omniture

Platform Kandungan Komik, CFUNWORLD, Mempamer di Persidangan Blockchain Connect ke-3

CFUNWORLD
2019-01-16 01:56 354

TOKYO, 16 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Tanggal 11 Januari 2019 CFUNWORLD diundang untuk mengambil bahagian dalam Persidangan Blockchain Connect 2019 di Los Angeles untuk membincangkan tentang peluang-peluang dalam teknologi rantaian blok bersama pakar-pakar industri ternama dari seluruh dunia. Dennis Jia, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CFUNWORLD, menyampaikan ucapan yang merangsang pemikiran bertajuk "Penghubung kepada Lautan Biru, Memodenkan Industri Komik". Di persidangan tersebut, CFUNWORLD turut memenangi anugerah "Perusahaan Perintis 2019" untuk model perniagaan kreatif dan fleksibelnya.

Persidangan Blockchain Connect ialah sidang kemuncak teknologi rentas sempadan dwitahunan yang menghimpunkan kuasa kripto terbaik dari serata dunia. Lebih 50 pakar dan profesor mengambil bahagian dalam Persidangan Blockchain Connect 2019 termasuk tokoh-tokoh industri rantaian blok terkemuka seperti Vitalik Buterin, Pengasas Ethereum.

Memodenkan industri komik dengan teknologi rantaian blok

Sebagai syarikat pertama di dunia yang mengaplikasikan teknologi rantaian blok kepada industri komik, CFUNWORLD telah melihat banyak masalah yang dahulunya melanda industri komik semasa perkembangan pesatnya. Cabaran-cabaran kepada industri komik termasuk: isu-isu hak cipta, isu-isu bahasa transnasional dan perjuangan demi kelangsungan untuk pencipta komik baharu atau pendatang baharu dalam industri, antara lain. Oleh itu, CFUNWORLD telah mencipta dunia baharu untuk industri komik menggunakan teknologi rantaian blok.

CFUNWORLD menggunakan algoritma penyulitan khusus berdasarkan teknologi rantaian blok bagi menghasilkan cap jari digital untuk semua karya yang dimuat naik, memastikan hak cipta yang sah dan tidak mengubah setiap karya yang disenaraikan di platform tersebut. Selain itu, CFUNWORLD menggunakan Kontrak Pintar bagi mewujudkan sistem kepercayaan baharu antara pencipta komik, penterjemah, pembaca dan penyumbang lain, kesemuanya dapat dihubungkan melalui Kontrak Pintar untuk menjadi pencipta kolaboratif suatu karya. Ini dapat menyelesaikan cabaran-cabaran dari segi halangan bahasa dan masalah-masalah yang berkaitan dengan pembacaan karya komik rentas sempadan. Pencipta-pencipta kolaboratif dapat memperoleh pendapatan yang besar dengan menggunakan Kontrak Pintar memandangkan tiada keperluan untuk menggunakan perantara tradisional. Selain itu, platform CFUNWORLD menyokong kemudahan pembayaran dalam mata wang digital, mengelakkan ketidakpastian transaksi rentas sempadan dengan pembayaran titik-ke-titik langsung di samping melindungi privasi pengguna dengan berkesan.

Ini telah membantu CFUNWORLD dari segi perkembangannya untuk menjadi platform dengan koleksi luas karya komik berdefinisi tinggi pada harga optimum.

Dialog dengan industri-industri berbeza merentas dunia komik

CFUNWORLD bekerjasama dengan syarikat-syarikat komik Korea Selatan yang ternama, TORYCOMS dan Cream Media, bagi tujuan menarik lebih 200 kartunis ke dalam platform CFUNWORLD dan melancarkan secara berperingkat-peringkat lebih 2,000 karya komik. Dalam masa yang sama, CFUNWORLD turut menembusi industri hiburan, mencapai persetujuan kerjasama dengan hampir 30 bintang bagi menghasilkan imej komik unik dan komik bersiri untuk mereka. Bintang-bintang ini berjaya menarik hampir 100 juta peminat kepada platform berkenaan.

Sebagai platform pengehosan kandungan, CFUNWORLD memiliki hak penggunaan untuk IP bagi semua komik asal dan komik bintangnya. Ini memberikan peluang-peluang berpotensi kepada CFUNWORLD untuk menggunakan komik ini dengan kerjasama dalam projek-projek bersama industri-industri berbeza seperti permainan, filem-televisyen dan pembuatan cenderahati.

 

Source: CFUNWORLD
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Awards Blockchain