omniture

ZTE dan Heavy Reading Bersama-sama Siar Kertas Putih Pengangkutan 5G untuk Teknologi Saluran FlexE Inovatif

ZTE Corporation
2019-01-18 12:22 430

SHENZHEN, China, 18 Januari 2019 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa untuk Internet Mudah Alih, hari ini menyiarkan kertas putih bertajuk "Memenuhi Keperluan Pengangkutan 5G Dengan FlexE" bersama-sama firma perunding Heavy Reading.

Berasaskan trend baharu seni bina rangkaian 5G dan keperluan baharu untuk rangkaian pengangkutan, kertas putih ini menumpu pada peranan utama teknologi berasaskan FlexE yang inovatif dalam pengangkutan perkhidmatan baharu.

Kertas putih ini memperkenalkan matlamat, nilai dan teknologi utama dalam penyelesaian rangkaian pengangkutan 5G serta menyediakan sokongan dan khidmat nasihat teknikal yang komprehensif berhubung pembinaan rangkaian pengangkutan bernilai tinggi yang berorientasi masa depan.

Kertas putih ini menghuraikan empat ciri teknikal utama dalam penyelesaian pengangkutan 5G. Pertama, teknologi saluran FlexE menyokong peruntukan lebar jalur atas permintaan. Ia menerima pakai pengikatan port besar untuk meluaskan kapasiti rangkaian atas permintaan, menyelesaikan masalah penaiktarafan lebar jalur dengan berkesan yang terhasil daripada pembangunan 5G agar lebar jalur 100GE dapat memenuhi keperluan perkhidmatan awal 5G. Hasil daripada pengikatan FlexE, lebar jalur ini dapat dinaik taraf kepada lebih 100GE hanya dengan meluaskan kapasiti beberapa port 100GE. Ia memudahkan pelarasan rangkaian sambil memanfaatkan pelaburan awal dengan berkesan.

Kedua, penyelesaian rangkaian pengangkutan 5G membolehkan kependaman ultra rendah dan penghantaran jiter ultra stabil. Teknologi silang sambung slot masa FlexE membolehkan penghantaran trafik perkhidmatan pengguna berdasarkan lapisan fizikal agar paket pengguna tidak perlu dipecahkan dalam nod perantaraan rangkaian dan penghantaran trafik perkhidmatan dapat diselesaikan pada waktu nyata. Hasilnya, kependaman penghantaran peranti lompat tunggal adalah kurang daripada 0.5 mikrosaat dan jiter pula adalah kurang daripada 30 nanosaat, justeru menyediakan asas untuk pengangkutan perkhidmatan dengan kependaman ultra rendah.

Ketiga, teknologi saluran FlexE dapat menjamin keandalan rangkaian ultra tinggi. Dengan melanjutkan OAM, Saluran FlexE dapat menyediakan dengan perlindungan lapisan saluran FlexE, meningkatkan keandalan pengangkutan khidmat pelanggan dengan ketara. Berhubung kesalahan pula, penukaran perlindungan dapat diselesaikan dalam 1ms, membolehkan seluruh rangkaian mencapai keandalan tahap industri sebanyak 99.9999%.

Keempat, teknologi saluran FlexE menyokong penghirisan rangkaian fleksibel berasaskan FlexE. Hasil daripada penghirisan hujung-ke-hujung yang berasaskan FlexE dan Saluran FlexE, rangkaian ini membawakan lebar jalur eksklusif seperti TDM dan pemisahan fizikal di samping menyokong pemultipleksan statistik Eternet. Dengan itu, ia membolehkan pemisahan penghantaran hirisan, pemisahan pengurusan, pemisahan kesalahan dan pemisahan protokol, yang memastikan penggunaan perkhidmatan 5G yang dibezakan.

"Para pengendali harus menangani banyak cabaran untuk memenuhi kehendak unik senario aplikasi 5G akan datang dan rangkaian pengangkutan akan menjadi penting untuk penggunaan 5G berskala besar. Sebagai penyelesaian pengangkutan 5G berdaya maju, FlexE menarik minat dan perhatian daripada kalangan pengendali dan teknologi silang sambung slot masa FlexE baharu berkemungkinan menjadi penyelesaian yang cekap untuk penghirisan rangkaian sukar," kata Sterling Perrin, Penganalisis Utama Heavy Reading.

Dengan mencadangkan seni bina rangkaian berlapis-lapis berasaskan FlexE, ZTE menyediakan asas kukuh untuk usaha penyelidikan piawaian teknologi pengangkutan 5G. Seni bina ini diiktiraf secara meluas oleh industri, membuat sumbangan penting untuk ITU-T G.mtn. Di samping itu, penyelesaian Flexhaul 5G ZTE telahpun disahkan oleh beberapa pengendali di China, Sepanyol dan negara-negara lain.

Berikut merupakan pautan untuk mengakses kertas putih penuh "Memenuhi Keperluan Pengangkutan 5G Dengan FlexE": 
http://www.heavyreading.com/lg_landing.asp?piddl_lgid_docid=228757

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan termaju untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Hubungan Media:

Margaret Ma            
ZTE Corporation           
Tel: +86 755 26775189        
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment