omniture

Sound Celebration @ Ocean Terminal Deck, Harbour City

Terajui Masa Depan Kesejahteraan Berasaskan Pengalaman yang Berakar Umbi dalam Ketulenan dan Alam Sekitar
Harbour City
2019-01-21 09:45 1270

HONG KONG, 21 Januari 2019  /PRNewswire/ -- Menjadi peneraju yang menetap trend untuk kerancakan global bagi kesejahteraan dan keprihatinan, Harbour City meraikan permulaan baharu tahun 2019 dengan pengalaman Sound Celebration unggul yang menampilkan koleksi gong meditasi terbesar Asia dan pemandangan berpanorama latar langit ikonik Hong Kong di Ocean Terminal Deck.

Sound Celebration @ Ocean Terminal Deck, Harbour City features Asia’s biggest meditation gong collection over a panoramic view of Hong Kong’s iconic skyline.
Sound Celebration @ Ocean Terminal Deck, Harbour City features Asia’s biggest meditation gong collection over a panoramic view of Hong Kong’s iconic skyline.

Kesejahteraan ialah salah satu segmen pasaran yang paling pesat berkembang di dunia. Anggaran terkini daripada The Global Wellness Institute meletakkan nilai pasaran kesejahteraan pada US$4.2 trilion yang amat tinggi, telahpun berkembang 12.8% sejak dua tahun lalu. Industri ini kini mewakili 3.5% daripada output ekonomi global. Di Asia, kesejahteraan dihargai khususnya sebagai lambang status dalam kalangan pengguna moden. Di China, salah satu pasaran yang paling mementingkan kesihatan di dunia, segmen kesihatan dan kesejahteraan diunjurkan mencecah US$70 bilion menjelang tahun 2020, menurut Boston Consulting Group.

Dengan kesihatan holistik muncul sebagai keutamaan pengguna, Harbour City menyusun pengalaman yang unik bersama pasukan pengamal bunyi yang amat disegani dari Hong Kong dan luar negara, menggabungkan bunyi gong dan alatan suci lain dengan muzik talaan kosmik serta irama semula jadi ombak di pelabuhan tersebut. Berakar umbi daripada ketulenan bunyi dan hubungannya dengan alam semula jadi, pengalaman tersebut menjadi inisiatif baharu untuk membawakan pelbagai pengalaman yang positif, menyeronokkan dan luar biasa kepada pusat beli belah yang terbesar di Hong Kong.

Sound Celebration turut mengadakan pameran awam pertama untuk koleksi gong meditasi terbesar di Asia, dengan sejumlah 28 gong talaan kosmik yang dapat menghasilkan medan resonans getaran yang melengkapi tubuh manusia dengan alam semula jadi dan alam semesta, disokong oleh Red Doors Studios, sebuah studio butik berpangkalan di Hong Kong yang diiktiraf secara meluas sebagai pusat latihan gong dan kajian amalan bunyi.

(Left to right) Martha Collard, Founder & Catalyst for Emotional Wellbeing of Red Doors Studio; Jens Zygar and Alix Decker, rhythm and sound musicians from Germany.
(Left to right) Martha Collard, Founder & Catalyst for Emotional Wellbeing of Red Doors Studio; Jens Zygar and Alix Decker, rhythm and sound musicians from Germany.

Martha Collard, Pengasas dan Pemangkin untuk Kesejahteraan Emosi Red Door Studios, memimpin pengalaman Sound Celebration, bersama-sama ahli-ahli muzik irama dan bunyi yang terkenal di dunia, Jens Zygar dan Alix Decker yang datang jauh dari Jerman.

Berhubung dengan Alam Semula Jadi menerusi Pengalaman Asli

Ocean Terminal Deck ialah tambahan terkini kepada banyak tarikan di Harbour City dan menjadi konsep unik serta ruang yang amat versatil untuk kesejahteraan berasaskan pengalaman yang letaknya betul-betul di tengah-tengah pusat bandar. Dengan pemandangan berpanorama 270 darjah Pelabuhan Victoria, ruang ini menyediakan akses tanpa halangan untuk semua orang bertenang, bernafas dan berhubung dengan alam semula jadi.

