omniture

Johnson Controls mengubah semula pengurusan bangunan pintar dengan Metasys 10.0

Pelancaran Metasys 10.0 menandakan pencapaian baru untuk memaksimumkan nilai keseluruhan portfolio bangunan sejak penggabungan Johnson Control -- TYCO.
Johnson Controls
2018-12-19 12:09 2199

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Johnson Controls, peneraju teknologi yang pelbagai dan berbilang industri yang bertaraf global, hari ini mengumumkan pelancaran Metasys 10.0, direka bagi menyediakan pengurusan bangunan seragam. Ini menandakan satu lagi pencapaian penting tatkala Johnson Controls membawakan kuasa daripada gabungan portfolionya ke dalam pasaran susulan beberapa penggabungan dan pemerolehan yang dibuat dalam segmen bangunan. Kekuatan gabungan portfolio tersebut termasuk penyelesaian daripada Tyco (bergabung pada tahun 2016) dan York (pemilik tunggal York (Malaysia) pada tahun 2014). Keluaran Metasys terkini ini menyediakan kakitangan kemudahan dengan ciri pengautomatan bangunan yang lebih pintar, tindakbalas lebih pantas terhadap tanda amaran kritikal dan penyepaduan baharu dengan pengesanan kebakaran, selain sistem keselamatan dan pencahayaan, kesemuanya dapat dilihat daripada antara muka tunggal yang sama.

 

Sistem Metasys 10.0 Johnson Controls tawar ciri-ciri penyepaduan dan pengautomatan dipertingkat untuk pengurusan bangunan pintar.
Sistem Metasys 10.0 Johnson Controls tawar ciri-ciri penyepaduan dan pengautomatan dipertingkat untuk pengurusan bangunan pintar.

Satu lagi inovasinya ialah sokongan topologi gelang Eternet. Metasys ialah satu-satunya sistem pengautomatan bangunan dalam pasaran yang menawarkan inovasi ini. Disediakan sebagai sebahagian daripada kerjasama strategik Johnson Controls dengan Cisco, ia membolehkan pengawal dikonfigurasi dalam rangkaian gelang, mengelakkan risiko pada titik kegagalan tunggal, meningkatkan tahap kebolehpercayaan dan daya tahan sistem. Hal ini penting khususnya dalam kemudahan misi kritikal seperti hospital dan pusat data.

"Johnson Controls semakin berkembang sebagai penyepadu sistem untuk bangunan dan bandar yang lebih pintar di Malaysia -- York dengan teknologi penyaman udaranya, Tyco dengan penyelesaian keselamatan dan kebakarannya. Menerusi keluasan komprehensifnya sebagai penyepadu sistem, kami amat menghargai betapa pentingnya untuk menyediakan akses kepada data sistem kritikal daripada antara muka tunggal yang direka secara intuitif. Metasys sentiasa menyediakan platform penyepaduan yang kukuh, namun kini ia lebih mudah untuk pelanggan menggabungkan kedua-dua sistem HVAC dan bukan-HVAC kepada Metasys 10.0. Salah satu kawasan terawal yang menyaksikan kejayaan hebat ini ialah Georgia-Pacific di Atlanta ," kata Fam Wee Chean, pengurus besar, Teknologi & Penyelesaian Bangunan, Johnson Controls Malaysia.

Penyelesaian dan produk Johnson Controls dipasang di lebih 35 peratus bangunan komersial di Malaysia termasuk bangunan yang memerlukan penyepaduan paling rumit seperti hospital.

Penambahbaikan dengan keluaran Metasys 10.0 termasuk:

  • Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) Metasys Baharu -- API membolehkan data diekstrak dengan selamat daripada Metasys 10.0 dan disepadukan dengan instrumen visualisasi data pihak ketiga untuk analisis dan pelaporan data yang mantap.
  • Penyepaduan lebih ringkas dengan Sistem Kebakaran SIMPLEX® -- Sistem Kebakaran SIMPLEX dipertingkat untuk menyertakan penyepaduan BACnet®/IP dengan sistem Metasys bagi mengautomasi keadaan bangunan apabila dirangsang oleh kejadian kebakaran.
  • Penyepaduan baharu dengan Kawalan Akses C·CURE 9000 dan Sistem Pengurusan Video victor -- Pemacu penyepaduan baharu ditambah ke dalam sistem Metasys untuk menyediakan data daripada Kawalan Akses C·CURE 9000 dan Sistem Pengurusan Video victor daripada Tyco Security Products.
  • Penyepaduan lebih ringkas dengan sistem pencahayaan daripada penyedia lampu utama -- Lampu LED dan rangkaian sensor daripada rakan kongsi pilihan disepadukan secara ketat dengan sistem Metasys untuk menyelaraskan tingkah laku pencahayaan dengan operasi HVAC.
  • Untuk maklumat lanjut tentang Metasys 10.0, layari metasys.johnsoncontrols.com

Latar Belakang Johnson Controls

Johnson Controls ialah peneraju teknologi yang pelbagai dan berbilang industri bertaraf global yang menawarkan perkhidmatan kepada jaringan pelanggan yang luas di lebih 150 negara. Seramai 120,000 kakitangan kami mencipta bangunan pintar, penyelesaian cekap tenaga, infrastruktur bersepadu dan sistem pengangkutan generasi akan datang yang berfungsi lancar bagi menunaikan janji untuk bandar dan komuniti pintar. Komitmen kami terhadap kemampanan bermula sejak awal penubuhan kami pada tahun 1885, menerusi ciptaan termostat bilik elektrik yang pertama. Kami komited untuk membantu pelanggan kami meraih dan mencipta nilai yang lebih besar untuk semua pihak berkepentingan kami melalui tumpuan strategik terhadap platform bangunan dan pertumbuhan tenaga kami.

Latar Belakang Teknologi & Penyelesaian Bangunan Johnson Controls

Teknologi & Penyelesaian Bangunan Johnson Controls menjadikan dunia lebih selamat, lebih pintar dan lebih mampan -- sebuah bangunan pada satu-satu masa. Portfolio teknologi kami menggabungkan setiap aspek sebuah bangunan -- sama ada sistem keselamatan, pengurusan tenaga, perlindungan kebakaran atau HVACR -- untuk memastikan bahawa kami melangkaui jangkaan pelanggan sepanjang masa. Kami beroperasi di lebih 150 negara melalui jaringan cawangan dan saluran pengedaran kami yang tiada tandingan, membantu pemilik bangunan, pengendali, jurutera dan kontraktor meningatkan kitar hayat penuh sebarang kemudahan. Kumpulan jenama kami melibatkan antara nama-nama yang paling dipercayai dalam industri seperti Tyco®, YORK®Metasys®Ruskin®, Titus®, Frick®, PENN®, Sabroe®, Simplex® dan Grinnell®. Untuk maklumat lanjut, layari www.johnsoncontrols.my atau ikuti Johnson Controls Asia Pacific di LinkedIn.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181212/2324610-1
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150623/8521504142LOGO

Source: Johnson Controls
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Electronic Design Automation Household/Consumer/Cosmetics HVAC New products/services