omniture

QNB Jenama Perbankan Paling Bernilai di Timur Tengah dan Afrika Dengan US $5.04bn

QNB Group
2019-01-25 11:10 2910

DOHA, Qatar, 25 Januari 2019 /PRNewswire/ --

QNB Group, institusi kewangan terbesar di Timur Tengah dan Afrika (MEA), sekali lagi diiktiraf sebagai jenama perbankan yang paling bernilai di MEA dengan nilai jenama US $5.04 bilion, menurut laporan tahunan yang disediakan oleh Brand Finance dan diterbitkan oleh majalah The Banker.

generated by system

Nilai jenama QNB meningkat kepada US $5.04 bilion berbanding US $4.2 bilion pada tahun 2018, meningkat 19% berbanding tahun sebelumnya, mempertahankan kedudukan ke-61 dalam kalangan 500 jenama perbankan terbaik dunia.

Jenama Syarikat juga terus menjadi pasaran yang dominan di MEA sewaktu purata nilai jenama serantau meningkat sebanyak 9%.

Syarikat mengesahkan semula penarafan kekukuhan jenama AA+ miliknya menerusi pandangan yang positif, justeru menjadikannya jenama perbankan dengan penarafan tertinggi di Qatar.

Indeks Kekuatan Jenama (BSI) QNB terus meningkat kepada 79 daripada 100, didorong oleh prestasi kewangan kukuhnya dan jejak antarabangsa yang semakin berkembang.

Jenama Syarikat terus memacu pertumbuhan di Asia Tenggara dalam menyokong wawasannya untuk menjadi bank yang terkemuka di Timur Tengah, Afrika dan Asia Tenggara (MEASEA) menjelang tahun 2020.

Selain penglibatan jenamanya, Syarikat memperlihatkan set padu pada akhir tahun 2018 dengan keuntungan bersih mencecah QAR 13.8 bilion (USD 3.8 bilion), meningkat sebanyak 5% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Jumlah aset meningkat sebanyak 6% dan mencecah QAR 862 bilion (USD 237 bilion), nilai tertinggi seumpamanya yang pernah dicapai oleh Syarikat dan merupakan salah satu set keputusan terbaik dalam sejarah QNB Group.

En. Yousef Darwish, Pengurus Besar QNB Group Communications, berkata: "Inisiatif-inisiatif strategik yang telah diambil oleh kami sepanjang tahun 2018 membolehkan kami mengukuhkan jenama kami dan mengekalkan kedudukan kami sebagai jenama perbankan yang paling bernilai di MEA. Jenama QNB sedang mengalami peningkatan berterusan yang memberi petunjuk jelas terhadap pertumbuhan dan pempelbagaian kami, berserta kesungguhan kami untuk memperoleh bahagian pasaran yang lebih kukuh dalam pasaran serantau dan global."

"QNB menikmati platform jenama memenangi anugerah yang mencerminkan nilai, komitmen dan kecemerlangan kami dalam menyediakan perkhidmatan dan produk perbankan yang cemerlang kepada para pelanggan hasil daripada pendekatan kreatif kami untuk terus membina imej dan nilai jenama kami," tambah Darwish.

"Pencapaian baharu ini merupakan bukti sebenar kepada nisbah modal utama pasaran Syarikat dan jejak antarabangsa yang semakin kukuh, dipacu oleh prestasi kewangan yang mantap ke arah mencapai wawasan 2020 kami yang bermatlamat untuk menjadi bank yang terkemuka di rantau MEASEA," simpul Darwish.

Untuk bahagian ini, David Haigh, Ketua Pegawai Eksekutif Brand Finance, mengulas:

"Pertumbuhan mengagumkan yang diperlihatkan dalam nilai jenama QNB mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama perbankan yang paling bernilai di Timur Tengah dan Afrika. QNB harus dipuji kerana menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan di Qatar, di samping turut membangunkan kehadiran jenama ini dalam pasaran-pasaran pertumbuhan antarabangsa serta mengekalkan beberapa tajaan sukan global berprofil tinggi."

Brand Finance, perunding penilaian perniagaan dan strategi berjenama bebas yang terkemuka di dunia, ialah syarikat di belakang tabir Brand Finance Banking 500, himpunan liga bank-bank terbesar dunia yang diterbitkan setiap tahun dengan kerjasama The Banker, sebuah penerbitan Financial Times.

Setiap jenama dinilai berdasarkan kajian penanda aras melibatkan kekuatan jenama, risiko dan potensi masa depan berbanding pesaing-pesaingnya serta ringkasan ukuran kekuatan dan penyediaan kewangan perniagaan.

Kehadiran QNB Group melalui subsidiari-subsidiarinya serta syarikat-syarikat bersekutu mencakupi lebih 31 negara merentas tiga benua yang menyediakan rangkaian komprehensif produk dan perkhidmatan termaju. Bilangan kakitangan keseluruhan adalah seramai lebih 29,000 orang yang beroperasi melalui lebih 1,100 lokasi, dengan jaringan ATM sebanyak lebih 4,400 mesin.

 

Sumber: QNB Group

Source: QNB Group
Keywords: Banking/Financial Service