omniture

Aeroflot Daftar Baka Anjing Penghidu Miliknya

Aeroflot
2018-12-21 10:59 1666

MOSCOW, 21 Disember 2018/PRNewswire/ --

Aeroflot telah mendaftarkan baka anjing penghidu Shalaika miliknya sendiri bersama Persekutuan Kinologikal Rusia. Penyampaian rasmi anjing-anjing tersebut berlangsung di Terminal B Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo dan dihadiri oleh pembiak baka anjing Shalaika, Klim Sulimov, serta anggota-anggota komuniti kinologi.

generated by system

generated by system

generated by system

Anjing-anjing tersebut disampaikan oleh Timbalan Ketua Keselamatan Penerbangan Aeroflot, Azat Zaripov dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sheremetyevo Security Akexander Shalov yang bercakap tentang bagaimana syarikat penerbangan dan lapangan terbang menggunakan anjing bagi memastikan keselamatan di darat dan di dalam pesawat.

Shalaika ialah hibrid anjing jenis serigala Rusia yang berasal daripada kacukan awal antara dua Lapponian Herder dan dua anjing serigala emas Turkmen. Baka ini dihasilkan untuk keselamatan Aeroflot oleh Klim Sulimov, seorang ahli biologi Rusia yang terkenal dan sejak tahun 2001, Shalaika telah menyokong perkhidmatan anjing syarikat penerbangan sebagai anjing penghidu. Setakat hari ini, Aeroflot memiliki sekitar 50 ekor anjing.

Meneruskan kejayaan perkhidmatan anjingnya, Aeroflot memperkenalkan pengawasan olfaktori, satu sistem perkakasan dan perisian yang melibatkan alat khas untuk anjing-anjing tersebut bagi membantu mengenal pasti sifat bahan yang dikesan oleh anjing-anjing berkenaan dan menghantar maklumat kepada komputer pengendali.

Perkhidmatan anjing Aeroflot merupakan pemenang anugerah tetap. Pada Disember 2018, syarikat penerbangan ini menjadi syarikat pengangkutan pertama yang memenangi anugerah bagi kategori Bioteknologi dan Kejuruteraan Genetik di Innovation Time Awards untuk projek 'Anjing Sulimov Aeroflot' yang memenangi anugerah antarabangsa. Projek Facebook 'Anjing 'Sulimov' syarikat penerbangan ini turut membawa pulang anugerah bagi kategori Pengembaraan dan Pelancongan, Hubungan Media Digital dan Penglibatan Komuniti di IPRA Golden World Awards.

Pada tahun 2019, Aeroflot akan memperkenalkan Shalaika dan sistem pengawasan olfaktori di pertunjukan anjing antarabangsa 2019 Eurasia.

Latar Belakang Aeroflot 

Aeroflot ialah syarikat penerbangan unggulan Rusia dan ahli perikatan syarikat penerbangan global SkyTeam. Aeroflot menawarkan perkhidmatan di 152 destinasi dalam 55 negara.  

Armada dengan bilangan 252 pesawat Aeroflot merupakan yang terbaharu bagi mana-mana syarikat penerbangan di seluruh dunia yang mengendalikan lebih 100 pesawat. Pada tahun 2017, Aeroflot membawa 32.8 juta penumpang (50.1 juta penumpang sebagai Aeroflot Group termasuk subsidiari). 

Aeroflot memegang status Syarikat Penerbangan 4-Bintang daripada Skytrax dan telah dinamakan Syarikat Penerbangan Terbaik di Eropah Timur buat kali ketujuh di World Airline Awards Skytrax 2018. Aeroflot juga telah dianugerahkan dengan penarafan syarikat penerbangan global lima bintang oleh persatuan penerbangan A.S., APEX.   

Aeroflot ialah jenama syarikat penerbangan terkukuh di dunia menurut perunding strategi jenama terkemuka Brand Finance.  

Ketahui lebih lanjut di http://www.aeroflot.com/  

Source: Aeroflot
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Transportation Travel