omniture

Asia's Got Talent Bakal Jadi Tumpuan

AXN Asia
2019-01-08 10:00 1726

Musim Baharu Ditayang Julung Kali pada 7 Februari di AXN

SINGAPURA, 8 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Musim ketiga Asia's Got Talent bereputasi tinggi yang amat dinanti-nantikan kembali ke AXN bulan hadapan dengan penampilan bakat dari 17 negara. Ikon-ikon muzik global David Foster, Anggun dan Jay Park kembali ke meja hakim bagi menyaksikan kemunculan generasi bakat baharu dan akhirnya bintang handalan Asia seterusnya.

 

Hakim-hakim ikonik kembali! Dari kiri: David Foster, Anggun, Jay Park
Hakim-hakim ikonik kembali! Dari kiri: David Foster, Anggun, Jay Park

Ditayangkan julung kalinya pada Khamis, 7 Februari pada jam 8.30 malam (7.30 malam JKT/BKK), para peminat siri-siri yang memecah rekod ini boleh mengharapkan corak yang berubah-ubah melibatkan pelbagai aksi, detik melucukan dan bakat mengagumkan menerusi penghibur-penghibur yang bermula dari usia 6 tahun hingga 69 tahun.  

Virginia Lim, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar Sony Pictures Television Networks, Asia berkata, "Asia's Got Talent terus menjadi siri realiti hiburan kegemaran rantau ini di kaca TV dan dalam lingkungan sosial. Ia menyediakan platform hebat untuk penghibur-penghibur beraspirasi bagi memulakan kerjaya mereka dan kami teruja kerana banyak peserta terdahulu telah menjelajah ke peringkat antarabangsa hasil daripada Asia's Got Talent, termasuk pemenang musim pertama, El Gamma Penumbra dan pemenang musim terdahulu, The Sacred Riana."    

Dihoskan oleh Alan Wong dan Justin Bratton, yang merupakan penyorak-penyorak di sisi pentas buat para peserta, Asia's Got Talent mengajak para peminat untuk melalui perjalanan memukau sepanjang 10 episod, dengan kisah-kisah peribadi daripada penghibur-penghibur beraspirasi yang dikongsikan tatkala mereka melangkah ke pentas. 

"Asia's Got Talent bukan sekadar mengadakan persembahan, ia melibatkan pengisahan pelbagai budaya yang kesemuanya disatukan di pentas terbesar rantau ini dalam mengejar satu impian," kata Lim.

Hakim-hakim, pemenang anugerah Grammy sebanyak 16 kali dan penerbit muzik David Foster; penyanyi sensasi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa Anggun; dan artis rakaman berbilang platinum Jay Park, duduk di kerusi panas bagi menentukan penghibur yang layak ke pusingan seterusnya dalam lima episod pertama, namun demikian, penontonnya -- 'hakim keempat' -- yang akan mengundi dalam episod-episod separuh akhir bagi menentukan pemenang muktamad.

Suatu fenomena sosial yang tidak dapat dipertikaikan, yang menyaksikan The Sacred Riana mencapai tontonan video paling banyak dalam sejarah Facebook iaitu sebanyak 600 juta tontonan, Asia's Got Talent akan menggembirakan peminat-peminat merentas media sosial dengan beberapa cebisan belakang tabir dan eksklusif digital. AXN turut bekerjasama dengan Google untuk menambah Google Assistant Action kepada pengalaman rancangan, yang membolehkan peminat-peminat berinteraksi dengan bersenda gurau bersama pengacara dan mengetahui lebih lanjut tentang rancangan ini, hakim-hakim dan aksi-aksi pada peranti mudah alih mereka. Peminat-peminat boleh mengaktifkan Google Assistant dan hanya perlu menyebut "Talk to Asia's Got Talent" bagi memulakan perbualan.   

Dengan hadiah yang mengubah kehidupan sebanyak USD100,000 untuk dimenangi, siapa yang akan disingkirkan dan siapa yang akan menerima buzzer emas yang menjadi rebutan? Kesemuanya akan didedahkan dalam Asia's Got Talent hanya di AXN, tumpuan bagi bakat.

Asia's Got Talent disokong oleh penaja-penaja serantau Princess Cruises, syarikat perkapalan rasmi Asia's Got Talent; Great Eastern, peneraju pasaran dan jenama dipercayai yang berkedudukan kukuh di Malaysia dan Singapura; serta GoDaddy, platform awan terbesar dunia dikhususkan untuk usaha niaga bebas secara kecil-kecilan.

Marina Bay Sands, destinasi perniagaan, libur dan hiburan utama Asia merupakan rakan kongsi destinasi rasmi Asia's Got Talent.

Asia's Got Talent ialah adaptasi ke-67 bagi format "Got Talent" terkenal yang memecah Rekod Dunia Guinness, yang dicipta oleh Syco Entertainment Simon Cowell dan diterbitkan bersama-sama oleh FremantleMedia. Format "Got Talent" secara rasminya merupakan format TV realiti yang paling berjaya dalam sejarah dan kini ditayangkan di 186 negara.

AXN ialah peneraju bagi kandungan asli yang diterbitkan di seluruh rantau di Asia, dengan kejayaan-kejayaan penarafan penting termasuk dua musim memecah rekod Asia's Got Talent, lima musim The Amazing RaceAsia memenangi anugerah; The ElementsCosentinoAdventure Your Way; Cash Cab Asia dan Cash Cab Philippines; The Apprentice AsiaCyrilRio MagicCyril's Family VacationHawaii Edition; serta CyrilSimply Magic.

Mula dilancarkan di Asia pada tahun 1997, AXN ialah jenama saluran global yang berada di Amerika Latin, Afrika dan Eropah. Di Asia, saluran ini dinikmati dalam 133 juta isi rumah merentas 21 wilayah dan disediakan dalam kedua-dua SD dan HD.

AXN Asia dimiliki sepenuhnya oleh Sony Pictures Entertainment dan diurus oleh Sony Pictures Television Networks, Asia.

Untuk menonton sorotan lanjut Asia's Got Talent dan rakaman di sebalik tabir yang eksklusif, para peminat boleh melanggan YouTube Channel rasmi di www.YouTube.com/AsiasGotTalent.

www.AXN-Asia.com/AsiasGotTalent

LATAR BELAKANG SONY PICTURES TELEVISION

Sony Pictures Television (SPT) ialah salah satu penyedia kandungan utama dalam industri televisyen, menerbitkan dan mengedarkan program di seluruh dunia dalam setiap genre dan untuk setiap platform. Selain mengurus salah satu pustaka terbesar dalam industri melibatkan filem cetera, rancangan televisyen dan format yang memenangi anugerah, SPT menjadi pusat kepada perniagaan penerbitan global yang berkembang maju, mengendalikan 21 syarikat penerbitan milik persendirian atau usaha sama di 12 negara seluruh dunia. Sony Pictures Television merupakan sebuah Syarikat Sony Pictures Entertainment.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190104/2338660-1 
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190104/2338660-1logo

Source: AXN Asia
Keywords: Entertainment Television New products/services Future Events