omniture

Chazey Partners dan AntWorks Jalin Kerjasama Dayakan Pengautomatan Pintar Boleh Diskala, Seluruh-Perusahaan, Hujung-ke-Hujung untuk Pelanggan Seluruh Dunia

AntWorks
2019-01-28 16:55 1101

SINGAPURA dan PALO ALTO, California, 28 Januari 2019 /PRNewswire/ --

Chazey Partners, sebuah firma perunding pengurusan global, berbesar hati mengumumkan perkongsian baharu dengan AntWorks, penyedia penyelesaian Pengautomatan Pintar bersepadu sepenuhnya, dikuasakan oleh sains fraktal. Perkongsian baharu ini memperlihatkan pandangan selari kedua-dua organisasi ini bahawa penyelesaian pengautomatan pintar paling baik direka untuk mengubah seluruh proses hujung-ke-hujung dan memberikan kebolehskalaan seluruh perusahaan kepada pelanggan, dan bukannya semata-mata menumpu pada aktiviti-aktiviti berasingan.

Chazey Partners memeterai perkongsian dengan AntWorks, penyedia penyelesaian kecerdasan buatan dan pengautomatan pintar bersepadu bagi menunaikan janji pengautomatan pintar seluruh perusahaan dan boleh diskala, digabungkan dengan peningkatan ketepatan pengingesan data serta kurang/tanpa keperluan pengekodan.

Melalui perkongsian ini, Chazey Partners dan AntWorks dapat terus memacu nilai untuk pelanggan-pelanggan di Amerika Utara dan seluruh Dunia menggunakan susunan penuh AntWorks, penyelesaian Pengautomatan Pintar bersepadu, direka bagi meningkatkan kebolehan untuk meluaskan keputusan dalam seluruh perusahaan dengan kos yang rendah, kelajuan yang meningkat dan ketepatan yang lebih baik. Dibandingkan dengan alatan RPA tradisional (kini semakin menjadi tempat rujukan dalam industri sebagaimana teknologi Gen 1.0), penyelesaian Gen 2.0 AntWorks menggabungkan suit teknologi AI, termasuk visi mesin, pembelajaran mesin, pembelajaran mendalam dan pemodelan bahasa tabii (NLM), pemprosesan bahasa tabii (NLP) serta penjanaan bahasa tabii (NLG).

Pendekatan bersepadu kepada pengautomatan pintar ini turut memanfaatkan Pembacaan Mesin Kognitif bagi membolehkan data diingeskan dalam sebarang bentuk (termasuk berstruktur, separa berstruktur, tidak berstruktur, tersimpul dan imej) yang meningkatkan kualiti dan ketepatan data yang digunakan pada permulaan proses pengautomatan dengan ketara.

"Di Chazey Partners, kami berasa gembira dengan perkongsian baharu ini. AntWorks ialah peneraju dalam Pengautomatan Pintar, Kecerdasan Buatan dan Pembelajaran Mesin, ruang, yang berkembang pesat dan menawarkan manfaat-manfaat penting kepada perniagaan-perniagaan di mana-mana jua," ujar Phil Searle, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Chazey Partners. "Kami teruja untuk memanfaatkan teknologi AntWorks sebagai sebahagian daripada set alatan penyelesaian kami untuk terus menambah baik dan meningkatkan pengautomatan proses hujung-ke-hujung untuk pelanggan kami, memberikan keuntungan dramatik serta membolehkan proses membuat keputusan yang lebih baik, lebih intuitif dan lebih pantas."

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama AntWorks, Asheesh Mehra, mengulas, "Falsafah kami di AntWorks adalah sentiasa untuk mendekati pendekatan dari perspektif pemilik proses. Kami benar-benar yakin platform bersepadu kami menawarkan perusahaan dengan penyelesaian yang benar-benar unik untuk mengautomasikan proses perniagaan hujung-ke-hujung. Kami berbesar hati kerana Chazey Partners, yang terkenal dengan kepakaran berasaskan pengamal mereka dalam penyerahan perkhidmatan perniagaan serta penambahbaikan proses berterusan, memilih untuk bekerjasama dengan AntWorks bagi memastikan kami dapat mengubah perjalanan digital pelanggan kami dengan lancar bersama-sama."

Latar Belakang Chazey Partners

Chazey Partners ialah firma perunding pengurusan global yang diterajui pengamal, menyokong Perkhidmatan Terkongsi, Transformasi Perniagaan dan Pengautomatan Pintar. Kaedah Pengautomatan Chazey Partners dapat menyokong semua fasa transformasi pengautomatan anda bagi memastikan strategi dan program yang sesuai untuk memberi faedah serta pulangan pelaburan yang ketara dan berkekalan.

Kami berbangga kerana dapat membantu syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi daripada sektor awam mencapai kecemerlangan operasi dalam penyediaan perkhidmatan perniagaan bermisi kritikal; termasuk Kewangan, Sumber Manusia, IT, Perolehan, Pengurusan Kemudahan, Meja Bantuan Pelanggan dan banyak perkhidmatan sokongan yang lain. Selama lebih 14 tahun, Chazey Partners membantu pelanggan-pelanggan kami melaksanakan penyelesaian penyediaan perkhidmatan yang membuahkan hasil di AS & Kanada, Amerika Latin, Eropah, Timur Tengah, Afrika, Oceania dan Asia. Manfaatkan pengalaman kami demi kejayaan anda. Untuk maklumat tambahan sila kunjungi kami di http://www.chazeypartners.com .

Latar Belakang AntWorks

AntWorks[TM] ialah sebuah syarikat kecerdasan buatan (AI) dan pengautomatan pintar bertaraf global; mencipta kemungkinan baharu dengan data melalui pendigitan, pengautomatan dan kecerdasan perusahaan. Sebagai satu-satunya platform di Dunia yang memahami setiap jenis data, ANTstein™ mendigitkan setiap maklumat untuk pelbagai industri. Dengan mencipta bot seakan manusia dalam persekitaran rendah-kod / tanpa-kod, ANTstein™ menginovasi cara-cara baharu untuk mengautomasikan proses-proses rumit. Penyelesaian daripada AntWorks dapat memperkasa perusahaan dengan pandangan tepat melalui susunan teknologi yang bersepadu dan pintar yang dapat mengautomasi dan belajar sendiri. Dengan kata mudah, ia dapat mempercepatkan pembaharuan, dengan tekal. ANTstein™ juga merupakan Platform Pengautomatan Pintar Perusahaan pertama dan tunggal yang dikuasakan oleh prinsip-prinsip sains fraktal dan pengecaman pola.

Source: AntWorks
Keywords: Internet Technology Licensing/marketing agreements