omniture

SP eCommerce bakal Bentang di Persidangan Future Commerce Indonesia

SP eCommerce
2019-01-28 09:00 1415

Pakar EDagang dan Logistik, Jon Post akan bincang strategi tingkatkan Logistik Omnisaluran untuk Peruncitan 

SINGAPURA, 28 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Singapore Post (SP) eCommerce, penyedia utama bagi penyelesaian eDagang hujung-ke-hujung bertaraf global, akan membentangkan tentang "Amalan Terbaik Logistik Omnisaluran" di Future Commerce Indonesia. Jon Post dari SP eCommerce, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan di SP eCommerce, akan mewakili SingPost di persidangan acara ini pada 29 Januari 2019. Pameran dan persidangan selama dua hari itu akan diadakan pada 29 hingga 30 Januari 2019 di Shangri La Hotel, Jakarta, Indonesia.

"Omnisaluran menuntut pengalaman beli belah yang tekal merentas saluran dan peranti berbeza. Banyak yang telah dibentangkan tentang keperluan omnisaluran dari segi pengalaman pelanggan bahagian depan," kata Jon Post. "Walau bagaimanapun, logistik omnisaluran bahagian belakang merupakan kunci utama kepada pengalaman pelanggan yang lancar dan positif - tanpa mengira di mana dan bagaimana mereka berinteraksi dengan jenama anda."

Jon ialah penceramah jemputan bagi kursus Logistics Masterclass dalam persidangan tersebut yang bertujuan untuk meninjau trend-trend terkini yang memberi kesan kepada landskap logistik dan peruncitan. Logistic omnisaluran membolehkan perniagaan-perniagaan memenuhi keperluan pengguna moden dengan menyegerakkan fungsi-fungsi logistik, inventori dan pengedaran bagi memastikan penurunan kos, penyerahan lebih pantas dan pengalaman pelanggan yang lebih baik.

Dahulunya dikenali sebagai InternetRetailing Expo Indonesia, edisi keempat Future Commerce Indonesia membawakan jenama-jenama terkenal, para peruncit dan pengusaha-pengusaha teknologi yang membentuk masa depan perdagangan dan mencari trend terkini untuk terus mendepani ekonomi digital Indonesia yang pantas berkembang. Acara tahun ini akan membawakan lebih 300 penceramah dan lebih 200 pempamer dan dianggarkan bakal menarik 5000 hadirin.

SP eCommerce, divisyen eDagang Singapore Post, menyediakan penyelesaian inovatif bagi membolehkan jenama-jenama dan para peruncit melancarkan dan meluaskan operasi eDagang mereka pada skala global. Bermula dengan reka bentuk kedai web, pemasaran digital, pengurusan pasaran dan penyelesaian rentas sempadan, kepada perisian pengurusan pesanan omnisaluran serta penyelesaian pemenuhan fleksibel – penyelesaian perniagaan kami direka untuk berfungsi secara individu atau secara kolektif bagi mencapai matlamat khusus pelanggan. SP eCommerce mempunyai pengalaman global yang mantap dalam menyediakan penyelesaian bertaraf dunia kepada syarikat-syarikat dalam industri pakaian, barangan pengguna, kesihatan dan kecantikan serta makanan dan minuman.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang keupayaan eDagang global hujung-ke-hujung mereka, layari www.specommerce.com.

Latar Belakang SP eCommerce
Divisyen eDagang Kumpulan Syarikat Singapore Post mendayakan jenama-jenama global dan organisasi-organisasi serantau untuk mengembangkan perniagaan dalam talian mereka dan mengukuhkan operasi logistik mereka di Asia Pasifik.

Disokong oleh teknologi eDagang canggih, keupayaan pengedaran lancar dan jaringan penunaian dan logistk yang luas, kami menawarkan penyelesaian hujung-ke-hujung, membolehkan pelanggan kami memperkenalkan operasi eDagang yang boleh diskala dan cekap.

Latar Belakang Singapore Post Limited
Selama lebih 160 tahun, Singapore Post (SingPost) selaku penyedia perkhidmatan pos negara telah menyediakan perkhidmatan yang dipercayai dan andal kepada kediaman dan perniagaan di Singapura. Hari ini, SingPost merintis dan menerajui logistik eDagang selain menyediakan penyelesaian mel dan logistik yang inovatif di Singapura serta seluruh dunia, menerusi operasi dalam 19 pasaran.


Memanfaatkan komunikasi dipercayainya melalui perkhidmatan pos domestik dan antarabangsa, SingPost menjadi peneraju dalam penyelesaian mel bersepadu dan digital hujung-ke-hujung. Suit penyelesaian logistik eDagang SingPost termasuk pengurusan web bahagian depan, pergudangan dan pemenuhan, penyerahan destinasi akhir dan penghantaran barang antarabangsa.

Hubungan Media 

Jagged Peak
Kristine Champion
Pengarah Pemasaran
+1 813-637-6900
kchampion@jaggedpeak.com 

Singapore Post eCommerce
Chiu Ling Pok
Pengurus Pemasaran
+65 6845 6706
chiuling@singpost.com 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/813650/SP_eCommerce_Logo.jpg

Source: SP eCommerce
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Retail Trade show news Future Events