omniture

Hisense Julung Kali Tampilkan Kemajuan Terkini dalam Teknologi Paparan di CES dengan Perkenal TV Laser TriChroma dan TV Sonic One Super-tipis

Hisense
2019-01-09 23:10 1372

Pamerkan teknologi paparan baharu secara menyeluruh dan konsep peranti terhubung inovatif, Hisense iringi peringkat seterusnya dalam pengalaman televisyen premium dan kediaman pintar. 

LAS VEGAS, 9 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Hisense®, pengeluar televisyen dan perkakas terkemuka dan rakan kongsi UEFA EURO 2020™, hari ini membuat penampilan di Pameran Elektronik Pengguna di Las Vegas, Nevada, menerusi salah satu persembahan produk paling mantap daripadanya setakat ini. Sebagai jenama antarabangsa yang cemerlang dalam memenuhi keperluan pengguna merentas pasaran, Hisense mempamerkan TV ultra-premium yang menerobos sempadan teknologi paparan, termasuk TV serba lengkap yang luar biasa tipis.

Hisense Julung Kali Tampilkan Kemajuan Terkini dalam Teknologi Paparan di CES dengan Perkenal TV Laser TriChroma dan TV Sonic One Super-tipis
Hisense Julung Kali Tampilkan Kemajuan Terkini dalam Teknologi Paparan di CES dengan Perkenal TV Laser TriChroma dan TV Sonic One Super-tipis

Reruai Hisense dengan bangganya memaparkan TV Laser 4K Smart TriChroma™ (100L7T), penambahan terkini dalam siri memenangi anugerah yang menggunakan unsur-unsur warna asas, iaitu merah, biru dan hijau. Hasilnya merupakan pelbagai warna hampir tidak terhingga termasuk Putih Suci. TV Laser TriChroma mempunyai X-Fusion Laser Light Engine™ yang menggabungkan tiga laser bebas untuk memaparkan pelbagai pilihan warna dan rona dengan tepat, mencapai 96.6% daripada ruang warna rec.2020. Cip TI DLP® memberikan kelajuan gerakan amat pantas dengan kadar segar semula 32 mikro-saat untuk 8.3 juta piksel, mencipta pengalaman tontonan yang tiada tandingan yang perlu anda lihat sendiri untuk mempercayainya.

"Kami teruja untuk mempamerkan keluasan dan kedalaman portfolio produk Hisense 2019 kami dan memperkatakan tentang evolusi seterusnya dalam TV, mudah alih, perkakas dan kini teknologi Kediaman Pintar," kata Dr. Lan Lin, naib presiden eksekutif Hisense Group Co., Ltd. "Pelaburan berterusan kami dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan wawasan untuk masa depan adalah faktor bagaimana Hisense mencapai kejayaan berkenaan, maka kami mengalu-alukan semua pihak untuk melihat dengan lebih dekat kemajuan yang terhasil daripada usaha berterusan kami dalam membangunkan teknologi inovatif."

Hisense Sonic One - TV Tipis Serba Lengkap

Televisyen serba lengkap yang luar biasa tipis merupakan antara inovasi untuk disaksikan di reruai Hisense. Berukuran hanya 1.1-inci pada titiknya yang paling dalam, Hisense Sonic One™ ialah gabungan sempurna antara reka bentuk perindustrian dan mekanikal. Profil tipisnya dapat dicapai hasil daripada faktor bentuk pembesar suara Piezoelectric yang mengeluarkan bunyi daripada panel, mengekalkan profil amat tipis demi paparan yang menakjubkan.

ULED XD - Suatu Pengalaman Sempurna

ULED XD ialah sistem unik daripada cip set proprietari Hisense, algoritma pemprosesan imej dan teknologi panel baharu untuk julat dinamik yang belum pernah dicapai sebelum ini dengan hitam yang luar biasa gelap serta kecerahan yang mempesonakan. Panel ULED XD dwisel melapisi modul 1080p yang memaparkan imej skala kelabu antara rangkaian penuh cahaya belakang LED dan modul 4K yang memaparkan imej warna penuh, mencipta penaiktarafan signifikan terhadap pengelaman setempat, warna dan julat dinamik.

Hisense Adonis MD - Standard Paparan Baharu

Paparan MicroLED Adonis MD™ 145-inci baharu menggunakan lebih 10 juta LED mikroskopik yang memberikan kontras, kecerahan dan pengaliran gerakan yang lebih baik, di samping turut mengekalkan kecekapan tenaga. Teknologi termaju ini mewujudkan kefleksibelan yang lebih besar dan kawalan cahaya yang dapat memberi manfaat kepada sesiapa jua bermula dengan pemilik rumah kepada syarikat yang tercari-cari penyelesaian paparan rintis. Hisense Adonis MD mengekalkan pic piksel 0.833mm, memberikan salah satu pengalaman kualiti gambar dengan resolusi paling halus dan paling tepat yang pernah disaksikan di paparan.

Teknologi Pintar, Kehidupan Lebih Pintar

Hisense memaparkan konsep khas di CES, membawa tetamu melihat simulasi langsung bagaimana perkakas Hisense memupuk sambungan lebih baik antara peranti dalam kediaman pintar. Para pengunjung akan berupaya membuka pintu dengan kunci pintar dan mencetuskan tetapan pilihan dengan penyaman udara terhubung. Pengalaman kediaman pintar akan turut membantu pengguna membayangkan masa depan yang semakin hampir ini yang mana ketuhar, peti sejuk dan perkakas lain dapat menjangka keperluan mereka dan bertindak balas terhadap arahan suara daripada Amazon Alexa™.

Telefon Bimbit Berfungsi Sepanjang Masa

Kemajuan terkini dalam rangkaian penuh telefon pintar Hisense akan dipaparkan di CES untuk disaksikan oleh dunia. Rangkaian produk mudah alih yang menggamit perhatian termasuk Infinity H12 menggunakan-dwikamera dan A6 yang menampilkan dua skrin, termasuk satu paparan e-dakwat. Rangkaian telefon bimbit mesra alam yang lebih luas memberi gambaran lebih dekat mengapa Hisense dapat meraih kejayaan berterusan dalam pasaran. 

Teknologi Ditonjolkan

Para hadirin CES dapat meninjau rangkaian telefon pintar dan perkakas Hisense serta dapat menyaksikan suatu yang jarang dilihat terhadap mekanisme dalaman berhubung apa yang menjadikan Hisense sebagai peneraju global dalam teknologi paparan. Di dalam reruai ini disediakan kisah-kisah terperinci dan aplikasi-aplikasi yang dapat dilihat terhadap teknologi proprietari Hisense, termasuk ULED, cip set Hi-View dan penyepaduan AI. Ini merupakan antara banyak penambahbaikan dalaman yang dapat meningkatkan kualiti gambar pada produk-produk TV 2019 premium Hisense yang baru diumumkan, iaitu Hisense U9F, Hisense H9F dan Hisense H8F yang julung kali diperkenalkan di CES.

Rangkaian penuh produk Hisense akan dipamerkan di Pameran Elektronik Pengguna di Las Vegas, 8-11 Januari 2019, di reruai #10039, Dewan Central. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.hisense-usa.com.  

Amazon Alexa™ ialah tanda dagangan berdaftar Amazon.com, Inc.
Semua tanda dagangan lain yang disebutkan di sini merupakan hak milik pemilik masing-masing.

Latar Belakang Hisense USA Corporation dan Hisense Company, Ltd. 
Hisense USA Corporation ialah subsidiari Hisense Company, Ltd., ditubuhkan pada tahun 1969 dan beribu pejabat di Qingdao, China. Hisense USA Corporation menawarkan rangkaian produk teknologi inovatif yang mengubah industri barangan elektronik pengguna, mencabar persaingan dan menyediakan nilai signifikan kepada pengguna. Diedarkan di seluruh Amerika Utara, portfolio produk Hisense USA Corporation termasuk televisyen, peti sejuk, penyaman udara, penyahlembap, penyejuk minuman dan penyejuk beku.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190108/2339898-1

 

Source: Hisense
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Entertainment Household Products Household/Consumer/Cosmetics Mobile Entertainment Retail Telecommunications Trade show news