omniture

Airbiquity Jalin Kerjasama dengan Teraki Sediakan Pengurusan Perisian dan Data Melalui-Udara dengan Pemprosesan Data Pinggir

Airbiquity
2019-01-07 20:00 1089

SEATTLE, 7 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Airbiquity®, peneraju global bagi perkhidmatan kenderaan terhubung dan Teraki, peneraju teknologi dalam AI dan pemprosesan pinggir, hari ini mengumumkan penyepaduan tawaran pengurusan perisian dan data melalui-udara (OTA) OTAmaticTM Airbiquity dengan keupayaan analitik data prapemprosesan Teraki yang menyediakan pembuat auto dengan penyelesaian yang cekap dan tepat untuk mengurus kenderaan terhubung.

Bagi memperkasa sistem bantuan pemandu termaju (ADAS), penyepaduan kenderaan-kepada-semua benda (V2X) dan sistem pemanduan berautonomi, kenderaan terhubung bergantung pada perisian, unit kawalan elektronik (ECU), sensor, mikropemproses dan analitik data. Digabungkan dengan peningkatan kerumitan dalam melaksanakan pengemaskinian perisian dan kempen pengurusan data untuk berjuta-juta kenderaan secara serentak, pembuat auto memerlukan penyelesaian OTA yang terjamin dan mudah diskalakan dengan analitik data boleh dinaik taraf secara dinamik dan kefleksibelan untuk mengimbangi pemprosesan data awan dan dalam kenderaan.

Penyelesaian Airbiquity dan Teraki berfungsi seiringan untuk menyediakan pembuat auto dengan kefleksibelan untuk melaksanakan analitik data waktu nyata dalam kenderaan atau dalam infrastruktur awan. Melalui teknologi analitik data prapemprosesan terbenam Teraki, pengguna-pengguna OTAmatic dapat memproses, menyimpan dan menghantar 10 kali ganda lebih banyak data berbanding teknologi-teknologi lain sekaligus mencapai tahap ketepatan tertinggi dalam analitik data. Bersama-sama menyokong pelbagai senarai tindakan masa depan untuk meningkatkan prestasi dan keselamatan kenderaan, penyepaduan ini dapat meningkatkan tahap kepuasan pengguna melalui kenderaan terhubung, kenderaan berautonomi dan perkhidmatan mobiliti baharu.

"OTAmatic ialah penyelesaian hebat yang mendayakan perkhidmatan OTA komprehensif, termasuk pengemaskinian perisian dan pengumpulan data dinamik dengan kebolehan untuk menyediakan modul-modul analitik pinggir baharu secara jarak jauh kepada kenderaan," kata Keefe Leung, Pengarah Pengurusan Produk Airbiquity. "Teraki menyediakan modul analitik unik kepada ekosistem OTAmatic yang secara serentak meningkatkan ketepatan data di samping mengurangkan jumlah data serta menyediakan algoritma pinggir untuk banyak senarai tindakan automotif termaju."

"Kami melihat penyepaduan modul-modul analitik data pinggir Teraki ini dengan ekosistem OTAmatic Airbiquity sebagai satu lagi pencapaian penting untuk syarikat kami," kata Daniel Richart, Ketua Pegawai Eksekutif Teraki. "Pelanggan-pelanggan kami kini dapat melihat bagaimana perisian analitik data pinggir kami dapat dipasang, dikemas kini dan diurus pada jumlah yang tinggi. Ini membuktikan bahawa pelanggan-pelanggan dapat menggunakan teknologi Teraki dengan mudah untuk memperkasa aplikasi yang berkesan kos, berketepatan tinggi dan intensif-data seperti penyelenggaraan prediktif dan pengesanan nahas—secara meluas—selain model-model berasaskan AI baharu yang lain dalam pasaran automotif."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Airbiquity dan OTAmatic, kunjungi www.airbiquity.com. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Teraki, kunjungi www.teraki.com.

Latar Belakang Airbiquity
Airbiquity® ialah peneraju global bagi perkhidmatan kenderaan terhubung dan pelopor dalam pembangunan serta kejuruteraan teknologi telematik automotif. Sebagai peneraju bagi inovasi automotif, Airbiquity mengendalikan platform penyerahan perkhidmatan kenderaan terhubung berasaskan awan yang paling maju dalam industri, Choreo™ dan menyokong kesemua senarai tindakan utama termasuk pengemaskinian perisian dan pengurusan data melalui-udara (OTA). Melalui kerjasama bersama Airbiquity, pembuat auto dan pembekal automotif telah menggunakan program-program perkhidmatan kenderaan terhubung yang mudah diskalakan, boleh diurus dan terjamin bagi memenuhi keperluan pelanggan mereka di lebih 60 negara di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut tentang Airbiquity di www.airbiquity.com atau sertai perbualan @Airbiquity. Airbiquity ialah tanda dagangan Airbiquity Inc.

Latar Belakang Teraki
Teraki menyediakan perisian pemprosesan data pinggir termaju bagi memenuhi kehendak data yang melonjak daripada industri elektronik automotif yang bernilai $395 bilion. Perisian Pemprosesan Isyarat Pintar berasaskan-AI syarikat tersebut memberi peningkatan lebih 10 kali ganda dalam cip automotif, komunikasi dan prestasi pembelajaran. Ini menjadikan aplikasi AI yang amat tepat boleh dilaksanakan secara meluas dalam dalam persekitaran terbenam. Kemajuan dalam prestasi ini membolehkan industri automotif membangunkan kaedah-kaedah baharu yang inovatif dan berkesan kos bagi menggunakan sejumlah besar data yang dijana oleh sensor dalam kenderaan dan unit kawalan (ECU, MCU, TCU) bagi meningkatkan keselamatan kenderaan dan autonomi pada kos pengendalian yang lebih rendah. Teraki telah menyelesaikan beberapa pengesahan prapengeluaran oleh pengeluar-pengeluar automotif premium selain penyepaduan yang membuahkan hasil untuk pelbagai mikropengawal. Beribu pejabat di Berlin, Teraki adalah milik persendirian dan dibiayai oleh pelaburan daripada Paladin Capital Group, GPS Ventures GmbH dan Deutsche Telekom hub:raum.

HUBUNGI:
Shelby Simonson
Airbiquity PR1-206-264-8220
media@airbiquity.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/177305/airbiquity_logo.jpg

 

Source: Airbiquity
Keywords: Auto Computer/Electronics Transportation Licensing/marketing agreements Data Analytics