omniture

Global Talent Competitiveness Index 2019: Pupuk Bakat Keusahawanan Dikenalpasti sebagai Penting bagi Daya Saing Negara dan Bandar

Global Talent Competitiveness Index (GTCI)
2019-01-21 22:20 1257

DAVOS, Switzerland, 21 Januari 2019 /PRNewswire/ --

  • Bakat keusahawanan jadi pembeza penting dalam daya saing bakat relatif
  • Bakat masih tertarik kepada ekonomi berpendapatan tinggi yang kecil dan Amerika Syarikat
  • Washington, DC merupakan yang utama dalam kedudukan bandar-bandar
  • Analisis lima tahun tunjuk jurang bakat semakin besar antara ekonomi yang tidak setara

Laporan Global Competitiveness Index 2019 (GTCI) mendedahkan bahawa Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat terus memimpin dunia dalam daya saing bakat, sementara negara-negara di Asia, Amerika Latin dan Afrika menyaksikan kemerosotan berterusan kelompok bakat mereka. Laporan itu mengesahkan bahawa isu-isu bakat menjadi kebimbangan utama bagi firma, negara dan bandar, dengan prestasi bakat dilihat sebagai faktor penting untuk pertumbuhan dan kemakmuran.

Laporan tahun ini memberi tumpuan khusus pada bakat keusahawanan - bagaimana ia digalakkan, dipupuk dan dibangunkan di seluruh dunia dan bagaimana ini mempengaruhi daya saing relatif ekonomi yang berbeza. Pendekatan baharu kini muncul untuk merangsang bakat keusahawanan dan intrapreneur dan pekerja yang bersedia untuk masa depan - sebagai contoh, usaha untuk membangunkan inovasi dari peringkat bawah dan memperkasakan pekerja. Kemajuan sebegini berlaku di bandar-bandar, di mana ekosistem 'Kota pintar' semakin bertindak sebagai magnet bakat. Hasilnya terus menunjukkan:

  • Negara dan bandar yang berkedudukan tertinggi cenderung menjadi paling terbuka kepada bakat keusahawanan;
  • Pendigitalan dan globalisasi semakin meningkatkan peranan bakat keusahawanan.

Laporan itu juga mendedahkan bahawa bandar-bandar dan bukannya negara sedang membangunkan peranan yang lebih besar sebagai hab bakat dan akan menjadi penting dalam membentuk semula bakat dunia. Kepentingan yang semakin meningkat bagi bandar-bandar ini adalah disebabkan oleh kefleksibelan dan keupayaan mereka untuk menyesuaikan diri dengan trend dan corak baharu - sebagai unit ekonomi yang lincah di mana dasar dapat diubah dengan pantas. Oleh itu bandar-bandar lebih menarik untuk bakat, terutama bakat keusahawanan.

Bandar raya dengan kedudukan tertinggi tahun ini ialah Washington, DC, diikuti oleh Copenhagen, Oslo, Vienna dan Zurich. Kedudukan Washington dapat dikaitkan dengan prestasi yang mantap pada empat daripada lima tonggak yang diukur dalam penyelidikan, khususnya tonggak "Menjadi Global", "Menarik", "Berkembang" dan "Mendayakan". Ekonomi yang stabil, penduduk yang dinamik, infrastruktur dan ketersambungan yang cemerlang, tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan Pendidikan bertaraf dunia merupakan semua ciri yang menyumbang kepada bandar menjadi hab bakat.

Pandangan Lebih Jauh

Buat pertama kalinya, GTCI 2019 menyediakan analisis membujur daya saing bakat berdasarkan hasil semua edisi GTCI sejak tahun 2013. Dapatan utama ialah jurang yang memisahkan jaguh-jaguh bakat daripada seluruh komuniti global telah berkembang. Daya saing bakat semakin meningkat dalam kelompok-kelompok negara di mana ia sudah agak tinggi dan menurun di negara-negara yang mana daya saing ini agak rendah.

