![]() |
PARIS, 24 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Artprice, sebuah syarikat Server® Group dan perintis internet sejak tahun 1985 di Eropah, dan Cision® dengan sukacitanya mengumumkan perkongsian pengedaran maklumat berita. Perkongsian itu menjadikan Cision sebagai pengedar berita dan kandungan rasmi untuk pemimpin dunia dalam maklumat pasaran seni.
Perkongsian strategik ini melantik Cision sebagai penyedia perkhidmatan pengedaran untuk maklumat Artprice mengenai trend pasaran seni untuk agensi-agensi media utama di seluruh dunia termasuk kira-kira 7,200 penerbitan akhbar antarabangsa. Perjanjian itu merupakan hasil langsung hubungan jangka panjang selama dua dekad antara Artprice dan Cision, dua pemimpin yang mantap dalam pasaran masing-masing.
Artprice ialah peneraju global dalam harga seni dan bank data indeks seni. Ia mempunyai lebih daripada 30 juta indeks dan hasil lelong. Artprice Images® memberikan akses tanpa had kepada sumber Pasar Seni terbesar di dunia: sebuah perpustakaan dengan 126 juta imej atau cetakan karya seni dari tahun 1700 hingga sekarang, bersama-sama dengan ulasan oleh ahli sejarah Seni Artprice.
"Kami sangat bangga dalam menyediakan berita global terbaik yang berkaitan dengan industri pasaran seni seperti, keputusan lelongan, indeks yang meliputi lebih 700,000 artis, acara utama, dan pembukaan muzium di lima benua," kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Artprice, Thierry Ehrmann. "Perkhidmatan berita Cision melangkaui piawaian industri untuk penyebaran berita seperti didedahkan oleh audit kami, yang membolehkan Artprice mencapai pasarannya yang mewakili kira-kira 90 juta pembeli dan pengumpul melalui distribusi yang boleh dipercayai dan cepat, mencapai kedalaman audiensnya. Pada tahun 2019, Artprice dan Cision seterusnya melahirkan agensi Berita Seni pada skala global."
Cision menonjol di kalangan pesaing untuk perkongsian kerana perkhidmatan pelanggan yang luar biasa dan menyediakan perkhidmatan baharu yang unik dari segi penyebaran dan kandungan. Pengedaran global merupakan kunci bagi Artprice dengan tumpuan khusus di Perancis, Eropah dan China - di mana ia dikaitkan dengan pemimpin Cina dalam Pasar Seni, rakan kongsi institusinya yang padu Artron.net - untuk mengukuhkan jejaknya dalam pasaran seni antarabangsa. Perkongsian ini akan berkembang apabila jangkauan dan impak global Artprice sebagai Museum Industry®, program global yang menyokong pengembangan pembukaan muzium, kini aktif di lima benua.
"Pelaburan teknologi terkini Cision telah memperkukuh kedudukan kami sebagai rakan pilihan untuk pengedaran berita," kata Frédéric Dumas, Naib Presiden Jualan, Cision, Perancis. "Kami bekerja dengan jenama yang paling dihormati dan kini dalam tahun kedua puluh kami memberikan perkhidmatan kepada Artprice di seluruh dunia, kami berkembang dengan komitmen kami yang mantap untuk memastikan penonton yang relevan untuk kandungan Artprice."
Latar Belakang Cision
Cision Ltd. (NYSE: CISN) ialah penyedia global terkemuka perisian dan perkhidmatan media yang diperolehi kepada profesional perhubungan awam dan komunikasi pemasaran. Perisian Cision membolehkan pengguna mengenal pasti pengaruh utama, mencipta dan mengedarkan kandungan strategik, dan mengukur impak yang bermakna. Cision mempunyai lebih 4,000 pekerja dengan pejabat di 19 negara di seluruh Amerika, EMEA, dan APAC. Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatannya yang memenangi anugerah, termasuk Cision Communications Cloud®, lawati www.cision.com dan ikuti Cision di Twitter @Cision.
Hubungan Media:
A.S.
Laura Roman
Cision
cisionpr@cision.com
Eropah
Frédéric Dumas
Cision
cisionpr@cision.com
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/801858/Cision_and_Artprice_Partnership_Press_Release_Image.jpg
Logo - http://mma.prnewswire.com/media/467136/cision_logo.jpg