omniture

Blume Global Meterai Perkongsian Strategik dengan Infosys

Blume Global
2018-12-21 22:34 3463

Perkongsian Dayakan Pelanggan Pacu Transformasi Rantaian Bekalan Hujung-ke-Hujung dan Inovasi Baharu 

PLEASANTON, California, 21 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Blume Global, peneraju bagi penyelesaian logistik dan rantaian bekalan digital bertaraf global, hari ini mengumumkan bahawa ia memeterai satu perkongsian global yang strategik dengan Infosys, peneraju bagi perkhidmatan dan perundingan digital generasi seterusnya. Melalui perjanjian ini, Infosys akan melaksanakan dan mengehoskan platform Blume serta penyelesaian transformasi digital untuk penyedia perkhidmatan logistik, peruncit dan pengeluar.

The Blume Global Network
The Blume Global Network

Blume Global menyediakan penyelesaian rantaian bekalan digital yang unik, direka bagi menyelesaikan cabaran teknologi dan perniagaan kritikal melibatkan ketua-ketua pegawai rantaian bekalan. Pelanggan-pelanggan Infosys kini berupaya mengakses Blume Digital Platform dan keupayaannya untuk mengoptimumkan semua aspek logistik merentas rantaian bekalan mereka, memacu kelebihan daya saing melalui maklumat operasinya, data dan rangkaiannya yang luas.

Blume Global Platform mempunyai kebolehan untuk bersepadu dengan ERP yang utama industri dan penyelesaian pengurusan pengangkutan daripada SAP dan Oracle. Penyepaduan ini dapat memperkasa pelanggan untuk melanjutkan pelaburan mereka dalam aplikasi perusahaan mereka demi memperkasa transformasi digital rantaian bekalan mereka.

"Kami membantu pelanggan-pelanggan kami memacu transformasi rantaian bekalan digital yang dapat menjajarkan mereka agar lebih dekat dengan pelanggan, memahami dan memberi tindak balas lebih pantas kepada permintaaan selain mengurangkan kos dengan ketara. Platform Blume memanfaatkan kepakaran perisian perusahaan pasukan kami bagi menyediakan penyelesaian yang membolehkan pelanggan kami mencipta semula rantaian bekalan mereka," kata Karmesh Vaswani, Naib Presiden Eksekutif untuk Kumpulan Industri Pengguna, Peruncitan, Logistik, Infosys.

"Dengan Infosys kami dapat meluaskan capaian penyelesaian kami dengan pantas, memanfaatkan hubungan jangka panjang syarikat kami bagi membantu syarikat-syarikat peruncitan dan pembuatan global membawa transformasi digital kepada setiap aspek dalam rantaian bekalan mereka," kata Pervinder Johar, Ketua Pegawai Eksekutif, Blume Global. "Platform Blume menyediakan data serta maklumat berharga dan jaringan terhubung global rakan kongsi dagangan yang dapat memacu kolaborasi waktu nyata dan pengaturan merentas rangkaian yang rumit."

Sepanjang sejarahnya selama hampir 25 tahun, Blume Global (dahulunya REZ-1) telah membangunkan platform yang dipercayai dalam segmen antara mod, dengan lebih 5,000 pengguna, lebih 300 syarikat pemasaran antara mod (IMC) merentas 1,400 pejabat dan lebih 6,000 pembawa motor. Platform ini memproses transaksi tahunan sebanyak lebih $1 bilion untuk pelanggan dengan 99.99 peratus ketepatan pengebilan.

Latar Belakang Blume Global 
Bermula dengan para peruncit, para pengeluar dan syarikat-syarikat produk pengguna global yang terbesar di dunia kepada syarikat-syarikat trak pengangkut barang tempatan terkecil, kejayaan bergantung pada keterlihatan dan pengaturan hujung-ke-hujung rangkaian rantaian bekalan global dalam setiap pergerakan, setiap mod dan setiap jarak. Dengan platform dan penyelesaian digital didayakan AI dan dipacu data untuk keterlihatan waktu nyata, pelaksanaan logistik, pengurusan aset, penunaian dan penyelesaian kewangan, penyelesaian Blume memanfaatkan dua dekad maklumat data dan jaringan globalnya untuk membantu perusahaan menjadi lebih tangkas dan responsif, menambah baik penyerahan perkhidmatan dan mengurangkan kos. Ketahui lebih lanjut di blumeglobal.com.

Latar Belakang Infosys
Infosys ialah peneraju global bagi perkhidmatan dan perundingan digital generasi seterusnya. Kami mendayakan pelanggan kami di 45 negara untuk menavigasi transformasi digital mereka. Menerusi lebih tiga dekad pengalaman dalam mengurus sistem dan cara kerja perusahaan-perusahaan global, kami dengan mahir membimbing pelanggan kami dalam menyusuri perjalanan digital mereka. Kami melakukannya dengan mendayakan perusahaan dengan teras berkuasa AI yang membantu mengutamakan pelaksanaan perubahan. Kami turut memperkasa perniagaan menerusi digital tangkas secara meluas bagi membawakan tahap prestasi dan kegembiraan pelanggan yang belum pernah dilihat sebelum ini. Agenda pembelajaran kami yang sentiasa disediakan dapat memacu penambahbaikan berterusan mereka dengan membina dan memindahkan kemahiran, kepakaran dan idea digital daripada ekosistem inovasi kami. www.infosys.com

Hubungi: Laura Often, 781-296-6485, blume@inkhouse.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/801239/Blume_Global_Network_Numbers_2018.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/744701/Blume_Logo.jpg

Source: Blume Global
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Transportation Joint ventures