
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Paper/Forest Products/Containers New products/services