omniture

Gift of Life Donor Program Peneraju A.S. dalam Menyelamatkan Nyawa

Gift of Life Donor Program
2019-01-07 00:47 1067

Rantau Pecah Dua Rekod Negara pada 2018 

Paling Banyak Penderma Organ dan Pemindahan Organ yang Menyelamatkan Nyawa 

PHILADELPHIA, 6 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Selama 11 tahun berturut-turut, Gift of Life Donor Program merupakan sebuah pertubuhan perolehan organ (OPO) yang terkemuka negara, menyelaraskan organ-organ yang paling menyelamatkan nyawa untuk tujuan pemindahan antara kesemua 58 OPO A.S.

GLDP EOY 2018 Announcement Infographic
GLDP EOY 2018 Announcement Infographic

Gift of Life memecahkan dua rekod negara pada tahun 2018, menonjolkan jumlah tertinggi yang pernah direkodkan untuk penderma dan pemindahan organ bagi OPO berpangkalan di AS dalam setahun. Rantau Gift of Life itu menerajui negara dalam:

  • Penderma organ - menyelaraskan pendermaan menyelamatkan nyawa daripada 615 penderma organ
  • Organ dipindahkan - pendermaan membawa kepada 1,671 organ yang dipindahkan

Kadar derma tahunan Gift of Life, 55 penderma organ-setiap-juta-populasi dan kadar pemindahan tahunan, 149 pemindahan-setiap-juta-populasi, kedua-duanya menduduki kedudukan antara yang tertinggi di dunia.

"Kami amat berbangga kerana dapat berkhidmat kepada komuniti yang mana saban tahun merupakan yang paling bermurah hati dalam negara ini," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Gift of Life Howard M. Nathan. Gift of Life menawarkan perkhidmatan kepada 11.2 juta orang merentas separuh timur Pennsylvania, selatan New Jersey dan Delaware.

Pada tahun 2018, Gift of Life turut memperoleh tisu daripada 2,503 penderma termasuk 1,368 penderma rangka otot dan 2,009 penderma kornea. Derma yang mempertingkat kehidupan ini dapat memberi manfaat kepada lebih 100,000 orang, dengan derma tulang untuk ortopedik dan kecederaan sukan, derma injap jantung untuk membaiki kerosakan yang mengancam nyawa, derma kulit untuk pemindahan pembentukan semula dan bagi menyembuhkan pesakit mangsa kebakaran serta kornea untuk memberi hadiah penglihatan.

"Komuniti kami memahami tanggungjawab asasi manusia dalam membantu sesama insan. Mendaftar untuk menjadi penderma organ dan tisu merupakan salah satu amal kebaikan paling mulia yang boleh dilakukan oleh anda sebagai seorang manusia," sambung Nathan. "Tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri, setiap penderma organ dan tisu serta keluarga mereka bersetuju untuk menderma ketika saat-saat duka agar mereka dapat menyelamatkan dan meningkatkan kehidupan orang lain." Dengarkan sebuah kisah keluarga dalam temubual ini bersama ibu penderma yang kehilangan anak remaja lelakinya dalam satu kemalangan yang tragis: https://www.donors1.org/life-after-loss-anthonys-story/

Peneraju dalam Membina Masyarakat 

Gift of Life bekerjasama dengan 130 hospital penjagaan akut dan 15 pusat pemindahan organ di seluruh rantaunya dalam usaha menyelamatkan nyawa. "Kakitangan Gift of Life dan pasukan penjagaan kritikal hospital saling bekerjasama, sepanjang masa bagi memastikan derma disediakan sebagai pilihan kepada keluarga," kata Naib Presiden Perkhidmatan Klinikal Gift of Life Richard D. Hasz. "Dedikasi dan belas ihsan yang ditunjukkan oleh mereka sewaktu mereka menjaga keluarga melalui seluruh proses pendermaan dan pemindahan adalah benar-benar luar biasa." Perkongsian penting ini telah membantu membina budaya menderma yang amat kukuh di seluruh rantau Gift of Life. Setiap tahun Gift of Life mengiktiraf hospital-hospital menerusi Anugerah Gift of Life kerana memperjuangkan pendermaan organ. Dengarkan pemenang-pemenang anugerah tahun ini tatkala mereka merenungkan tentang penjagaan keluarga dan tugas mereka bersama Gift of Life: https://www.donors1.org/gift-of-life-and-hap-southeast-connect-honor-hospitals/ 

