![]() |
Pemimpin Industri IT Global Berpengalaman Sertai Virtuozzo Bantu Dorong Pertumbuhan dalam Pasaran Baharu
SEATTLE, 19 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Virtuozzo, penyedia utama bagi perisian virtualisasi sejak 18 tahun lalu, mengumumkan pelantikan Alex Fine sebagai ketua pegawai eksekutifnya. En. Fine memegang rekod prestasi terbukti dalam memimpin pertumbuhan pendapatan untuk organisasi-organisasi berteknologi tinggi global termasuk CloudBlue, Ingram Micro, Odin dan Parallels. Beliau menyertai Virtuozzo pada waktu kritikal tatkala syarikat memasuki pasaran infrastruktur tertumpu hiper (HCI) menerusi Platform Infrastruktur Virtuozzo yang amat dinanti-nantikan.
"Virtuozzo menempa kejayaan hebat dalam menyediakan virtualisasi dan teknologi storan tentuan perisian kepada penyedia-penyedia perkhidmatan di seluruh dunia selama beberapa tahun dan kami kekal komited untuk menawarkan perkhidmatan dalam segmen ini menerusi lebih banyak inovasi," kata En. Fine. "Kami turut menyaksikan perubahan berterusan dalam jenis infrastruktur IT yang dipilih oleh banyak organisasi untuk mengendalikan aplikasi perniagaan utama, maka kami berusaha mengembangkan pelan hala tuju kami dengan peningkatan fokus yang memenuhi jangkaan pelanggan baharu."
MarketsandMarkets™ menganggarkan bahawa pasaran infrastruktur tertumpu hiper akan berkembang sebanyak 43.6% setiap tahun antara tahun ini dan tahun 2022 bagi mencecah USD $12.6 bilion. "Platform Infrastruktur Virtuozzo kami akan menyediakan penumpuan hiper melibatkan pengkomputeran, storan dan perangkaian maya dalam satu susunan tunggal dengan sokongan pengurusan dan berbilang sewaan seragam agar organisasi-organisasi IT dapat membina infrastruktur pusat data awan atau maya yang boleh diskala dan berprestasi tinggi pada perkakasan komoditi untuk mengurangkan kos dan mendayakan pertumbuhan perniagaan," tambah En. Fine.
Seorang veteran lama dalam kumpulan perniagaan Parallels, En. Fine pada mulanya bertanggungjawab pada tahun 2006 untuk mengurus divisyen Parallels Desktop yang baru diwujudkan di Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik. Kemudian, beliau meluaskan kehadiran perniagaan Parallels di Afrika, yang mana beliau memacu pertumbuhan pendapatan yang ketara tatkala syarikat berkembang kepada jenama Odin. Selepas pemerolehan Odin oleh Ingram Micro, Alex kekal bersama pasukan Odin untuk memimpin jualan EMEA sehingga beliau menyertai Virtuozzo.
Latar Belakang Virtuozzo
Virtuozzo menyediakan virtualisasi dan teknologi storan tentuan perisian bersepadu yang membawa kepada prestasi yang lebih baik dan kecekapan kos dalam pusat data seluruh dunia. Ia merupakan syarikat pertama yang meraih keuntungan daripada beban kerja kontena hampir 20 tahun lalu dan mempunyai lebih lima juta kontena yang dikeluarkan hari ini. Ia juga menjadi pemimpin pemikiran dan penyumbang kepada banyak projek sumber terbuka berpengaruh termasuk OpenVZ, KVM, OpenStack, CNCF dan OCI. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.virtuozzo.com.
Hubungi: tom.baumgartner@virtuozzo.com
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/481237/Virtuozzo_Logo.jpg