Bruno Lanvin, Pengarah Eksekutif, Global Indices, INSEAD, dan penyunting bersama laporan itu, berkata: "Dalam kedudukan sepuluh teratas daya saing bakat, hanya dua negara bukan Eropah yang kelihatan: Singapura dan Amerika Syarikat. Ini menunjukkan Eropah kekal sebagai tempat bakat, tetapi juga negara-negara yang mempunyai universiti besar dan sektor pendidikan yang mantap merupakan yang terbaik untuk menarik bakat. Oleh kerana bakat peringkat tinggi juga lebih mudah bergerak di peringkat antarabangsa, tidak ada kelebihan perbandingan yang dapat dilihat sebagai tidak dapat diperbetulkan, dan negara-negara tersebut perlu kekal terbuka dan inovatif untuk mengekalkan kepimpinan mereka. "

Felipe Monteiro, Profesor Bersekutu Strategi INSEAD, Pengarah Akademik, dan penyunting bersama laporan itu, selanjutnya menyatakan: "Keusahawanan nampaknya menjadi bakat yang menentukan kejayaan; semua jenis organisasi harus menarik dan meningkatkan bakat keusahawanan, dalam era di mana ekosistem di seluruh dunia diubah bentuk secara drastik oleh transformasi digital. "

Alain Dehaze, Ketua Pegawai Eksekutif, Adecco Group berkata: "Tatkala dunia kerja berubah dengan pantas, wujudnya kemungkinan jika negara dan bandar tidak mempunyai suasana yang sesuai untuk menarik bakat, individu dan perniagaan akan beralih dan mencari peluang di tempat lain. Hasil laporan GTCI tahun ini merupakan bukti lanjut bagaimana bakat keusahawanan semakin dipandang sebagai salah satu cara untuk berjaya menavigasi dunia dalam aliran perubahan yang berterusan. Memupuknya ialah bahagian penting dalam mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk bakat berkembang dan menyemai benih untuk berjaya pada masa depan."

Vinod Kumar, Ketua Pegawai Eksekutif, Tata Communications menjelaskan: "Konsep keterbukaan adalah penting untuk bakat keusahawanan, dan budaya perniagaan memainkan peranan penting di sini. Perniagaan dan bandar-bandar perlu bekerjasama untuk memupuk budaya intrapreneur dan penetapan minda pembelajaran berterusan mengatasi segala-galanya, kerana faktor manusia adalah kunci kepada kejayaan transformasi digital. Ini akan membantu membuka potensi positif yang dibawa oleh teknologi - terutamanya di dunia di mana manusia dan mesin akan bekerja bergandingan dan pelbagai jenis kolaborasi dan pembentukan idea muncul."

Laporan GTCI 2019 yang diterbitkan hari ini oleh INSEAD, Business School for the World, dengan kerjasama Adecco Group dan Tata Communications, merupakan penanda aras tahunan yang komprehensif mengukur bagaimana negara-negara dan bandar-bandar berkembang, menarik dan mengekalkan bakat, menyediakan sumber yang unik untuk membuat keputusan memahami gambaran daya saing bakat global dan membangunkan strategi untuk meningkatkan daya saing mereka.

Laporan ini mengukur tahap Daya Saing Bakat Global dengan melihat 68 pembolehubah. Indeks 2019 meliputi 125 ekonomi negara dan 114 bandar (masing-masing 119 dan 90 pada 2018) merangkumi semua kumpulan pendapatan dan tahap pembangunan.

20 Kedudukan Tertinggi 2019 - negara 

Dalam edisi keenam ini, Switzerland terus mengetuai indeks Global Talent Competitiveness 2019, manakala Singapura dan Amerika Syarikat masing-masing berada pada kedudukan kedua dan ketiga sama seperti pada 2018. Tiga yang teratas diikuti oleh negara-negara Scandinavia, Norway (ke-4), Denmark (ke-5), Finland (ke-6), dan Sweden (ke-7). Yemen berada di kedudukan akhir indeks tahun ini di kedudukan ke-125, hanya di bawah Congo (ke-124) dan Burundi (ke-123).

Seperti pada tahun-tahun sebelumnya, kedudukan yang lebih tinggi dikaitkan dengan tahap pendapatan yang lebih tinggi. Dasar dan amalan yang membawa daya saing bakat di negara yang lebih maju kurang terdedah kepada perubahan politik dan sosioekonomi. Ekonomi berpendapatan tinggi mempunyai kestabilan untuk melabur dalam pembelajaran sepanjang hayat, memantapkan kemahiran, dan menarik dan mengekalkan bakat global.

