omniture

MGID Capai Mohor "Diperakui Menentang Penipuan" TAG

MGID
2018-12-20 17:07 1751

LOS ANGELES, 20 Disember 2018 /PRNewswire/ -- MGID, perintis bertaraf global bagi pengiklanan natif, mengumumkan bahawa Trustworthy Accountability Group (TAG) telah memberikan MGID dengan Mohor "Diperakui Menentang Penipuan" TAG, mengiktiraf pematuhan MGID menurut keperluan ketat program dalam menentang trafik palsu dalam rantaian bekalan pengiklanan digital.

Diasaskan oleh Persatuan Agensi-agensi Pengiklanan Amerika (4A's), Persatuan Pengiklan-pengiklan Kebangsaan (ANA) dan Biro Pengiklanan Interaktif (IAB), TAG ialah program pensijilan global utama yang memerangi aktiviti jenayah dan meningkatkan kepercayaan dalam industri pengiklanan digital. Syarikat-syarikat yang dilihat mematuhi Garis Panduan Diperakui Menentang Penipuan dianugerahkan dengan Mohor Diperakui Menentang Penipuan yang dapat digunakan oleh mereka untuk memaklumkan kepada umum tentang komitmen mereka untuk memerangi penipuan.

"Lantaran masalah trafik palsu, pengiklan perlu membelanjakan lebih 20% untuk mendapatkan 100 penukaran pada masa kini berbanding 2 tahun lalu," kata Sergii Denysenko, Ketua Pegawai Eksekutif MGID. "Atas sebab inilah kami membangunkan sistem antipenipuan proprietari kami yang membolehkan kami menyampaikan 96% trafik manusia sebenar. Kami bertungkus lumus mengusahakan projek ini dan kami amat berbangga kerana TAG mengiktiraf komitmen MGID untuk memerangi trafik berunsur penipuan dan membawakan keputusan pengiklanan yang berkualiti," tambah beliau.

"Penipuan iklan yang ditangani dengan jayanya, industri kita harus bersatu untuk mengguna pakai piawaian bertaraf tinggi yang dapat menyekat aliran wang kepada penipu dan penjenayah yang mendapat keuntungan daripada aktiviti penipuan," kata Rachel Nyswander Thomas, Naib Presiden Kanan Operasi dan Dasar TAG. "Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan MGID sebagai salah satu penerima Mohor 'Diperakui Menentang Penipuan' TAG dan kami berharap dapat terus bekerjasama dengan MGID untuk mewujudkan persekitaran pengiklanan yang bebas penipuan, telus dan selamat untuk jenama."

Latar Belakang MGID

MGID ialah perintis inovatif bertaraf global bagi pengiklanan natif. Sejak ditubuhkan pada tahun 2008, syarikat ini menjadi platform penemuan kandungan utama yang menyasarkan 850 juta pembaca unik dengan 165 bilion cadangan setiap bulan.

MGID membantu penerbit mengekalkan pengguna pada laman mereka dan meraih keuntungan daripada trafik mereka; menghubungkan pemasar dan pengiklan jenama kepada audiens sasaran mereka melalui cadangan kandungan diperibadikan dan selanjutnya memacu pertumbuhan pendapatan untuk semua peserta dalam ekosistem pengiklanan natif.

Source: MGID
Keywords: Advertising