omniture

Johnson & Johnson Selesaikan Pemerolehan Ci:z Holdings Co., Ltd.

Johnson & Johnson
2019-01-19 06:58 2622

Pemerolehan Perluas Portfolio Produk Kecantikan Dermokosmetik berasaskan Sains J&J

NEW BRUNSWICK, New Jersey, 19 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Johnson & Johnson (NYSE:JNJ) hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan Ci:z Holdings Co., Ltd. (TYO: 4924) ("Syarikat") dengan jumlah harga belian kira-kira sebanyak ¥230 bilion. Pemerolehan berkenaan selesai melalui beberapa urus niaga yang melibatkan tawaran tender tunai sepenuhnya untuk memperoleh saham pegangan awam milik Syarikat sebanyak ¥5,900 bagi setiap saham. Johnson & Johnson merancang untuk memperoleh baki saham Syarikat yang tidak ditender dalam tawaran tender melalui penyatuan saham di bawah undang-undang Jepun semasa separuh pertama tahun 2019 dan mengambil tindakan yang sesuai untuk mengeluarkan Syarikat daripada Bursa Saham Tokyo.

Syarikat tersebut, yang memasarkan rangkaian produk penjagaan kulit DR. CI:LABO, LABO LABO dan GENOMER, kini akan menjadi sebahagian daripada Johnson & Johnson Family of Consumer Companies.

"Penambahan DR. CI:LABO, LABO LABO dan GENOMER kepada francais kami mengukuhkan portfolio kecantikan kami yang semakin berkembang dengan inovasi dermokosmetik unik," kata Jorge Mesquita, Pengerusi Seluruh Dunia, Johnson & Johnson Consumer. "Kami berasa amat gembira dapat menyelesaikan urus niaga penting ini dan berharap dapat membawakan produk-produk penjagaan kulit berasaskan sains yang berkesan kepada pengguna kesihatan dan kecantikan kami di serata dunia."

Sebarang kesan EPS daripada urus niaga ini akan disertakan dalam panduan 2019 yang disediakan oleh panggilan perolehan Suku Keempat 2018 Johnson & Johnson.

Latar Belakang Johnson & Johnson
Di Johnson & Johnson, kami percaya kesihatan yang baik menjadi asas kepada kehidupan yang berkualiti, masyarakat yang sejahtera dan kemajuan. Atas sebab inilah, selama lebih 130 tahun, kami menyasarkan untuk menjaga kesihatan orang ramai dengan baik pada setiap peringkat usia dan setiap tahap kehidupan. Hari ini, sebagai syarikat penjagaan kesihatan terbesar dan paling pelbagai di dunia, kami komited untuk memanfaatkan jangkauan dan keluasan syarikat kami demi kebaikan. Kami berusaha untuk meningkatkan akses dan kebolehmampuan, mewujudkan masyarakat yang lebih sihat dan menjadikan minda, tubuh badan dan persekitaran yang baik dapat dicapai oleh semua orang, di mana-mana jua. Kami menyatukan hati, sains dan kebijaksanaan kami untuk membuat perubahan besar kepada trajektori kesihatan manusia.

NOTA BERHUBUNG KENYATAAN-KENYATAAN JANGKAAN
Siaran akhbar ini mengandungi "kenyataan jangkaan" seperti yang ditakrifkan dalam Akta Reformasi Litigasi Sekuriti Persendirian 1995 berkaitan transaksi berpotensi antara Johnson & Johnson dan Syarikat. Pembaca diingatkan agar tidak bergantung pada kenyataan-kenyataan jangkaan ini. Kenyataan-kenyataan ini adalah berdasarkan jangkaan semasa terhadap peristiwa masa depan. Sekiranya andaian asas terbukti tidak tepat atau risiko atau ketidaktentuan yang diketahui atau tidak diketahui wujud, keputusan sebenar mungkin berbeza dengan ketara berbanding jangkaan dan unjuran terhadap Johnson & Johnson dan Syarikat. Risiko dan ketidaktentuan termasuk, tetapi tidak terhad kepada: pemenuhan syarat-syarat penutupan untuk urus niaga berkenaan, termasuk penerimaan kelulusan kawal selia untuk urus niaga tersebut; tender bagi jumlah yang diperlukan untuk saham diterbitkan Syarikat; kemungkinan bahawa urus niaga tersebut tidak akan selesai dalam jangka masa yang dijangkakan, atau tidak diselesaikan sama sekali; potensi bahawa faedah atau peluang yang dijangkakan daripada urus niaga tersebut, sekiranya selesai, mungkin tidak dapat direalisasikan, atau memakan masa lebih lama untuk direalisasikan berbanding yang dijangkakan; ketidakpastian kejayaan komersial untuk produk baharu dan sedia ada; kesukaran dan kelewatan pembuatan; keadaan ekonomi, termasuk tukaran mata wang dan turun naik kadar faedah; persaingan, termasuk kemajuan teknologi, produk dan paten baharu yang diperoleh daripada pesaing; perubahan kepada undang-undang dan peraturan yang berkenaan, termasuk undang-undang cukai dan reformasi penjagaan kesihatan tempatan dan asing; litigasi atau tindakan kerajaan yang memberikan kesan negatif; perubahan dalam tingkah laku dan pola perbelanjaan atau masalah kewangan pembeli produk dan perkhidmatan penjagaan kesihatan; dan trend ke arah pembendungan kos penjagaan kesihatan. Di samping itu, sekiranya dan apabila urus niaga selesai, terdapat risiko dan ketidaktentuan berkaitan dengan kemampuan Johnson & Johnson Family of Companies untuk menyepadukan produk, kakitangan dan operasi Syarikat dengan jayanya, selain kemampuan untuk memastikan prestasi berterusan atau pertumbuhan pasaran bagi produk Syarikat. Senarai dan perihalan lanjut risiko-risiko ini, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain boleh ditemui dalam fail yang disediakan kepada umum daripada Johnson & Johnson bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Salinan fail-fail ini disediakan dalam talian di www.sec.govwww.jnj.com atau atas permintaan daripada Johnson & Johnson. Johnson & Johnson tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini mana-mana kenyataan jangkaan yang disebabkan oleh maklumat baharu atau peristiwa atau perkembangan masa depan.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/403394/Johnson_and_Johnson_Logo.jpg

Source: Johnson & Johnson
Related Stocks:
NYSE:JNJ Tokyo:4924
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Acquisitions, mergers, takeovers