GUANGZHOU, China, 28 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Pembuat auto Cina yang terkenal GAC Group, syarikat induk GAC Motor, telah menyelesaikan pembinaan kilang pintar tenaga dan ekologikal baharu ("Kilang") untuk projek fasa pertamanya bagi mencapai kapasiti pengeluaran sebanyak 200,000 kenderaan elektrik setahun dalam taman perindustrian untuk pembangunan kenderaan elektrik dan pintar ("Taman Perindustrian") pada 23 Disember. GAC Motor dan Aisin AW CO., LTD ("Aisin AW"), subsidiari Aisin Seiki, turut menganjurkan upacara meletakkan batu asas di Taman Perindustrian ini untuk projek usaha sama mereka bagi mengeluarkan transmisi automatik pada hari yang sama. Pegawai-pegawai kerajaan wilayah dan perbandaran, Zeng Qinghong, Pengerusi GAC Group, Feng Xingya, Pengurus Besar GAC Group, wakil-wakil kakitangan, syarikat-syarikat pelaburan, rakan-rakan kongsi serta wakil-wakil media telah menghadiri acara ini.
Kilang Baharu untuk Tenaga Baharu dan Teknologi Baharu
Mewakili nilai pelaburan sebanyak RMB 4.7 bilion (US$ 680 juta), Kilang ini merupakan projek pertama Taman Perindustrian dan telah memulakan kerja-kerja pembinaan sejak September 2017. Kilang ini akan memulakan proses pengeluaran pada Mei 2019, bertujuan untuk mencapai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 400,000 kenderaan. GAC New Energy akan melancarkan sekurang-kurangnya 2 model kenderaan elektrik setahun selepas itu untuk mempelbagaikan barisan produknya dan menyediakan pengguna dengan pelbagai pilihan.
Masa depan kenderaan adalah bersumberkan elektrik, bersifat global, terhubung secara dalam talian dan berkongsi, yang menekankan kepentingan teknologi pemanduan automatik. GAC Group telah memulakan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap teknologi pemanduan sendiri sejak tahun 2011. Aion S, sistem pemanduan separa automatik Tahap 2 yang ditampilkan, akan dilancarkan pada tahun 2019, dan juga akan menjadi model kenderaan tenaga baharu pertama yang dikeluarkan secara besar-besaran, digunakan untuk membangunkan sistem pemanduan automasi tinggi Tahap 4. Model kenderaan baharu yang dibangunkan oleh GAC Group dan dibawakan dengan sistem pemanduan automasi bersyarat Tahap 3 akan mula dikeluarkan dalam masa terdekat.
Perikatan Hebat, Rantaian Bekalan Global Lebih Mantap
Pada hari yang sama, GAC Motor dan Aisin AW akan turut menganjurkan upacara meletakkan batu asas di Taman Perindustrian untuk projek usaha sama pengilangan transmisi automatik mereka. Pada bulan April, GAC Motor dan Aisin AW menandatangani perjanjian kerjasama mendalam untuk memulakan usaha sama baharu. Pelaburan sebanyak RMB 2.13 bilion (US$ 310 juta) akan dilaburkan ke dalam projek ini dan produk pertamanya akan mula dikeluarkan menjelang akhir tahun 2020, yang bertujuan untuk mencapai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 400,000 unit AT.
En. Yu Jun, Presiden GAC Motor berkata, "Setelah pembinaannya selesai, projek usaha sama ini akan membawa faedah-faedah ekonomi dan sosial yang luar biasa. Anggaran nilai pengeluaran tahunannya akan melebihi RMB 3.5 bilion (US$500 juta). Ia akan mencipta banyak peluang pekerjaan tempatan dan memupuk lebih ramai ahli professional dalam bidang pengilangan transmisi automatik.
Ditubuhkan pada tahun 1969, Aisin AW ialah pengeluar Nombor 1 di dunia bagi sistem AT dan navigasi kereta. Transmisi Automatik 6-Kelajuan yang dirancang untuk dikeluarkan dalam projek usaha sama ini, telahpun dipasang secara meluas dalam kenderaan GAC Motor termasuk GS8 dan GS4.
Sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk mengeluarkan kenderaan berkualiti tertinggi, GAC Motor menjalin perkongsian strategik dengan 18 pembekal auto terkemuka dunia termasuk Michelin, Denso, Continental dan banyak lagi, mencakupi aspek-aspek seperti komponen teras dan teknologi pintar, mendayakan rantaian bekalan globalnya untuk mematuhi piawaian industri tertinggi. Usaha sama antara GAC Motor dan Aisin AW akan membolehkan GAC Motor untuk memajukan pembangunan mampan bagi bekalan bahagian dan komponen berprestasi tingginya serta mewujudkan rantaian bekalan global yang lebih kukuh.
Latar Belakang GAC Motor
Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-238 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama enam tahun berturut-turut dalam Initial Quality Study SM (IQS) China J.D. Power Asia Pacific, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pembuatan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi:
Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181227/2335579-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181227/2335579-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181227/2335579-1-c