KEDUDUKAN KESELURUAH NEGARA

SKOR

1.

Switzerland

81.82

2.

Singapura

77.27

3.

Amerika Syarikat

76.64

4.

Norway

74.67

5.

Denmark

73.85

6.

Finland

73.78

7.

Sweden

73.53

8.

Belanda

73.02

9.

United Kingdom

71.44

10.

Luxembourg

71.18

11.

New Zealand

71.12

12.

Australia

71.08

13.

Iceland

71.03

14.

Jerman

70.72

15.

Kanada

70.43

16.

Ireland

70.15

17.

Belgium

68.48

18.

Austria

68.31

19.

Emiriah Arab Bersatu

65.90

20.

Israel

63.26

10 Kedudukan Teratas 2019 - bandar  

Bandar-bandar terkemuka adalah yang paling baik dalam melaksanakan lima tonggak spektrum bakat. Bandar raya teratas - Washington, DC – mencerminkan semua ini, menjadi bandar teratas dalam tiga daripada lima dimensi. Peranan yang semakin penting bagi bandar sebagai hab bakat keusahawanan juga menggariskan kepentingan membangunkan ekosistem yang mantap dan bertenaga, terutamanya berkaitan inovasi.

KEDUDUKAN KESELURUHAN BANDAR

SKOR

1.

Washington, DC (Amerika Syarikat)

69.2

2.

Copenhagen (Denmark)

68.0

3.

Oslo (Norway)

66.1

4.

Vienna (Austria)

65.7

5.

Zurich (Switzerland)

65.5

6.

Boston (Amerika Syarikat)

65.4

7.

Helsinki (Finland)

65.0

8.

New York(Amerika Syarikat)

64.6

9.

Paris (Perancis)

63.5

10.

Seoul (Republik Korea)

62.7

Untuk maklumat lanjut:
Muat turun laporan
Muat turun Infografik 
Ikuti kami di Twitter #GTCI untuk maklumat terkini 
Sertai pelancaran acara secara langsung di Facebook pada 15:00 CET Isnin 21 Januari 2019: https://www.facebook.com/theadeccogroup/videos/716518675400145/

Untuk maklumat lanjut:
Tata Communications
http://www.tatacommunications.com
@tata_comm
facebook.com/TataCommunications
linkedin.com/company/tata-communication

INSEAD 
http://www.insead.edu
facebook.com/INSEAD/

Adecco Group   
http://www.adeccogroup.com
@AdeccoGroup
facebook.com/theadeccogroup/

Latar Belakang INSEAD, Business School for the World  

Sebagai salah satu sekolah perniagaan sarjana terkemuka dan terbesar di dunia, INSEAD menyatukan manusia, budaya dan idea untuk membangunkan pemimpin yang bertanggungjawab yang mengubah perniagaan dan masyarakat. Perspektif global dan kepelbagaian budaya dicerminkan dalam semua aspek penyelidikan dan pengajarannya.

Dengan kampus-kampus di Eropah (Perancis), Asia (Singapura) dan Timur Tengah (Abu Dhabi), pendidikan dan penyelidikan perniagaan INSEAD merangkumi tiga benua. 154 ahli Fakulti sekolah yang terkenal dari 40 buah negara menginspirasi lebih daripada 1,400 peserta sarjana muda setiap tahun dalam MBA, MBA Eksekutif, Sarjana Eksekutif dalam Kewangan, Sarjana Eksekutif dalam Perubahan dan program PhD. Di samping itu, lebih daripada 11,000 eksekutif menyertai program pendidikan eksekutif INSEAD setiap tahun.

Sebagai tambahan kepada program INSEAD di tiga kampusnya, INSEAD mengambil bahagian dalam perkongsian akademik dengan Wharton School, University of Pennsylvania (Philadelphia & San Francisco); Sekolah Pengurusan Kellogg di Northwestern University berhampiran Chicago; Johns Hopkins University / SAIS di Washington DC dan Kolej Perguruan di Columbia University di New York; dan Sekolah Pengurusan MIT Sloan di Cambridge, Massachusetts. Di Asia, INSEAD berkolaborasi dengan Sekolah Ekonomi dan Pengurusan di Tsinghua University di Beijing, dan China Europe International Business School (CEIBS) di Shanghai. INSEAD ialah ahli pengasas di Sorbonne University berbilang disiplin yang diwujudkan pada tahun 2012, dan juga rakan kongsi dengan Fundação Dom Cabral di Brazil.

