omniture

SI Group Lantik Rich Preziotti Pimpin Perniagaan Aditif

SI Group
2019-01-25 21:34 2585

Pelantikan Perkukuh Kedudukan Mantap Aditif, Tingkatkan Integrasi Mundur 

SCHENECTADY, New York, 25 Januari 2019 /PRNewswire/ -- SI Group, pembangun dan pengeluar global yang terkemuka bagi aditif prestasi, penyelesaian proses, farmaseutikal dan perantaraan kimia, hari ini mengumumkan pelantikan Rich Preziotti sebagai Naib Presiden Kanan & Presiden, Aditif. Pelantikan ini adalah susulan daripada penyelesaian pemerolehan SI Group pada 15 Oktober 2018 oleh SK Capital Partners, sebuah firma pelaburan persendirian yang menumpu pada sektor bahan khusus, kimia dan farmaseutikal. Urus niaga tersebut termasuk kombinasi SI Group dengan Addivant, sebuah syarikat portfolio SK Capital sejak tahun 2013 dan merupakan pengeluar global yang terkemuka bagi aditif khusus.

Preziotti membawa pengalaman selama hampir 30 tahun kepada SI Group yang mana baru-baru ini beliau berkhidmat sebagai Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Vertellus, sebuah syarikat kimia khusus global. Sebelum itu, beliau bekerja di Honeywell, yang mana beliau menyandang pelbagai jawatan kepimpinan. Preziotti menamatkan pengajian dari Union College yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam kejuruteraan elektrik. Beliau turut berkelulusan MBA daripada Columbia Business School. "Rich memegang rekod prestasi terbukti menerusi pencapaian yang mengagumkan dalam memimpin perniagaan bertaraf global, projek M&A dan inisiatif pertumbuhan strategik," kata Frank Bozich, Ketua Pegawai Eksekutif SI Group. "Dengan penambahan Rich kepada pasukan kepimpinan eksekutif kami, kami berpeluang untuk merealisasikan potensi kami sebagai kuasa aditif khusus yang bertaraf global."

Turut berlaku dengan perubahan-perubahan ini, John Steitz, mantan Ketua Pegawai Eksekutif SI Group, Aditif, mengumumkan hasrat beliau untuk beralih daripada syarikat. Steitz memainkan peranan penting dalam penyepaduan SI Group dan Addivant semasa proses pemerolehan SK Capital pada tahun 2018. "Komitmen John semasa proses penyepaduan tersebut adalah amat bernilai kepada organisasi kami," kata Frank Bozich, Ketua Pegawai Eksekutif SI Group. "Sumbangan beliau terhadap organisasi kami telah memberi kesan serta berkekalan dan kami ingin mengucapkan selamat maju jaya untuk perancangan masa depan beliau."

Perubahan kepimpinan tambahan termasuk:

  • Paul Tilley bakal menjadi Naib Presiden Kanan & Presiden, Perantaraan Kimia & Resin Perindustrian
  • Philip Ingham bakal menjadi Naib Presiden, Pembangunan Korporat
  • Suresh Kalra bakal menjadi Naib Presiden, Resin Perindustrian & Bahan Khusus

Biografi barisan kepimpinan SI Group boleh didapati http://www.siigroup.com/leadership.asp.

LATAR BELAKANG SI GROUP

SI Group ialah pembangun dan pengeluar aditif prestasi, penyelesaian proses, farmaseutikal dan perantaraan kimia global terkemuka, dengan kedudukan pasaran yang kukuh dalam industri plastik, medan minyak, getah, bahan api & pelincir, bahan farmaseutikal aktif dan resin perindustrian. Penyelesaian SI Group adalah penting untuk kualiti dan prestasi barangan perindustrian dan pengguna yang tidak terhitung banyaknya. Beribu pejabat di Schenectady, New York, SI Group mengendalikan lebih 30 kemudahan pengilangan di lima benua dengan kira-kira $2 bilion dalam jualan tahunan, dan lebih 3,000 pekerja di seluruh dunia. SI Group ialah syarikat portfolio SK Capital Partners. Pada tahun 2018, SI Group menerima anugerah perak ketiga untuk tanggungjawab sosial korporat oleh EcoVadis, dan berada dalam kalangan tujuh peratus teratas daripada lebih 45,000 syarikat di seluruh dunia. SI Group inilah Bahan Dalaman Utama. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.siigroup.com.

Hubungan Media:         
Tara Morgan
SI Group, Inc.
+ 1 518-347-4194
tara.morgan@siigroup.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/95496/si_group__inc__logo.jpg  

Source: SI Group
Related Links:
Keywords: Chemical Health Care/Hospital Personnel announcements