omniture

Kerala Tourism Lancar Pertandingan Lukisan Dalam Talian Kanak-kanak Antarabangsa 2018 Sempena Memperingati Edmund Thomas Clint

Kerala Tourism
2018-12-18 20:06 786

TRIVANDRUM, India, 18 Disember 2018/PRNewswire/ --

  • Kanak-kanak dalam kumpulan umur 4-16 tahun layak menyertai pertandingan
  • Tarikh akhir penyerahan penyertaan ialah 31 Disember 2018 

Kerala Tourism melancarkan Pertandingan Lukisan Dalam Talian Kanak-kanak Antarabangsa sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperingati karya dan kisah hebat kanak-kanak India berbakat luar biasa Edmund Thomas Clint dan untuk menyediakan platform kepada generasi prodigi seterusnya yang tersembunyi dalam kalangan kita. Diadakan bagi memperingati permata legenda Kerala yang menghasilkan 25,000 karya seni dalam masa hanya 7 tahun beliau berada di muka bumi ini, ia merupakan peluang sempurna untuk para artis dari India dan seluruh dunia mempamerkan bakat mereka.

generated by system

Jumlah penyertaan terus meningkat dari seluruh dunia, dengan para peserta bersaing untuk mengambil alih mantel yang ditinggalkan oleh Clint. Setakat ini, pertandingan ini menerima 20,500 pendaftaran dari 94 negara, termasuk Ghana, Albania, Sri Lanka, Australia dan Amerika Syarikat. Kanak-kanak dalam kumpulan umur 4-16 tahun layak mengambil bahagian dengan setiap peserta dibenarkan menghantar maksimum lima penyertaan. Semua peserta berusia lebih 18 tahun boleh mendaftar sebagai promoter pertandingan. Tarikh akhir untuk menyerahkan penyertaan adalah pada 31 Disember 2018 dan pendaftaran adalah percuma.

Peserta-peserta perlu memuat naik penyertaan mereka dalam talian dan semua peserta akan diberi sijil penyertaan. Untuk mendaftar, peserta boleh melog masuk ke https://www.keralatourism.org/clint/ , diurus oleh Invis Multimedia dan laman sesawang tersebut disediakan dalam 23 bahasa.

Sejumlah 15 pemenang akan menerima hadiah lawatan bersama keluarga selama lima malam secara percuma ke Kerala manakala sepuluh promoter pertandingan akan menerima hadiah lawatan solo selama lima malam ke negeri tersebut. Selain itu, 20 pemenang dari luar negara akan mendapat cenderahati. Di samping itu, hadiah wang tunai bernilai Rs 10,000 akan diberikan kepada setiap 65 pemenang.

Kisah Clint merupakan salah satu kisah yang menginspirasikan seluruh generasi artis. Beliau menemui keindahan dalam setiap kisah yang didengari dan setiap kejadian yang disaksikannya dan beliau meninggalkan begitu banyak karya yang mengagumkan orang ramai sehingga ke hari ini.

Clint menjadi subjek dalam tujuh buah buku dan dua dokumentari.

Pertandingan ini merupakan satu penghormatan kepada kesungguhan artistik yang cekal seorang kanak-kanak. Sememangnya ia dapat menyalakan semangat dalam jiwa penetap trend generasi seterusnya yang akan membentuk dunia seni pada tahun-tahun mendatang.

Hubungan Media:
Invis Multimedia
+91-7012993589,
+91-9446406749
Trivandrum, Kerala

Sumber: Kerala Tourism

Source: Kerala Tourism
Keywords: Art Awards Children-related news