Hotel 223 bilik baharu bergaya tawar pemandangan tiada tandingan Sungai Han kepada pengembara liburan dan perniagaan
DA NANG, Vietnam dan MCLEAN, Virginia, 21 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Hilton Hotels & Resorts, jenama unggulan Hilton (NYSE: HLT), hari ini mengumumkan pembukaan Hilton Da Nang, sebuah hotel 28 tingkat dengan 223 bilik berservis penuh. Pembukaan hotel ini melambangkan hotel ketiga Hilton di negara ini selepas Hilton Hanoi Opera dan Hilton Garden Inn Hanoi.
"Pembukaan Hilton Da Nang memperlihatkan satu pencapaian penting buat kami menerusi kemasukan jenama ini ke satu lagi destinasi penting di Asia Tenggara. Membawakan jenama unggulan Hilton kami ke bandar-bandar utama dan sekunder bersama rakan-rakan kongsi yang tepat merupakan sebahagian daripada strategi pertumbuhan kami. Dengan Da Nang yang dijangka menarik 15 juta pelancong menjelang tahun 2030, kami yakin Hilton Da Nang, selaku lambang hospitaliti, akan menjadi fokus utama mereka apabila mereka mengunjungi bandar pantai yang indah ini," kata Paul Hutton, naib presiden, operasi, Asia Tenggara, Hilton.
Terletak berhampiran Jambatan Han dan jalan Bach Dang yang terkenal di bandar tersebut, Hilton Da Nang menikmati akses mudah ke hab jalur hiburan, beli belah dan perniagaan utama Da Nang. Hotel ini juga terletak 10 minit jarak memandu yang singkat dari Lapangan Terbang Da Nang dan lima minit dari Pantai Da Nang.
"Hilton dengan bangganya mengalu-alukan pengembara melalui pintu masuknya selama hampir 100 tahun dan kami teruja kerana berupaya untuk terus melakukannya di bandar yang mempunyai potensi pertumbuhan yang luar biasa, seperti Da Nang, memperkukuh komitmen kami untuk menawarkan tetamu kami dengan detik-detik yang penting di seluruh dunia," kata Vera Manoukian, naib presiden kanan dan ketua global, Hilton Hotels & Resorts.
Berkeluasan antara 36 meter persegi hingga 202 meter persegi, kesemua 223 bilik tamu dan suit yang luas menampilkan reka bentuk kontemporari yang diilhamkan unsur tempatan dan pemandangan Sungai Han. Bilik tingkat eksekutif hotel ini menawarkan akses eksklusif kepada ruang istirehat tingkat 27, yang mana para tetamu dapat menikmati sarapan percuma, minuman sepanjang hari dan pemandangan berpanorama bandar.
Dengan kawasan berjumlah 725 meter persegi yang dikhususkan untuk ruang mesyuarat yang fleksibel, Hilton Da Nang menawarkan lapan bilik mesyuarat dan dewan besar, yang dapat menampung sehingga 500 tetamu. Setiap ruang mesyuarat didatangkan lengkap sepenuhnya dengan peralatan audio-visual terkini, skrin LED dan Wi-Fi berkelajuan tinggi bagi memastikan acara-acara berjalan dengan selesa dan lancar.
Selain gimnasium 24 jam dan kolam renang luaran yang dipanaskan yang menghadap Sungai Han, Hilton Da Nang turut menawarkan tiga pilihan menjamu selera:
"Kami tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan tetamu pertama kami dan yakin bahawa Hilton Da Nang akan menggembirakan pengembara perniagaan dan liburan dengan biliknya yang luas, kemudahan canggih, pilihan masakan yang hebat dan perkhidmatan yang lengkap," kata Jesper Bach Larsen, pengurus besar, Hilton Da Nang.
Hilton Da Nang merupakan sebahagian daripada Hilton Honors, program kesetiaan tetamu yang memenangi anugerah untuk 15 jenama hotel berbeza Hilton. Ahli-ahli yang menempah terus mendapat akses kepada faedah-faedah serta merta termasuk penghitung bayaran fleksibel yang membolehkan ahli-ahli memilih hampir sebarang kombinasi Mata dan wang untuk menempah penginapan, diskaun ahli eksklusif, Wi-Fi standard percuma dan aplikasi mudah alih Hilton Honors.
Bagi meraikan pembukaan hotel, ahli-ahli Hilton Honors akan memperoleh 5,000 mata Honors tambahan bagi tempahan 3 malam atau lebih sehingga 31 Mac 2019, apabila menempah terus dengan Hilton.
Untuk maklumat lanjut, atau untuk membuat tempahan, para pengembara boleh mengunjungi Hilton Da Nang atau hubungi +84 236 387 4000.
Latar Belakang Hilton Hotels & Resorts
Selama hampir 100 tahun, Hilton Hotels & Resorts menetapkan penanda atas untuk bidang hospitaliti seluruh dunia, menyediakan inovasi produk dan perkhidmatan baharu demi memenuhi keperluan tetamu yang berubah-ubah. Dengan lebih 575 hotel merentas enam benua, hartanah Hilton Hotels & Resorts terletak di destinasi-destinasi yang paling dicari-cari di dunia buat tetamu yang mengetahui betapa pentingnya tempat penginapan mereka. Ahli-ahli Hilton Honors yang menempah terus melalui saluran pilihan Hilton mendapat akses kepada faedah serta merta. Mulakan perjalanan anda di www.hilton.com dan ketahui lebih lanjut dengan melayari newsroom.hilton.com/hhr atau dengan mengikuti Hilton Hotels & Resorts di Facebook, Twitter dan Instagram.
Latar Belakang Hilton
Hilton ialah sebuah syarikat hospitaliti global terkemuka, dengan portfolio 15 jenama bertaraf dunia yang terdiri daripada lebih 5,500 hartanah dengan hampir 895,000 bilik di 109 negara dan wilayah. Berdedikasi untuk memenuhi misi menjadi syarikat yang paling selesa di dunia, Hilton mendapat tempat dalam senarai tempat kerja terbaik dunia 2018 dan telah menerima lebih 3 bilion tetamu sepanjang hampir 100 tahun sejarahnya. Melalui program kesetiaan tetamu yang memenangi anugerah, Hilton Honors, hampir 82 juta ahli yang menempah terus dengan Hilton mendapat akses kepada faedah-faedah serta merta termasuk daftar masuk digital dengan seleksi bilik, Kunci Digital dan Bilik Bersambung. Kunjungi newsroom.hilton.com untuk maklumat lanjut dan berhubung dengan Hilton melalui Facebook, Twitter, LinkedIn, Instagram dan YouTube.
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181217/2329409-1LOGO
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181217/2329409-1LOGO-a