omniture

Perhimpunan Kekayaan Keluarga Terbesar dan Paling Berpengaruh Dunia Anthony Ritossa di Sidang Kemuncak Pelaburan Pejabat Keluarga Global ke-8 Atas Jemputan Sahaja Bakal Dianjurkan di Dubai, 2-4 Mac 2019

Ritossa Family Office
2019-01-14 21:49 1585

DUBAI, UAE, 14 Januari 2019/PRNewswire/ --

Dubai sekali lagi akan menjadi tumpuan di persada dunia tatkala Sidang Kemuncak Pelaburan Pejabat Keluarga Global ke-8 anjuran Anthony Ritossa menjadi tuan rumah kepada kumpulan yang menggamit perhatian, terdiri daripada keluarga-keluarga ternama dari seluruh dunia. Membawakan tema "Melabur dalam Era Baharu", acara eksklusif tersebut sekali lagi akan melangkaui jangkaan sebagai perhimpunan pejabat keluarga global yang terbesar dan paling berpengaruh sepanjang zaman.

generated by system

Mulai 2-4 Mac, lebih 400 pejabat keluarga elit, pemilik perniagaan konglomerat ternama, sheikh, keluarga diraja, syarikat pelaburan persendirian, individu berpengaruh dalam perniagaan antarabangsa, dana kekayaan berdaulat dan ahli profesional industri dari seluruh Timur Tengah dan seluruh dunia akan berhimpun di Four Seasons Resort Jumeirah Beach mempesonakan di bawah Naungan Tinggi Yang Mulia Sheikh Ahmed Al Maktoum. Mewakili lebih $3 trilion dalam kekayaan pelabur, kumpulan penting tersebut akan membincangkan dan membahaskan topik-topik minat yang tepat pada masanya kepada keluarga-keluarga utama dunia menerusi apa yang dijanjikan untuk menjadi pengalaman yang menyentuh perasaan dan tidak dapat dilupakan.

 "Ia merupakan satu penghormatan untuk menjadi tuan rumah kepada kumpulan pelabur yang begitu ternama di Dubai dan untuk berperanan sebagai penghubung antara keluarga-keluarga Timur Tengah dan rakan-rakan setara mereka di Eropah, Amerika Syarikat, Asia dan Amerika Latin. Kami semua berharap dapat berangkaian dan bertukar-tukar idea peringkat seterusnya untuk memulakan perjalanan penemuan antara rakan-rakan sealiran dalam persekitaran yang selamat. Sama seperti di acara-acara terdahulu, kami akan menonjolkan pakar-pakar dunia terkenal yang mengemukakan strategi-strategi yang boleh diambil tindakan untuk menjana pulangan lanjutan dalam persekitaran dengan hasil rendah, acara-acara dunia yang tepat pada masanya, asas kepada legasi seumur hidup dan peluang pelaburan yang paling penting," kata Anthony Ritossa, Pengerusi Ritossa Family Office, sebuah perniagaan keluarga yang bermula sejak 600 tahun lalu dalam Empayar Venice di Eropah.

"Sidang Kemuncak tersebut dikhususkan kepada perbualan rakan-ke-rakan secara persendirian yang berdasarkan jemputan sahaja, perangkaian dan kepimpinan pemikiran rentas sempadan dan akan mendidik keluarga-keluarga sealiran yang besar bagaimana untuk terus berada di hadapan dan memantau trend-trend baru muncul dan trend-trend kekal dalam pengurusan kekayaan," kata beliau.

"Acara Sidang Kemuncak Pejabat Keluarga Global ke-7 di Dubai merupakan pencapaian puncak kejayaan Anthony Ritossa dan semua yang mengambil bahagian. Sidang kemuncak berkenaan diiktiraf sebagai perhimpunan pejabat keluarga terbesar dan paling eksklusif seluruh dunia sepanjang zaman dan ia merupakan satu penghormatan untuk memberi naungan kepada acara hebat sedemikian. Sama seperti Sidang-sidang Kemuncak terdahulu, banyak keluarga ternama dari seluruh dunia berhimpun untuk menghadiri perbincangan tahap tinggi bagaimana untuk memperkaya legasi keluarga, berkembang, mengekalkan kekayaan dan berkongsi idea. Kami tidak sabar-sabar menantikan acara-acara masa akan datang," kata Mohamed Al Ali Ketua Pegawai Eksekutif & Penasihat, Sheikh Ahmed Al Maktoum International Investments Enterprise, UAE.

"Sidang kemuncak tersebut merupakan gabungan yang baik antara keluarga, produk dan perkhidmatan. Perkongsian tentang aktiviti semasa dan trend masa depan ini adalah amat penting dalam perhimpunan sedemikian sebagai wadah untuk bergerak maju menuju tahun 2019," kata Y.A.M. Putera Michel de Yougoslavie Cucunda Raja Umberto dari Itali & Putera Paul dari Yugoslavia, Monaco.

"Beberapa tahun yang lalu, saya pernah mempengerusikan, memoderasikan dan berucap dalam banyak Sidang Kemuncak Pejabat Keluarga dan Pelaburan di seluruh dunia, namun demikian sidang kemuncak ini sememangnya telah meninggikan standardnya. Saya berbesar hati untuk Mempengerusikan dan Memoderasikan Sidang Kemuncak Pelaburan Pejabat Keluarga Global Ritossa," kata Hussein Sayed, Penyokong CNBC Arabia, & Ketua Strategi Pasaran, ForexTime (FXTM), UAE.

"Ini merupakan satu-satunya sidang kemuncak global yang mana kemewahan dan pengaruh menggabungkan kuasa sinergi bagi melonjakkan platform-platform rintis melibatkan perdagangan, kekayaan dan peluang-peluang yang tidak tergambar kepada perniagaan global disruptif masa depan," kata Sheila Barry Driscoll Billionaire Foundation, AS.

"Sidang Kemuncak hebat anda ternyata menjadi persidangan terbaik yang pernah saya hadiri. Ia hanya disebabkan oleh usaha dan pengurusan hebat anda, yang menjadikannya benar-benar berjaya, amat mendorong dan memberi manfaat kepada semua peserta," kata Hadi Al Alawi Pengerusi, & Ketua Pegawai Eksekutif, Al Hayat Group, Kerajaan Bahrain.

"Apa yang membuatkan acara-acara ini suatu yang luar biasa ialah ia dianjurkan oleh pejabat keluarga untuk pejabat keluarga yang sealiran," kata Giuseppe Ambrosio, Presiden, Monaco Single & Multi-Family Office International Association.

"Sidang Kemuncak Ritossa merupakan yang terbaik dalam persekitaran yang sempurna - kami berjaya mencapai nilai pelaburan sebanyak US$ 360 juta," kata Nick Ayton, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, Chainstarter & Family Office Crypto Advisor, UK.

Untuk butiran tentang acara-acara masa depan dan Sidang Kemuncak Pelaburan Pejabat Keluarga Global ke-8 berdasarkan jemputan di Dubai, sila emelkan kepada info@RitossaSummits.com atau kunjungi http://www.RitossaSummits.com. Untuk melihat senarai peserta acara, sila layari - http://ritossasummits.com/agenda.pdf .

Hubungan Media:
Charlotte Luer
+1-239-404-6785
cluer@ljhfm.com

Source: Ritossa Family Office
Keywords: Banking/Financial Service Future Events