omniture

Program Pensijilan Antisogokan CRI Group Diakreditasi oleh IAS

Corporate Research and Investigations Limited
2019-01-17 09:34 1763

Piawaian ISO 37001:2016 diiktiraf, diamalkan di lebih 160 negara seluruh dunia

LONDON, 17 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Corporate Research and Investigations Limited (CRI Group) mengumumkan bahawa Perkhidmatan Akreditasi Antarabangsa (IAS) berpangkalan di A.S. telah mengakreditasi perkhidmatan pensijilannya atas pelaksanaan piawaian antisogokan ISO 37001:2016.

IAS ialah sebuah perbadanan bukan berasaskan keuntungan untuk manfaat awam yang menyediakan perkhidmatan akreditasi sejak tahun 1975. IAS mengakreditasi pelbagai syarikat dan organisasi termasuk entiti kerajaan, perniagaan komersial dan persatuan profesional.

Program akreditasi IAS adalah berdasarkan piawaian kebangsaan dan antarabangsa yang diiktiraf yang menjamin penerimaan domestik dan/atau global terhadap akreditasinya. "CRI mematuhi keperluan ISO/IEC 17021-1:2015 dan Peraturan Prosedur IAS," kata IAS dalam satu kenyataan. "Akreditasi disyorkan untuk memberikan subjek dengan resolusi CAR dan Berkenaan dengan penerimaan IAS untuk tindakan pembaikan."

Corporate Research and Investigations Limited turut diakreditasi oleh Pusat Akreditasi Antarabangsa Emiriah - EIAC, akreditasi pertama seumpamanya yang dianugerahkan kepada badan pensijilan yang mengkhusus dalam piawaian antisogokan dan antirasuah, risiko dan pematuhan global.

Zafar Anjum, Ketua Pegawai Eksekutif CRI Group, berkata bahawa pensijilan ISO 37001 membantu organisasi-organisasi menubuhkan, melaksanakan, mengekalkan dan meningkatkan sistem antisogokan dan antirasuah dalaman mereka. Beliau berkata bahawa Corporate Research and Investigations Limited is "berbesar hati kerana menerima akreditasi daripada IAS, memandangkan mereka merupakan salah satu badan akreditasi utama di Amerika Syarikat."

"IAS menyediakan bukti objektif bahawa sesebuah organisasi beroperasi pada tahap piawaian etika, undang-undang dan teknikal tertinggi," kata Anjum. "Itulah sebenarnya peranan yang dimainkan oleh ISO 37001 – membantu melindungi organisasi-organisasi daripada sogokan dan rasuah."

Pensijilan ABAC

CRI Group ialah Peneraju Global bagi Sistem Pengurusan Risiko, Pematuhan dan Antirasuah. Pada tahun 2016, syarikat melancarkan Anti-Bribery Anti-Corruption Centre of Excellence (ABAC®) - sebuah badan pensijilan bebas yang ditubuhkan untuk Sistem Pengurusan Antisogokan, menyediakan latihan dan pensijilan di bawah program-program 3PRM-Qualified™ dan ABAC-Certified™.

ABAC® CoE (ABACGroup.com) beroperasi melalui jaringan globalnya melibatkan ahli profesional etika dan pematuhan yang diiktiraf, juruaudit yang berkelayakan, penyiasat kewangan dan korporat, pemeriksa penipuan yang disahkan, juruanalisis forensik dan akauntan.

LATAR BELAKANG CRI GROUP

Sejak tahun 1990, CRI Group telah melindungi perniagaan-perniagaan daripada penipuan dan rasuah, menyediakan penyiasatan penipuan insurans, pemeriksaan latar belakang kakitangan, ketekunan wajar siasatan, pengurusan risiko pihak ketiga, pematuhan dan perkhidmatan penyelidikan siasatan profesional yang lain.

HUBUNGI CRI GROUP

Zafar Anjum,
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

Corporate Research and Investigations Limited
5 Harbour Exchange Square
South Quay, London E14 9GE, United Kingdom
M: +44 (0)7588 454959

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/431851/Corporate_Research_and_Investigations_Logo.jpg

Source: Corporate Research and Investigations Limited
Keywords: Banking/Financial Service Insurance