omniture

Sheraton Zhuhai Hotel alu-alukan tahun 2019 setelah tahun 2018 penuh pengiktirafan

Zhuhai Huafa Group
2018-12-31 11:38 2289

ZHUHAI, China, 31 Disember 2018 /PRNewswire/ -- Menerusi sokongan padu daripada Huafa Group dan Huafa Hotel Management Co., Ltd., serta sokongan dan bantuan jangka panjang daripada pelbagai syarikat rakan kongsi, rakan media berita, syarikat perancangan persidangan, syarikat perhubungan awan, rakan kongsi e-dagang dan dalam talian serta agensi pelancongan, baru-baru ini, Sheraton Zhuhai Hotel telah memenangi beberapa anugerah, satu penghormatan dan kegembiraan yang ingin dikongsi oleh mereka bersama semua pihak atas sokongan mereka.

Hotel Servis Persidangan Berkualiti Tinggi Tahunan

Untuk kemudahan cemerlang mereka dan perkhidmatan berkualiti tinggi, pada September ini, Sheraton Zhuhai Hotel memenangi Anugerah Hotel Servis Persidangan Berkualiti Tinggi Tahunan daripada New Media Alliance, yang terdiri daripada Toutiao, Tencent, Baidu, Netease, Sina, Sohu dan media lain. Sheraton Zhuhai Hotel tidak akan melupakan misi teras mereka: untuk maju ke hadapan, terus menginovasi perkhidmatan mereka, meningkatkan kemudahan perkhidmatan dan menyediakan tetamu-tetamu kehormat mereka dengan pengalaman persidangan yang semakin baik.

Annual High Quality Conference Service Hotel
Annual High Quality Conference Service Hotel

Anugerah Hotel Persidangan Terbaik

Pada 10 Oktober 2018, Majlis Anugerah Ulang Tahun Kesepuluh City Traveler telahpun diadakan di Shanghai. Sheraton Zhuhai Hotel memenangi Anugerah Hotel Persidangan Terbaik menerusi tema Ulang Tahun Kesepuluh Pelancongan Bandar untuk kemudahan persidangan cemerlang mereka dan perkhidmatan diperibadikan. Anugerah ini bukan sekadar satu pengiktirafan daripada pasaran untuk kualiti perkhidmatan persidangan hotel, tetapi juga bagi meraikan usaha-usaha tidak henti-henti kakitangan hotel serta prestasi sempurna dalam kerja harian mereka. Sheraton Zhuhai Hotel akan terus menyumbang kekuatan baharu kepada industri perhotelan dan menyediakan perkhidmatan yang semakin baik kepada pengembara perniagaan yang menjejakkan kaki ke hotelnya.

The Best Conference Hotel Award
The Best Conference Hotel Award

Pengiktirafan Restoran Cina Tahunan

Akhir sekali, pada penghujung November, terletak di latar belakang indah Sheraton Zhuhai Hotel, Yue Chinese Restaurant legenda memenangi pengiktirafan untuk Pengiktirafan Restoran Cina Tahunan daripada Target, salah satu pengulas restoran yang berwibawa di China. Menggabungkan antara seni bina Cina klasik dan unsur-unsur taman dengan puisi dan kaligrafi Cina yang elegan dengan mahir, Yue Chinese Restaurant mengundang para pengembara untuk menikmati rasa empat musim dari tempat duduk mereka yang menghadap keindahan Macau menerusi tingkap-tingkap lantai-kaca.

Annual Recommendation of Chinese Restaurant
Annual Recommendation of Chinese Restaurant

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181228/2335974-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181228/2335974-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181228/2335974-1-c

Source: Zhuhai Huafa Group
Keywords: Hotels and Resorts Restaurants Retail Travel Awards