omniture

Walgreens Boots Alliance dan Microsoft meterai perkongsian strategik untuk ubah penyediaan penjagaan kesihatan

Microsoft Corp.
2019-01-17 06:12 1821

Syarikat-syarikat bermatlamat untuk tingkatkan hasil kesihatan dan mengurangkan kos keseluruhan dengan pengalaman digital dan runcit dipertingkat dan komitmen R&D untuk bangunkan penyelesaian penjagaan kesihatan melalui perjanjian tujuh tahun

DEERFIELD, Illinois dan REDMOND, Washington, 17 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Walgreens Boots Alliance Inc. (WBA) dan Microsoft Corp. berganding bahu untuk membangunkan model-model penyediaan penjagaan kesihatan baharu, inovasi teknologi dan runcit bagi memajukan dan menambah baik masa depan penjagaan kesihatan. Syarikat-syarikat ini akan menggabungkan kuasa Microsoft Azure, platform awan dan AI Microsoft, pelaburan penjagaan kesihatan dan penyelesaian runcit baharu dengan capaian pelanggan WBA, lokasi yang strategik, perkhidmatan penjagaan kesihatan pesakit luar dan kepakaran industri bagi menjadikan penyediaan penjagaan kesihatan lebih peribadi, berpatutan dan boleh diakses oleh orang ramai di seluruh dunia.

Satya Nadella, CEO, Microsoft (right), and Stefano Pessina, executive vice chairman and chief executive officer of WBA
Satya Nadella, CEO, Microsoft (right), and Stefano Pessina, executive vice chairman and chief executive officer of WBA

Sistem-sistem penjagaan kesihatan semasa merupakan kombinasi rumit antara organisasi daripada sektor awam dan swasta, penyedia, pembayar, syarikat farmaseutikal dan pengusaha berkaitan yang lain. Meskipun terdapatnya inovasi dalam segmen penjagaan kesihatan, adanya keperluan dan peluang untuk menyepadukan sepenuhnya sistem tersebut, yang akhirnya dapat menjadikan penjagaan kesihatan lebih mudah untuk orang ramai melalui pandangan berpandukan data. Inilah yang telah menyatukan WBA dan Microsoft. Melalui perkongsian strategik ini, syarikat-syarikat akan menyediakan platform inovatif yang mendayakan jaringan kesihatan generasi seterusnya, pengalaman digital-fizikal bersepadu dan penyelesaian pengurusan penjagaan.

"Meningkatkan hasil kesihatan sambil mengurangkan kos penjagaan merupakan cabaran rumit yang memerlukan kolaborasi luas dan perkongsian mantap antara industri-industri penjagaan kesihatan dan teknologi," kata Satya Nadella, Ketua Pegawai Eksekutif, Microsoft. "Bersama-sama Walgreens Boots Alliance, kami menyasarkan untuk menunaikan janji ini dengan meletakkan orang ramai sebagai tumpuan dalam kesihatan dan kesejahteraan mereka, menggabungkan kuasa teknologi awan dan AI Azure serta Microsoft 365 dengan kepakaran mendalam serta komitmen Walgreens Boots Alliance untuk membantu komuniti-komuniti di seluruh dunia menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih bahagia."

Sebagai sebahagian daripada perkongsian strategik, syarikat-syarikat ini komited terhadap pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D) berbilang tahun untuk membangunkan penyelesaian penjagaan kesihatan, meningkatkan hasil kesihatan dan mengurangkan kos penjagaan. Pelaburan ini akan melibatkan pembiayaan, pakar-pakar bidang khusus, teknologi dan alatan. Syarikat-syarikat ini akan turut meninjau potensi untuk menubuhkan pusat-pusat inovasi bersama dalam pasaran-pasaran utama. Selain itu, pada tahun 2019, WBA akan merintis sehingga 12 "sudut kesihatan digital" kedai-dalam-kedai yang bertujuan untuk mempromosi dan menjual perkakasan dan peranti berkaitan penjagaan kesihatan terpilih.

"Perkongsian strategik kami bersama Microsoft menunjukkan komitmen kukuh kami untuk mencipta penyelesaian penyediaan penjagaan kesihatan bersepadu, generasi seterusnya dan didayakan digital untuk pelanggan kami, mengubah kedai kami menjadi destinasi kesihatan kejiranan moden dan meluaskan tawaran pelanggan," kata Stefano Pessina, naib pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutif WBA. "WBA akan bekerjasama dengan Microsoft untuk memanfaatkan maklumat yang wujud antara pembayar dan penyedia penjagaan kesihatan untuk memanfaatkan, demi kepentingan pesakit dan dengan persetujuan mereka, jaringan luar biasa kami melibatkan lokasi yang boleh diakses dan mudah untuk membawakan inovasi baharu, nilai lebih besar dan hasil kesihatan yang lebih baik dalam sistem penjagaan kesihatan seluruh dunia."

Platform penyediaan penjagaan kesihatan dan pengurusan terhubung, bertumpu pengguna

Syarikat-syarikat ini akan menumpu untuk menghubungkan kedai WBA dan sistem maklumat kesihatan kepada orang ramai di mana-mana mereka berada melalui peranti digital mereka. Ini akan membolehkan orang ramai untuk mengakses perkhidmatan penjagaan kesihatan, seperti penjagaan maya — apabila, di mana dan bagaimana mereka memerlukannya.

Penyepaduan maklumat tersebut akan mendayakan pandangan bernilai berdasarkan sains data dan kecerdasan buatan (AI) yang dapat membolehkan penambahbaikan asas dibuat seperti menyokong peralihan data penjagaan kesihatan kepada lebih banyak lokasi berasaskan komuniti dan transformasi yang mampan dalam penyediaan penjagaan kesihatan.

Melalui jalinan kerjasama dengan penyedia penjagaan kesihatan pesakit, syarikat-syarikat ini akan melibatkan pesakit mereka secara proaktif untuk menambah baik pematuhan terhadap ubat-ubatan, mengurangkan kunjungan ke bilik kecemasan dan mengurangkan kemasukan semula ke hospital. Teras kepada model ini ialah privasi data, sekuriti dan persetujuan, yang akan menjadi prinsip-prinsip reka bentuk asas, disokong oleh pelaburan Microsoft dalam membina platform awan yang dipercayai.

Dengan menghubungkan orang ramai, penyedia dan sistem dengan lebih baik yang melibatkan kerjasama mereka, industri ini akan berupaya untuk menyediakan penjagaan pesakit dengan kualiti yang lebih baik.

Perkhidmatan penjagaan kesihatan diperibadikan

WBA dan Microsoft akan turut menumpu untuk mendayakan pengalaman penjagaan kesihatan yang lebih diperibadikan bermula dengan penjagaan diri melalui pencegahan hinggalah kepada pengurusan penyakit kronik. WBA akan meneruskan penyelesaian pengurusan gaya hidup dalam bidang-bidang seperti pemakanan dan kesejahteraan melalui kaedah pilihan penyediaan oleh pelanggan, termasuk peranti digital dan aplikasi digital atau nasihat pakar dalam kedai.

Melalui kombinasi antara R&D khusus dan perkongsian luar, suit aplikasi pengurusan penyakit kronik dan penglibatan pesakit dirancang untuk dibangunkan, berserta portfolio peranti Internet Komunikasi Benda (IoT) terhubung untuk pengurusan penjagaan kronik tidak akut, disediakan oleh teknologi awan, AI dan IoT Microsoft.

Berkolaborasi dengan pembayar, penyedia dan pengeluar farmaseutikal untuk laksanakan penyelesaian demi meningkatkan hasil kesihatan pada kos lebih rendah

Selain itu, syarikat-syarikat ini akan berusaha untuk membina ekosistem lancar melibatkan organisasi-organisasi yang mengambil bahagian bagi menghubungkan pengguna, penyedia dengan lebih baik — termasuk ahli-ahli farmasi Walgreens and Boots— pengeluar farmaseutikal dan pembayar. Microsoft dan WBA akan memanfaatkan kajian pasaran masing-masing dan mengenal pasti rakan-rakan kongsi terbaik untuk membangunkan penyelesaian.

Sebagai contoh, penyertaan jaringan penyediaan penjagaan kesihatan utama akan memberi peluang kepada orang ramai untuk terlibat secara lancar dengan penyelesaian penjagaan kesihatan WBA dan penyedia penjagaan akut kesemuanya dalam satu platform.

WBA bakal alihkan platform ITnya kepada Microsoft

Melalui perjanjian ini, Microsoft menjadi penyedia awan strategik WBA dan WBA merancang untuk memindahkan majoriti infrastruktur IT syarikat kepada Microsoft Azure. Ini termasuk platform transformasi baharu dalam perkhidmatan runcit, farmasi dan perniagaan, keupayaan baharu dalam data dan analitik, selain aplikasi dan sistem legasi tertentu. Syarikat turut merancang untuk memperkenalkan Microsoft 365 kepada lebih 380,000 kakitangan dan kedai seluruh dunia, memperkasa mereka dengan instrumen bagi produktiviti yang dipertingkat, sekuriti termaju, kolaborasi dalaman dan penglibatan pelanggan.

Peralihran WBA kepada platform Microsoft akan membolehkan WBA untuk mempercepatkan kelajuannya untuk memasarkan, memperoleh pemahaman dan pandangan pelanggan yang lebih mendalam dan akhirnya menyediakan penjagaan, produk dan perkhidmatan yang lebih baik dan lebih diperibadikan kepada pelanggan dan komunitinya. Di samping itu, peralihan ke Microsoft Azure dapat mempercepatkan pemodenan dan keberkesanan kos teknologi dalam WBA.

Latar Belakang Walgreens Boots Alliance

Walgreens Boots Alliance (Nasdaq: WBA) ialah perusahaan diterajui farmasi, kesihatan dan kesejahteraan yang pertama di dunia dan destinasi farmasi runcit, kesihatan dan kehidupan harian yang terbesar di seluruh A.S. dan Eropah. Walgreens Boots Alliance dan syarikat-syarikat yang dengannya mempunyai pelaburan kaedah ekuiti bersama-sama berada di lebih 25 negara dan menggaji lebih 415,000 kakitangan.

Portfolio jenama runcit dan perniagaan syarikat termasuk Walgreens, Duane Reade, Boots and Alliance Healthcare, selain jenama-jenama produk kesihatan dan kecantikan yang semakin bersifat global, seperti No7, Soap & Glory, Liz Earle, Sleek MakeUP dan Botanics.

Walgreens Boots Alliance berbangga dapat menjadi kuasa untuk kebaikan, memanfaatkan berdekad-dekad pengalaman dan skala antarabangsanya, untuk menjaga orang ramai dan bumi melalui pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial dan kemampanan yang memberi impak kepada kesihatan dan kesejahteraan berjuta-juta penduduk. 

Maklumat lanjut tentang syarikat disediakan di www.walgreensbootsalliance.com.

(WBA-GEN)

Latar Belakang Microsoft

Microsoft (Nasdaq "MSFT" @microsoft) mendayakan transformasi digital untuk era awan pintar dan pinggir pintar. Matlamatnya adalah untuk memperkasa setiap individu dan setiap organisasi di seluruh dunia mencapai lebih banyak kejayaan.

Semua kenyataan dalam siaran akhbar ini yang bukan fakta sejarah merupakan kenyataan jangkaan yang dibuat menurut peruntukan perlindungan selamat dalam Akta Reformasi Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan-kenyataan jangkaan ini tidak menjamin prestasi masa depan dan melibatkan risiko, andaian dan ketidakpastian, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yang berkaitan dengan masa dan keberkesanan rancangan kolaborasi, kebolehan merealisasikan faedah-faedah yang dijangkakan daripada kolaborasi, tindakan kompetitif dalam pasaran dan kebolehan untuk mencapai keputusan kewangan dan operasi yang dijangkakan dari segi jumlah dan pada masa yang dijangkakan, selain yang diterangkan dalam Item 1A (Faktor-faktor Risiko) Borang 10-K Walgreens Boots Alliance, Inc. untuk tahun fiskalnya yang berakhir pada 31 Ogos 2018, Borang 10-K Microsoft Corporation untuk tahun fiskalnya yang berakhir pada 30 Jun 2018 dan dokumen-dokumen berikutnya yang difailkan atau diberikan oleh Walgreens Boots Alliance, Inc. dan Microsoft Corporation kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Sekiranya satu atau lebih daripada risiko atau ketidaktentuan ini menjadi kenyataan, atau sekiranya andaian asasnya terbukti tidak benar, keputusan sebenar mungkin berbeza dengan ketara. Kenyataan-kenyataan jangkaan ini hanya tepat setakat tarikh kenyataan ini dibuat. Kecuali setakat yang dikehendaki oleh undang-undang, Walgreens Boots Alliance, Inc. dan Microsoft Corporation masing-masing tidak bertanggungjawab dan dengan jelas menafikan, apa-apa kewajipan atau obligasi untuk mengemas kini secara umum mana-mana kenyataan jangkaan selepas tarikh siaran akhbar ini, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa depan, perubahan dalam andaian atau sebaliknya. 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/808374/Walgreens_Pharmacy_7836_SP0462_SN0460.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/808373/MSWBA_graphic_white_01_Logo.jpg

 

Source: Microsoft Corp.
Related Stocks:
NASDAQ:MSFT NASDAQ:WBA
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Multimedia/Online/Internet