INSEAD menjadi perintis pendidikan perniagaan antarabangsa dengan pengijazahan kelas MBA pertama di kampus Fontainebleau di Eropah pada tahun 1960. Pada tahun 2000, INSEAD membuka kampus Asia di Singapura. Pada tahun 2007, sekolah itu telah merasmikan Pusat Pengajian Pendidikan dan Eksekutif di Emiriah Arab Bersatu dan secara rasmi membuka Kampus Timur Tengah di Abu Dhabi pada tahun 2010.

Di seluruh dunia dan selama beberapa dekad, INSEAD terus menjalankan penyelidikan yang canggih dan berinovasi dalam semua programnya untuk memberikan pemimpin perniagaan dengan pengetahuan dan kepekaan untuk beroperasi di mana-mana sahaja. Nilai-nilai teras ini telah membolehkan INSEAD menjadi "Sekolah Perniagaan untuk Dunia" yang sebenarnya.

http://www.insead.edu

Latar Belakang Adecco Group  

Adecco Group ialah rakan kongsi penyelesaian HR terkemuka di dunia. Kami menyediakan lebih 700,000 orang dengan pekerjaan tetap dan fleksibel setiap hari. Dengan lebih daripada 34,000 pekerja di 60 negara, kami mengubah dunia pekerjaan satu persatu. Rakan-rakan kami berkhidmat dengan lebih 100,000 organisasi dengan bakat, perkhidmatan HR dan teknologi canggih yang mereka perlukan untuk berjaya dalam ekonomi global yang sentiasa berubah. Sebagai syarikat Fortune Global 500, kami memimpin melalui teladan, mewujudkan nilai bersama yang memenuhi keperluan sosial tatkala memacu inovasi perniagaan. Budaya keterangkuman, keadilan dan kerja berpasukan kami memperkasakan individu dan organisasi, memangkinkan ekonomi, dan membina masyarakat yang lebih baik. Nilai-nilai ini diikuti oleh pekerja kami, yang mengundi kami nombor 5 di senarai Great Work to Work®-World's Best Workplaces 2018. Kami menjayakan masa depan untuk semua orang. Adecco Group berpangkalan di Zurich, Switzerland. Adecco Group AG didaftarkan di Switzerland (ISIN: CH0012138605) dan disenaraikan di ENIX Swiss Exchange (ADEN). Kumpulan ini dikuasai dengan sembilan jenama global: Adecco, Adia, Modis, Badenoch & Clark, General Assembly, Lee Hecht Harrison, Pontoon, Spring Professional dan YOSS.

http://www.adeccogroup.com 

Latar Belakang Tata Communications 

Tata Communications ialah penyedia prasarana digital global terkemuka yang mendayakan ekonomi digital yang semakin pesat hari ini.

Pelanggan syarikat mewakili 300 Fortune 500 yang perjalanan transformasi digitalnya diaktifkan oleh portofolio perkhidmatan bersepadu yang dikendalikan secara global yang memberikan pengalaman pelanggan tempatan. Melalui rangkaian, awan, mobiliti, Internet Komunikasi Benda (IoT), kerjasama dan perkhidmatan keselamatan, Tata Communications membawakan sekitar 30% daripada laluan internet dunia dan menghubungkan perniagaan kepada 60% daripada gergasi awan dunia dan 4 daripada 5 pelanggan mudah alih.

Keupayaan syarikat disokong oleh rangkaian globalnya. Ia merupakan tulang belakang serat dalam laut terbesar di dunia dan rangkaian IP Tahap-1 dengan sambungan ke lebih daripada 240 buah negara dan wilayah.

Tata Communications Limited disenaraikan di Bursa Saham Bombay dan Bursa Saham Kebangsaan India dan kini berada di lebih daripada 200 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.

http://www.tatacommunications.com 

Source: Global Talent Competitiveness Index (GTCI)
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources