omniture

TalariaX Lancar Salah Satu Platform Pemesejan Omnisaluran Paling Bersepadu, sendQuick.io, untuk Perusahaan dan Pasaran Syarikat Komunikasi

TalariaX
2019-01-10 07:00 1907

Perkhidmatan berasaskan awan bersepadu gabungkan 10 penyampai pada satu platform menggunakan API tunggal

SINGAPURA, 10 Januari 2019 /PRNewswire/ -- TalariaX, pengusaha industri yang utama bagi penyelesaian pemesejan mudah alih perusahaan, melancarkan platform pemesejan omnisaluran dan penyelesaian unggulan yang menggabungkan 10 platform penyampai sosial yang popular iaitu - Facebook Messenger, Webex Teams, WeChat, Telegram, Slack, Microsoft Teams, WeChat Work, Line, WhatsApp (penyepaduan selesai, tidak dilancarkan) dan Viber (penyepaduan selesai, tidak dilancarkan) - menggunakan Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) tunggal.

sendQuick.io, salah satu platform penyampai paling bersepadu yang kini tersedia untuk perusahaan dan pasaran syarikat telekomunikasi di Asia, membolehkan organisasi-organisasi berhubung dan memanfaatkan pelbagai aplikasi (Peringatan, Pemberitahuan, Amaran, Khidmat Pelanggan, OTP dan banyak lagi) serta sistem rangkaian merentas kesemua 10 penyampai sosial popular dan saluran kolaborasi, justeru memudahkan secara meluas proses langganan.

Bilangan pengguna aplikasi pemesejan telefon bimbit seluruh dunia diunjurkan berkembang kepada 2.48 bilion pada tahun 2021. Tahun ini[1], pengguna akan lebih dapat berhubung dengan perniagaan untuk sokongan pelanggan melalui pemesejan berbanding melalui media sosial[2], menakrifkan semula komunikasi digital. "sendQuick.io merupakan bukti kepada tawaran versatil TalariaX yang dapat menampung keperluan berubah-ubah organisasi-organisasi terhadap penyepaduan lancar, meningkatkan produktiviti dan menyediakan penglibatan pelanggan yang cemerlang. Tawaran holistik dan ringkas ini bukan sahaja merupakan proposisi penyelesaian yang berkesan kos, tetapi juga merupakan perkhidmatan yang menawarkan perbualan yang mudah dengan lancar merentas berbilang saluran," kata JS Wong, Ketua Pegawai Eksekutif TalariaX.

ciri-ciri utama sendQuick.io termasuk:

  • Pemesejan Omnisaluran: Berhubung dengan pelanggan pada waktu nyata melalui penyampai sosial
  • Konfigurasi Mudah: Membolehkan organisasi-organisasi mengkonfigurasi seberapa banyak pemesejan sosial atau instrumen kolaborasi; Persediaan lebih pantas dan kos kemasukan rendah
  • Penyepaduan Aplikasi Seragam: API tunggal dan seragam menyepadukan semua aplikasi dan sistem dengan lancar
  • Pemesejan Siaran: Menghantar pemberitahuan, amaran dan peringatan serta merta kepada pelanggan tentang promosi terkini, transaksi dan perkembangan terkini  
  • Akses Data: Boleh diakses melalui awan pada sebarang pelayar/peranti dan boleh direkodkan, disimpan dan boleh diakses untuk dibuka kembali dengan mudah

"Platform kami yang sedia bersepadu membolehkan organisasi-organisasi menyelaraskan proses dengan mudah, mendayakan langganan/konfigurasi dengan mudah dan sekaligus memudahkan penggunaannya sebanyak 90%," tambah Wong.

Perintis sebenar dalam gerbang pemesejan mudah alih dan pengusaha SMS dan pemesejan mudah alih utama di Singapura, Malaysia dan rantau Asia Pasifik, TalariaX turut melancarkan 'Conversation', instrumen pemesejan berasaskan web seragam untuk ejen dan kakitangan agar mudah bersembang dan berinteraksi dengan semua pengguna penyampai pada antara muka tunggal.

Instrumen yang sedia digunakan ini membolehkan syarikat-syarikat untuk memanfaatkan log masuk berbilang pengguna dan berbilang jabatan, berperanan sebagai fungsi khidmat/sokongan pelanggan seperti kaunter bantuan, serta bertindak sebagai instrumen pemasaran untuk maklum balas pengguna, pertanyaan dan interaksi berdepan pelanggan yang lain.

Dalam persekitaran perniagaan dan dunia terhubung yang pantas hari ini, instrumen dan perkhidmatan TalariaX membantu organisasi-organisasi meningkatkan kecekapan operasi, mengurangkan kos overhed dan memudahkan proses demi komunikasi pelanggan yang paling berkesan dan cekap.

Latar Belakang TalariaX Pte Ltd

TalariaX™ membangunkan dan menawarkan penyelesaian pemesejan mudah alih perusahaan bagi meningkatkan aliran kerja dan produktiviti perniagaan. Rangkaian penyelesaian pemesejan mudah alih perniagaan kami dikhususkan untuk membantu syarikat-syarikat menggunakan penyelesaian pemesejan untuk semua aplikasi perusahaan dengan mudah. Ini termasuk Amaran & Pemberitahuan IT, Akses Jarak Jauh Selamat melalui Pengesahan 2-Faktor, Pemesejan Kecemasan & Siaran, Pengautomatan Proses Perniagaan dan Pengawasan Ketersediaan Sistem.

Produk utama kami, sendQuick, ialah gerbang pemesejan gred perusahaan, disediakan pada perkakas, mesin maya dan perkhidmatan awan. sendQuick digunakan oleh lebih 1,500 syarikat termasuk banyak syarikat Fortune Global 500, di 40 negara merentas pelbagai vertikal industri.

 

Source: TalariaX
Keywords: Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Social Media Telecommunications New products/services