Pada masa kini, kira-kira 114,000 orang sedang menunggu untuk mendapatkan organ yang menyelamatkan nyawa di A.S. dan setiap hari, 20 orang meninggal dunia ketika dalam penantian. Di rantau Gift of Life, terdapat kira-kira 5,200 orang lelaki, wanita dan kanak-kanak menunggu pemindahan organ yang menyelamatkan nyawa. Dengarkan sebuah kisah keluarga ketika dalam penantian dan akhirnya kecundang dalam temubual ini, justeru menekankan keperluan agar lebih ramai orang mendaftar sebagai penderma organ: https://www.giftoflifefamilyhouse.org/gift-of-life-family-house-the-transplant-vigil-diane-bottinos-story/ 

Donate Life America menganggarkan bahawa sekiranya setiap penderma berpotensi mendaftar, bilangan nyawa yang dapat diselamatkan setiap tahun akan berganda. Tahun lalu, terdapat lebih 34,000 pemindahan organ menyelamatkan nyawa dibuat di A.S. Di rantau Gift of Life, kadar pendaftaran adalah berbeza-beza, bermula dengan Pennsylvania daripada serendah 31.8 peratus di Philadelphia County kepada setinggi 59.2 peratus di Centre County, dengan purata 47.9 peratus di seluruh negeri. Purata kadar pendaftaran ialah 40.2 peratus di selatan New Jersey dan 52 peratus di Delaware.*

"Komuniti kami seharusnya berasa amat bangga dengan cara kami meneraju negara dalam usaha menyelamatkan nyawa melalui pendermaan organ," kata Naib Presiden Pentadbiran & Penasihat Undang-undang Utama Gift of Life Jan L. Weinstock, Esq. "Namun demikian, kita tidak seharusnya lupa bahawa masih terdapat jurang yang amat besar antara bilangan individu yang menunggu organ dan bilangan individu yang menerima pemindahan organ. Kami amat memerlukan lebih ramai orang mendaftar sebagai penderma organ bagi membantu mengisi jurang tersebut dan menyelamatkan lebih banyak nyawa."

Hanya 30 saat diperlukan untuk mendaftar di donors1.org.

Peneraju dalam Sokongan Pesakit dan Keluarga

Semakin banyak keluarga menuju ke Philadelphia bagi tujuan penjagaan pemindahan organ. Gift of Life Family House menyediakan perkhidmatan penginapan dengan harga berpatutan, juadah makanan dan sokongan kepada pesakit pemindahan organ serta keluarga mereka dari luar kawasan tersebut. Pada tahun 2018, kakitangan dan sukarelawan Gift of Life Family House menyediakan 10,025 penginapan bermalam berserta penjagaan untuk 17,594 tetamu, 35,188 juadah dan 1,144 pengangkutan pergi dan balik dari hospital. Sejak ditubuhkan pada Julai 2011, menerusi sokongan komuniti, Family House menyediakan lebih 56,925 penginapan bermalam untuk 104,842 tetamu dan menyajikan lebih 209,684 juadah makanan serta menyediakan lebih  $7.5 juta penjagaan tanpa pampasan kepada keluarga. Pada tahun 2018, kadar penghunian ialah 91.51 peratus, yang bermakna kebanyakan malam di Family House telahpun penuh. Bagi membolehkannya menawarkan perkhidmatan kepada lebih banyak keluarga, baru-baru ini Family House melancarkan Kempen Room to Grow. https://support.giftoflifefamilyhouse.org/campaign/room-for-more-campaign-for-gift-of-life-family-house/c211275