Persekitaran dek yang indah bukan sekadar menarik perhatian untuk golongan Milenia yang mendorong usaha ke arah kesejahteraan yang semakin berkembang, tetapi turut menjadi lokasi ideal untuk menikmati pengalaman Sound Celebration. Gong merupakan antara alatan suci yang paling hebat dan getaran gong diperkuatkan lagi dalam ruang terbuka yang dihubungkan kepada langit dan perairan terbuka.

Martha Collard kata, "Gong bersifat sejagat untuk semua orang. Bunyi dan iramanya menghubungkan kita dengan langit dan bumi. Ketenangan yang diinspirasikan oleh gong membawakan resonans global untuk dunia yang aman tatkala kita meraikan permulaan Tahun Baharu."

Jens Zygar, yang berkongsi pentas bersama Collard dan mengurus pengeluaran gong buatan tangan ini selama lebih 30 tahun, berkata: "Saya mendapat inspirasi daripada sains frekuensi alam semula yang mana muzik dapat meningkatkan kualiti kehidupan dan mengilhamkan kecekapan yang diperlukan, dan dalam banyak cara dapat membawa perubahan kepada kehidupan peribadi seseorang."

Eksklusif untuk Harbour City, Collard turut mencipta labirin di Ocean Terminal Deck yang membolehkan para pengunjung Sound Celebration berjalan di sepanjang laluan berlitar tunggal yang berliku ke bahagian tengah untuk mengalami detik ketenangan dan kedamaian. Berbeza dengan liku selirat, labirin ialah laluan tunggal tanpa jalan mati. Ini membolehkan minda untuk bertenang dan fokus pada perjalanan dan bukannya destinasi.

Latar Belakang Pelaku 

Martha Collard, Pengasas & Pemangkin untuk Kesejahteraan Emosi, Red Doors Studio

Martha telah menetap di Asia selama lebih 30 tahun dan sebagai pengasas studio butik ketenangan, beliau merealisasikan minat beliau untuk membantu orang lain dengan menawarkan peluang-peluang untuk bertenang, berhubung dan berasa segar menggunakan amalan-amalan purba yang amat relevan dengan gaya hidup yang sibuk masa kini. Red Doors menyediakan platform untuk berkongsi bunyi gong meditasi, meditasi berjalan di labirin dan yoga kundalini, meningkatkan tenaga dan mengubah gaya pemikiran demi membawa perubahan dalam masyarakat.

Sebelum menubuhkan Red Doors, Martha terlibat dalam bidang perundingan dan tugasan terakhir beliau adalah bersama Lane Crawford Joyce Group sebagai Naib Presiden Group Organizational Wellness yang mana beliau membangunkan platform kesejahteraan holistik untuk 5,400 kakitangan dalam empat buah syarikat di Rantau Besar China.

Jens Zygar

Jens ialah seorang ahli muzik irama dan bunyi yang mengkhusus dalam penyembuhan dan pemahaman holistik tentang muzik bunyi kontemporari. Jens pernah mengurus pengeluaran gong simfoni ditala planet oleh pengeluar Jerman PAISTE selama lebih 30 tahun, diilhamkan oleh kesan-kesan penyembuhan daripada frekuensi alam semula jadi.

Sejak 25 tahun lalu, Jens telah menjelajah ke seluruh dunia untuk bermain muzik mengasyikkan talaan kosmik, melancarkan 12 album dan terkenal sebagai perintis muzik yang menggabungkan akustik dengan bunyi elektronik. Beliau telah mempersembahkan aksi mengasyikkan terkini beliau secara langsung, dikenali sebagai Cosmic Vibration bersama kumpulan beliau di festival-festival muzik dan acara-acara holistik di seluruh Eropah dan seluruh dunia.

Tonton video di:   https://youtu.be/soTlyYaIBxU 

Muat turun foto di:  https://www.dropbox.com/sh/ivonqo6j3pkm65t/AAD5Ep-08QkwKdtoiTPJPaf4a?dl=0

Talian Penting Pelanggan Harbour City: (852) 2118 8666
Laman Sesawang: www.harbourcity.com.hk

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190117/2349982-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190117/2349982-1-b
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20140721/8521404095LOGO

 

Source: Harbour City
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Health Care/Hospital Music Retail Travel