HONOR View20 Unggulan Bakal Dilancarkan di Seluruh Dunia, Buka Laluan kepada Permulaan Hebat tahun 2019
HONG KONG, 18 Januari 2019 /PRNewswire/ -- HONOR, e-jenama telefon pintar yang terkemuka, telah mengukuhkan kedudukan industri utamanya menerusi pertumbuhan mantap pada tahun 2018, meskipun berlakunya kemerosotan industri global. Menurut IDC[i], pasaran telefon pintar global mencatatkan penurunan penghantaran 3.1% berbanding tahun sebelumnya dalam tiga suku pertama tahun 2018 namun HONOR menongkah trend dan mencapai peningkatan 27.1%. HONOR kini menduduki tempat pertama dalam bahagian pasaran untuk pasaran saluran dalam talian berkualiti sederhana dan berkualiti tinggi untuk tempoh yang sama.
"Produk-produk HONOR yang tiada tandingan dengan nilai hebat membantu kami meraih sokongan daripada 100 juta peminat kami di seluruh dunia. Kami percaya tidak lama lagi HONOR akan dapat mencapai matlamat kami untuk menjadi jenama telefon pintar global '5 Terbaik' dalam tempoh tiga tahun dan '3 Terbaik' dalam masa lima tahun. Kami telah menaik taraf penjenamaan kami tahun ini dengan logo baharu menerusi warna-warna menarik diiringi dengan slogan kami iaitu 'HONOR MY WORLD' ('HORMATI DUNIA SAYA') dan misi baharu untuk mewujudkan dunia pintar yang menjadi milik belia global. Penjenamaan baharu ini akan terus mengulangi dan mempercepatkan lagi pertumbuhan perniagaan kami," kata En. George Zhao, Presiden HONOR.
Pelancaran Global HONOR View20 akan diadakan di Paris pada 22 Januari. Produk unggulan ini merangkumkan inovasi dan daya kreativiti terkini HONOR. Sejak ditubuhkan, HONOR telah melakar sejarah dalam semua aspek, menjurus kepada revolusi untuk telefon pintar dalam Kecerdasan Buatan (AI), prestasi dan reka bentuk produk.
Evolusi HONOR dalam AI
AI masih dan akan kekal menjadi pengubah permainan terbesar untuk industri. Menurut satu kajian yang dijalankan oleh PwC[ii], AI diramalkan menyumbang sehingga $15.7 trilion kepada ekonomi global menjelang tahun 2030. Telahpun mengiktiraf trend utama ini, baru-baru ini HONOR melancarkan kamera telefon pintar AI unggul untuk HONOR View20. Peranti ini memanfaatkan kuasa pengkomputeran AI dan kuasa pemprosesan grafik didayakan oleh cip set Kirin 980 dwi-ISP dan dwi-NPU untuk menyusun intipati berbilang foto yang diambil oleh kamera belakang 48MP pertama dunia (dikuasakan oleh sensor Sony IMX586) dan menghasilkan imej definisi ultra tinggi AI 48MP.
Selama bertahun-tahun, HONOR mengejutkan dunia dengan penemuan penting AI yang berturut-turut. Pada Disember 2016, HONOR melancarkan HONOR Magic, telefon pertama dalam industri yang menampilkan sistem AI "Magic Live" dalam telefon pintar, untuk mengesahkan ekosistem dan belajar bagaimana untuk berkolaborasi dengan syarikat-syarikat dan membantu mereka aplikasi untuk awan. Setahun kemudian, HONOR membawanya ke tahap seterusnya dan menggabungkan cip set AI, Kirin 970 ke dalam HONOR View 10, seraya membolehkan pengecaman persekitaran yang hebat dan keupayaan belajar sendiri. Turut dilengkapi dengan cip set AI yang sama, HONOR 10 menampilkan kamera AI 2.0 dwikanta dan teknologi Segmentasi Imej Semantik yang pertama dalam industri yang dapat mengenali lebih 500 senario dalam 22 kategori pada waktu nyata.
Evolusi HONOR dalam Prestasi
HONOR terus menyediakan penaiktarafan perkakasan dan perisian rintis dalam telefon pintarnya bagi memberikan prestasi lancar untuk pengguna. HONOR melengkapi HONOR View20 unggulan terkininya dengan Link Turbo yang memanfaatkan AI dan data raya untuk menganalisis tingkah laku penggunaan pengguna dan keadaan rangkaian secara automatik. Ini membolehkan mereka beralih secara lancar antara Wi-Fi atau rangkaian 4G dan meningkatkan kelajuan memuat turun dengan menggunakan kedua-dua rangkaian secara serentak.
Di samping itu, HONOR melancarkan siri teknologi berkualiti tinggi tahun lalu. GPU Turbo, dilancarkan pada Jun 2018, ialah satu penyelesaian penyepaduan perkakasan-perisian revolusioner yang memberikan peningkatan ketara kuasa pemprosesan grafik sebanyak 60% di samping mengurangkan penggunaan tenaga SoC (Sistem pada Cip) sebanyak 30%. HONOR turut melancarkan Sistem Penyejukan Cecair, yang dilengkapi dengan reka bentuk haba sembilan lapisan dan paip penyejukan cecair gred-PC. Ia memberikan 41% peningkatan pelesapan haba dan sehingga 10 darjah Celsius pengurangan dalam suhu CPU untuk telefon bimbit.
Evolusi HONOR dalam Reka Bentuk Produk
HONOR mengutamakan reka bentuk produknya untuk ciri kefungsian dan estetika. HONOR View20 ialah kombinasi sempurna untuk kedua-duanya. HONOR View20 didatangkan dengan teknologi skrin HONOR serba baharu, All-View Display, yang membawakan reka bentuk kamera depan dalam skrin yang pertama di dunia serta reka bentuk kecerunan warna bentuk-V yang jelas dan dinamik, didayakan oleh teknologi nanolitografi.
HONOR telah menjadi peneraju untuk paparan pandangan penuh yang sebenar dari peringkat awal lagi, sejak menerima pakai skrin kurang bezel 18:9 untuk HONOR 7X dan HONOR View10 pada tahun 2017. Tidak lama kemudian, HONOR melancarkan HONOR 10 dengan skrin bertakuk, seraya terus meluaskan ruang paparan.
HONOR mendominasi bidang reka bentuk telefon pintar bergaya sejak ia memperkenalkan unsur-unsur warna kepada telefon pintar dengan Sapphire Blue HONOR 8 pada tahun 2016 dan Glacier Grey HONOR 9 pada tahun 2017. Kemudian, HONOR melangkaui warna-warna pejal dan melancarkan HONOR 10 dan HONOR 10 Lite menerusi warna-warna kecerunan yang mengalir dan berubah-ubah, selain HONOR 8X yang membawakan tekstur berganda.
Latar Belakang HONOR
HONOR ialah e-jenama telefon pintar terkemuka. Jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna natif digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, HONOR telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara dengan cara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami di:
https://www.facebook.com/honorglobal/
https://twitter.com/honorglobal
https://www.instagram.com/honorglobal/
https://www.youtube.com/c/honorofficial/
[i] International Data Corporation (IDC) (2018) Worldwide Quarterly Mobile Phone Tracker 2018 Q3 daripada https://www.idc.com/tracker/showproductinfo.jsp?prod_id=37 |
[ii] PricewaterhouseCoopers (PwC) (2018) Artificial Intelligence Predictions 2019 Report daripada https://www.pwc.com/us/en/services/consulting/library/artificial-intelligence-predictions-2019.html |
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190117/2348751-2