omniture

Airbiquity Ganding Bahu dengan NXP Semiconductors untuk Pengurusan Perisian dan Data Melalui-Udara dengan Pemproses Rangkaian Kenderaan

Airbiquity
2019-01-07 20:00 1426

SEATTLE, 7 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Airbiquity®, peneraju global bagi perkhidmatan kenderaan terhubung dan NXP Semiconductors hari ini mengumumkan penyepaduan tawaran pengurusan perisian dan data melalui-udara (OTA) OTAmaticTM Airbiquity dengan Papan Penilaian (EVB) Pemprosesan Rangkaian Kenderaan (VNP) NXP.

Kenderaan terhubung dan sistem kenderaan berautonomi menuntut peningkatan kebergantungan terhadap perisian, unit kawalan elektronik (ECU) dan mikropemproses yang sofistikated. Digandingkan dengan peningkatan kerumitan dan kekompleksan mengurus pengemaskinian perisian dan pengumpulan data untuk berjuta-juta kenderaan seluruh dunia, kenderaan ini memerlukan kombinasi pemproses rangkaian kenderaan berprestasi tinggi yang disokong oleh perisian OTA mantap dan penyelesaian pengurusan data.

Penyepaduan ini menonjolkan kebolehoperasian antara keupayaan penyediaan perkhidmatan OTA berasaskan awan Airbiquity dan platform VNP generasi seterusnya NXP dalam mengurus berbilang ECU untuk pelbagai senario kempen pengemaskinian perisian serta senarai tindakan OTA pembuat auto dan pembekal automotif. Teknologi-teknologi gred-automotif ini bersama-sama akan berperanan sebagai get laluan ECU/OTA utama demi pengemaskinian perisian dan pengumpulan data berbilang ECU yang cekap, terjamin dan mudah diskalakan.

"Papan Penilaian Pemprosesan Rangkaian Kenderaan NXP merungkai data kenderaan terhubung bagi membolehkan aliran pendapatan baharu dan mengurangkan kos kepada pembuat auto," kata Brian Carlson, Pengarah Pengurusan Rangkaian Produk untuk Ketersambungan dan Keselamatan Automotif di NXP. "Akhir sekali, pembuat auto mempunyai platform gred-automotif yang menghimpunkan pemprosesan aplikasi dan pemprosesan rangkaian kenderaan waktu nyata dengan pencepatan Eternet Gigabit bagi merevolusikan get laluan demi era baharu perkhidmatan kenderaan."

"Penyelesaian OTAmatic Airbiquity menyediakan dengan selamat pengemaskinian perisian melalui-udara dan perkhidmatan pengumpulan data yang utama dalam industri yang dapat beradaptasi dan diskalakan mengikut keperluan unik setiap pembuat auto," kata Keefe Leung, Pengarah Pengurusan Produk untuk Airbiquity. "Bekerjasama dengan NXP untuk menyepadukan OTAmatic pada platform VNP mereka merupakan pelengkap semula jadi menerusi sokongan perkakasan luasnya untuk seni bina automotif semasa dan masa depan. Penyelesaian OTA bersepadu yang disahkan terlebih dahulu dapat mengurangkan risiko untuk pelanggan dan berperanan sebagai platform inovasi berkuasa untuk membangunkan perkhidmatan yang dipertingkat demi masa depan."

Airbiquity dan NXP Semiconductors akan mendemonstrasikan penyepaduan teknologi bersamanya dan penyelesaian OTA semasa CES 2019 di Las Vegas, Nevada bertempat di pameran NXP Semiconductors yang terletak di #CP-18 di CES Central Plaza.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Airbiquity dan OTAmatic, kunjungi www.airbiquity.com. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang NXP Semiconductors dan platform EVB VNP, kunjungi www.nxp.com/vnp.

Latar Belakang Airbiquity
Airbiquity® ialah peneraju global bagi perkhidmatan kenderaan terhubung dan pelopor dalam pembangunan serta kejuruteraan teknologi telematik automotif. Sebagai peneraju bagi inovasi automotif, Airbiquity mengendalikan platform penyerahan perkhidmatan kenderaan terhubung berasaskan awan yang paling maju dalam industri, Choreo™ dan menyokong kesemua senarai tindakan utama termasuk pengemaskinian perisian dan pengurusan data melalui-udara (OTA). Melalui kerjasama bersama Airbiquity, pembuat auto dan pembekal automotif telah menggunakan program-program perkhidmatan kenderaan terhubung yang mudah diskalakan, boleh diurus dan terjamin bagi memenuhi keperluan pelanggan mereka di lebih 60 negara di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut tentang Airbiquity di www.airbiquity.com atau sertai perbualan @Airbiquity. Airbiquity ialah tanda dagangan Airbiquity Inc.

HUBUNGI:
Shelby Simonson
Pegawai Perhubungan Airbiquity
1-206-264-8220
media@airbiquity.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/177305/airbiquity_logo.jpg

Source: Airbiquity
Keywords: Auto Computer/Electronics Electronic Components Electronic Design Automation Semiconductors Transportation Licensing/marketing agreements Trade show news Future Events