omniture

Munters Menang Tiga Pesanan Rawatan Udara Besar di China

Munters AB
2018-12-19 16:55 1062

STOCKHOLM, 19 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Munters Group (MTRS), peneraju global bagi penyelesaian rawatan udara dan iklim cekap tenaga, memenangi tiga pesanan besar daripada syarikat automotif dan elektronik yang terkemuka di China untuk tapak pengilangan bateri litium di China menerusi nilai pesanan keseluruhan kira-kira sebanyak MSEK 120.

Munters akan membekalkan penyelesaian iklim yang menyediakan persekitaran penghasilan udara takat embun rendah untuk pengilangan bateri litium pelanggan. Nilai pesanan keseluruhan dianggarkan sebanyak MSEK 120, bergantung pada pilihan seleksi peralatan akhir bagi setiap tapak. Skop projek ini melibatkan sistem GREENDRY Munters, ditawarkan menerusi unit-unit dengan pelbagai saiz dan konfigurasi agar sesuai dengan keperluan penghasilan berbeza pelanggan, menerusi beberapa produk termasuk teknologi Green PowerPurge™ Munters.

Teknologi Green PowerPurge™ Munters digabungkan dengan tawaran sistem GREENDRY menyediakan penyelesaian takat embun rendah cekap tenaga. Matlamat teknologi Green PowerPurge™ adalah untuk menjadikan penjimatan tenaga kepada setinggi 45% berbanding sistem takat embun rendah lain yang terdapat dalam pasaran.

"Kami berbangga kerana telah memenangi pesanan terbesar kami untuk pasaran bateri litium. Berupaya memanfaatkan teknologi pembersihan berbeza yang dibangunkan oleh Munters selama bertahun-tahun bagi memperoleh penyelesaian cekap tenaga yang paling sesuai dengan keperluan penghasilan berbeza oleh pelanggan merupakan perkara yang diusahakan oleh Munters untuk semua pelanggan kami," kata Scott Haynes Presiden Bidang Perniagaan Rawatan Udara Munters. 

"Amat teruja rasanya sebagai sebuah syarikat inovatif dalam industri kerana dapat bekerjasama dengan syarikat-syarikat inovatif lain di China. Kami berasa bertuah kerana dapat menjadi sebahagian daripada projek ini dan peralihan ke arah pengangkutan mampan, menyediakan penyelesaian iklim kepada pengilangan bateri Litium, bagi memenuhi kehendak yang tinggi untuk kenderaan elektrik di China," kata Wolf Frank Presiden Munters China.  

Penyelesaian ini dijangka diserahkan semasa enam bulan pertama tahun 2019.

Maklumat ini merupakan maklumat yang wajib diuar-uarkan kepada umum oleh Munters Group AB menurut Peraturan Penyalahgunaan Pasaran EU. Maklumat dihantar untuk tujuan penerbitan, melalui agensi individu perhubungan yang ditetapkan di atas pada 14 Disember 2018 pada jam 08.00 CET.

Latar Belakang Munters Group 

Munters ialah peneraju global bagi penyelesaian rawatan udara dan iklim yang cekap tenaga. Menggunakan teknologi inovatif, Munters mewujudkan iklim yang sempurna untuk pelanggan dalam pelbagai industri yang luas, dan industri terbesar merupakan sektor pemakanan, farmaseutikal dan pusat data. Munters telah menakrifkan masa depan rawatan udara sejak tahun 1955. Hari ini, sekitar 3,900 kakitangannya menjalankan proses pembuatan dan jualan di lebih 30 negara. Jualan bersih tahunan Munters mencecah kira-kira SEK 7 bilion dan tersenarai dalam Nasdaq Stockholm. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.munters.com

Source: Munters AB
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics HVAC Contracts