Acara-acara seperti Donate Life Transplant Games of America meraikan kejayaan pendermaan dan pemindahan organ. Atlet-atlet yang bersaing merupakan penderma dan penerima organ dan tisu yang masih hidup. Gift of Life memperjuangkan acara luar biasa ini sejak ditubuhkan pada tahun 1982. Pada Ogos 2018, Team Philadelphia Gift of Life sekali lagi merupakan yang terbesar dan memenangi kebanyakan pingat daripada kesemua pasukan yang menjelajah di acara dwitahunan di Salt Lake City, Utah. Dengarkan rasa syukur ahli muda daripada Team Philadelphia ini tentang peluang keduanya menjalani kehidupan: https://www.donors1.org/onyi-sprinting-ahead-after-transplant/

Peneraju dalam Inovasi & Sokongan 

Gift of Life diiktiraf di peringkat antarabangsa atas kepimpinan dan kepakarannya dalam bidang pendermaan organ dan tisu. Gift of Life Institute ialah peneraju bertaraf antarabangsa bagi pendidikan pendermaan organ dan tisu, melatih hampir 9,500 ahli professional dari 39 negara sejak ditubuhkan pada tahun 2004, termasuk Australia, Brazil, Kanada, China, India, Iran, Jepun, Mexico, Filipina dan Emiriah Arab Bersatu. Institut ini turut mengendalikan lebih 380 bengkel bersama 58 OPO dan pelbagai bank tisu.

Daftar Kehamilan Transplantasi Antarabangsa (TPR) Institut mengkaji tentang keibubapaan selepas pemindahan organ dan kesan-kesan ubat-ubatan terhadap kesuburan dan kehamilan. Sejak tahun 1991, TPR telah mengesan lebih 4,600 kehamilan selepas pemindahan organ, berkongsi maklumat bersama begitu ramai penerima dan pasukan-pasukan penjagaan kesihatan mereka dalam membuat keputusan perancangan keluarga. TPR ialah satu-satunya Daftar seumpamanya di dunia. Pasukannya telah membentangkan dapatan kajian mereka dalam lebih 560 bahan penerbitan berwasit dan di forum-forum akademik seluruh dunia.  

Selaku pejuang untuk meningkatkan akses kepada pendermaan organ dan tisu, Gift of Life ialah salah satu daya penggerak di sebalik Donate Life Act 2018. Ia menandakan kemas kini paling penting dalam undang-undang penderma organ Pennsylvania dalam tempoh hampir 25 tahun. Rang undang-undang tersebut berperanan untuk meningkatkan pendermaan organ dan tisu selain meluaskan pendidikan awam dan profesional berhubung topik ini.

Latar Belakang Gift of Life Donor Program 

Gift of Life Donor Program ialah sebuah pertubuhan perolehan organ bukan berasaskan keuntungan yang ditetapkan mengikut sistem persekutuan, menawarkan perkhidmatan kepada 11.2 juta orang merentas separuh timur Pennsylvania, selatan New Jersey dan Delaware. Kadar derma tahunannya tersenarai antara yang tertinggi di dunia. Sejak tahun 1974, Gift of Life menyelaraskan lebih 47,000 organ yang menyelamatkan nyawa bagi tujuan pemindahan dan kira-kira satu juta pemindahan tisu telah diperoleh daripada kemurahan hati penderma dan kaum keluarga mereka. Seorang penderma orang boleh menyelamatkan nyawa sehingga lapan orang manakala penderma tisu dapat meningkatkan kehidupan sehingga lebih 75 orang. Untuk maklumat lanjut atau untuk mendaftar, layari donors1.org.  

*Catatan Editor: 

Kadar pendaftaran penderma disediakan untuk kebanyakan daerah.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/804240/GLDP_EOY18_FINAL.pdf  
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/625153/Gift_of_Life_Logo.jpg  

 

 

Source: Gift of Life Donor Program
Keywords: Health Care/Hospital Awards Not for profit