omniture

SKYWORTH Perkenal 7 Televisyen Baharu & Strategi Jenama Global Mereka

SKYWORTH
2019-01-09 23:04 1994

Terajui Dunia, Bersama-sama

LAS VEGAS, 9 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Pada 7 Januari 2019, SKYWORTH (elit global dalam industri perkakas rumah) mengadakan Pelancaran Media Global bertempat di Palace Ballroom, Caesars Palace Hotel & Casino, Las Vegas, AS. Dalam persidangan ini, SKYWORTH memperkenalkan 7 TV baharu dengan teknologi baharu serta mengumumkan strategi jenama global baharu syarikat.

SKYWORTH melancarkan 7 TV baharu dengan teknologi yang utama dalam industri, justeru menerobos sempadan imaginasi. Dengan Pemproses PQ berkuasa yang terbina dalam, 65S9A/XA9000 dapat meningkatkan kualiti imej dari segenap aspek berdasarkan algoritma AI. Sementara itu, ia menerima pakai Ekosistem Pintar AI, yang menyokong Google Assistant serta Amazon Alexa dan akan menjadi tumpuan kediaman pintar. 65W80, dengan CSO Pro, membolehkan imej dan bunyi terhasil daripada panel secara serentak bagi mewujudkan pengalaman tontonan yang luar biasa. Super TV 77" menampilkan teknologi pengimejan Dolby Vision HDR dan dilengkapi dengan bar bunyi yang menggunakan 5.1.2 Dolby Atmos, justeru menyediakan audiens dengan pengalaman yang menakjubkan dan mengasyikkan. Di samping itu, teknologi pemalapan setempat tahap piksel menjadikan Quasi-pixel Backlight TV 65" sebagai LCD dengan julat dinamik yang tinggi. Set-set TV lain dengan inovasi berteknologi turut dilancarkan, seperti Bedroom Sunny TV 43" dan Flush Mount TV 82", suatu ketukangan hebat yang mengagumkan.

Pelancaran Media Global SKYWORTH
Pelancaran Media Global SKYWORTH

SKYWORTH turut mengumumkan strategi jenama global baharu mereka. SKYWORTH bakal menjadi pengeluar perkakasan pintar global serta penyedia sistem pintar global dengan tema strategik iaitu "Terbuka, Berkongsi, Saling Menguntungkan". Wawasan syarikat pula adalah untuk menyepadukan "Perkakasan, Sistem, Kandungan dan AIOT" kepada penyelesaian pintar. Bagi meraih pencapaian yang lebih besar, SKYWORTH akan meningkatkan pengalaman tontonan audiens pada produk-produk ekologi pintar berskrin besar, justeru merealisasikan transformasi daripada Pemasaran Produk kepada Pengalaman Produk.

Hubungan media

Laman Sesawang: www.iskyworth.com
Facebook: https://www.facebook.com/SkyworthGlobal
E-mel: overseas@skyworth.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190108/2341193-1

 

 

Source: SKYWORTH
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services