WASHINGTON, 16 Januari 2019 /PRNewswire/ --
Perjanjian Baharu Mencakupi Tujuh Belas Unit Operasi Merentas Caribbean, Panama dan Bahamas
Hari ini, WeDo Technologies, peneraju bagi jaminan pendapatan dan pengurusan penipuan, mengumumkan satu perjanjian baharu dengan Cable & Wireless Communications, pembekal talian mudah alih dan tetap multinasional untuk perkhidmatan video, suara dan data. WeDo Technologies akan menggantikan penyelesaian sedia ada Pembawa tersebut dengan aplikasi perisian jaminan pendapatan dan pengurusan penipuan RAID yang utama dalam pasaran merentas seluruh operasi Cable & Wireless Group, yang mencakupi tujuh belas pasaran Pengguna dan B2B yang berada di seluruh Caribbean, Panama dan Bahamas. Cable & Wireless merupakan sebahagian daripada Liberty Latin America, sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka yang beroperasi di Chile, Puerto Rico, Caribbean dan bahagian lain di Amerika Latin.
"Rangkaian komunikasi hari ini semakin rumit dan Cable & Wireless memerlukan penyelesaian terbukti yang dapat mempertahankan syarikatnya daripada ancaman yang sentiasa berubah-ubah terhadap keuntungan mereka, menyokong barisan produk luas mereka dan melengkapi mereka demi masa depan," ujar Thomas Steagall, Naib Presiden Amerika Utara & Caribbean untuk WeDo Technologies.
"Dengan memenuhi keperluan jaminan pendapatan dan pengurusan penipuan 17 pasaran operasi berbeza Cable & Wireless dapat menunjukkan kepakaran WeDo dalam menyokong pengendali-pengendali kumpulan untuk mengurangkan ketirisan pendapatan dengan jayanya, meningkatkan margin serta melindungi rangkaian mereka daripada penipuan dengan cara yang berkesan kos," ujar Thomas Steagall, Naib Presiden Amerika Utara & Caribbean untuk WeDo Technologies.
Perisian RAID WeDo Technologies membantu melindungi pembekal-pembekal perkhidmatan komunikasi dengan mengumpul, menganalisis dan memantau data aplikasi perniagaan mereka secara berterusan, justeru membantu meningkatkan prestasi korporat. Ia merupakan peneraju pasaran, mengubah data menjadi maklumat berharga demi jaminan pendapatan dan pengurusan penipuan.
Latar Belakang WeDo Technologies
Berada di AS sejak tahun 2007, WeDo Technologies ialah peneraju industri global untuk Jaminan Pendapatan dan Pengurusan Penipuan melalui penyelesaian perisian Pengurusan Risiko.
WeDo Technologies menyediakan perisian dan perundingan pakar kepada Pengendali Telekomunikasi dan Penyedia Perkhidmatan Komunikasi seluruh dunia. Kini, mereka mempunyai pelanggan merentas 108 negara, dengan jaringan melibatkan lebih 600 pakar profesional berkemahiran tinggi. Pejabat-pejabat mereka berada di seluruh dunia, iaitu di AS, Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah, Afrika, Amerika Tengah dan Amerika Selatan.
Perisian WeDo Technologies menganalisis kuantiti data besar yang membolehkannya memantau, mengawal, mengurus dan mengoptimumkan proses, menjamin perlindungan pendapatan serta pengurangan risiko.
Dengan lebih 200 pelanggan, termasuk beberapa pelanggan daripada organisasi-organisasi cip biru yang terkemuka di dunia, WeDo Technologies telah lama diiktiraf sebagai penginovasi tetap dalam menjamin kejayaan pelanggannya sepanjang perjalanan transformasi yang berterusan.
WeDo Technologies. Ketahui Yang Tidak Diketahui.
http://www.wedotechnologies.com
Berita terkini di @WeDoNews
Hubungi
QUEXOR GROUP INC.
Barbara Henris
bhenris@quexor.com
Telefon Bimbit: +1(703)470-9446
Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat - WeDo Technologies
Inez Corrêa de Sá
inez.sa@wedotechnologies.com
Telefon Bimbit: +351-939650788