omniture

Globe Telecom, CAP sokong usul Akta Pelanggaran Hak Dalam Talian Filipina

Globe Telecom, Inc.
2019-01-14 21:40 1421

MANILA, Filipina, 14 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Sebagai penyokong terkemuka Filipina menentang cetak rompak dalam talian melalui #PlayItRight, Globe Telecom, bersama dengan Pakatan Menentang Cetak Rompak (CAP) antarabangsa, menyatakan sokongan positifnya terhadap usul rang undang-undang yang memerintahkan penyekatan laman sesawang yang secara tidak sah menyebarkan bahan berhak cipta seperti video, muzik dan permainan.

Ernest Cu, Presiden & Ketua Pegawai Globe Telecom
Ernest Cu, Presiden & Ketua Pegawai Globe Telecom

Presiden Senat Filipina Vicente Sotto III baru-baru ini memfailkan Rang Undang-Undang Senat No. 2109 atau juga dikenali sebagai Akta Pelanggaran Hak Dalam Talian Filipina, yang akan membolehkan Pejabat Harta Intelek (IPO), melalui Suruhanjaya Telekomunikasi Negara, membatalkan lesen penyedia perkhidmatan internet (ISP) yang membenarkan laman web haram melanggar atau memudahkan pelanggaran hak cipta.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Globe Ernest Cu, yang baru-baru ini menyertai Lembaga Pengarah kumpulan antarabangsa Persatuan Industri Video Asia (AVIA), mengatakan bahawa undang-undang ini akan membantu menghentikan cetak rompak dalam talian yang terus memberi impak kepada pencipta kandungan asal dan industri hiburan Filipina.

"Impak ekonomi dan sosial cetak rompak dalam talian amat besar. Kehilangan jutaan pendapatan dan ribuan pekerjaan terjejas berikutan banyak laman sesawang penstriman haram dan peranti penstriman tidak sah atau ISD. Lebih penting lagi, laman sesawang dan peranti haram ini meletakkan pelanggan berisiko bukan sahaja kerana kandungannya tetapi khususnya pada perisian hasad," kata Cu.

Filipina terus menjadi tempat perlindungan bagi penjenayah siber yang secara tidak sah membuat kandungan boleh didapati secara dalam talian, terutama dengan teknologi baharu seperti ISD. Ini adalah kebimbangan yang semakin meningkat di Asia termasuk Singapura dan Thailand. Satu kajian baharu yang ditugaskan oleh AVIA menunjukkan bahawa 15% pengguna Singapura menggunakan kotak TV atau ISD untuk penstriman percuma ratusan saluran televisyen cetak rompak dan kandungan video atas permintaan. Lebih daripada seperempat orang yang memiliki kotak TV telah membatalkan langganan mereka untuk perkhidmatan video dalam talian. Begitu juga dengan Thailand di mana lebih daripada 45% pengguna menggunakan kotak TV haram ini.

Cu berkata rang undang-undang yang dicadangkan itu merupakan langkah pertama yang penting ke arah perundangan yang relevan sehingga sukar bagi pengendali laman penyangak untuk bertindak dengan berani. "Globe akan terus menyokong usaha yang akan membantu menghalang cetak rompak dalam talian," katanya.

"Tidak ada peluru keramat untuk menghalang cetak rompak secara dalam talian. Apa yang diperlukan ialah penyelesaian holistik untuk merangkumi jangkauan pengguna, kerjasama dengan platform teknologi dan perantara lain, penguatkuasaan, dan paling penting sekali, keupayaan untuk melumpuhkan akses ke laman sesawang cetak rompak yang teruk melalui penyekatan laman yang berkesan," kata Neil Gane, Pengurus Besar di CAP AVIA. "Pakatan Menentang Cetak Rompak AVIA mengalu-alukan Rang Undang-Undang Pelanggaran Hak Dalam Talian Filipina, yang, jika diluluskan, akan menyediakan blok binaan penting bagi industri kandungan Filipina untuk menangani cetak rompak secara dalam talian."

Globe pada 2017 melancarkan kempen sokongan yang memenangi anugerah #PlayItRight untuk membantu industri hiburan membanteras lanun cetak rompak dan melindungi hak harta intelek. Sejak itu, syarikat telah menyekat hampir 2,500 laman sesawang haram yang menganjurkan kandungan lucah dan pornografi kanak-kanak.

Organisasi seperti CAP, FDCP, dan Lembaga Media Optik, telah menyatakan sokongan untuk #PlayItRight. Globe baru-baru ini menyertai AVIA untuk memantapkan mandatnya dalam memerangi cetak rompak di seluruh Asia melalui penguatkuasaan yang berkesan dan mengganggu pengantara dalam rantaian cetak rompak.

Lawati https://www1.globe.com.ph/play-it-right untuk mempelajari lebih lanjut tentang kempen sokongan anti-cetak rompak Globe Telecom.

Latar Belakang Globe Telecom

Globe Telecom ialah sebuah syarikat telekomunikasi perkhidmatan utama di Filipina, yang memenuhi keperluan pengguna dan perniagaan di seluruh rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk perkhidmatan mudah alih, tetap, jalur lebar, sambungan data, internet dan perkhidmatan yang diuruskan. Pemegang utamanya ialah Ayala Corporation dan Singtel yang diperakui sebagai pemimpin industri di negara dan di rantau ini. Untuk maklumat lanjut, lawati www.globe.com.ph. Ikuti kami di Twitter: http://twitter.com/talk2Globe dan Facebook: http://facebook.com/GlobePH

Bilik Akhbar Globe:  https://www.globe.com.ph/about-us/newsroom.html 

Latar Belakang AVIA 

AVIA ialah persatuan perdagangan bagi industri dan ekosistem video di Asia Pasifik. Ia berfungsi untuk menjadikan industri video lebih mantap dan bertenaga melalui promosi kepentingan bersama ahli-ahlinya. AVIA mengetuai perjuangan menentang cetak rompak video, menerbitkan laporan mendalam dan menganjurkan persidangan dan seminar yang bertujuan untuk menyokong industri video yang bertenaga ini.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190111/2344537-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190111/2344537-1LOGO

Source: Globe Telecom, Inc.
Related Links:
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Personnel announcements