omniture

ADNOC Tandatangani Perjanjian Perkongsian Strategik Penting dengan Eni dan OMV untuk Penapisan dan Perdagangan

ADNOC
2019-01-28 23:31 1141

ABU DHABI, UAE, 28 Januari 2019 /PRNewswire/ --

Susulan proses pemilihan yang amat kompetitf, Eni dianugerahi 20% saham dalam ADNOC Refining, manakala OMV dianugerahi 15% saham 

Menerusi satu langkah inovatif, ADNOC, Eni dan OMV bakal wujudkan usaha sama perdagangan baharu, percepat pembangunan keupayaan perdagangan ADNOC  

Kepakaran dan pengalaman operasi luas Eni dan OMV akan sokong ADNOC percepat pelaksanaan strategi hilirannya  

Perkongsian manfaatkan hubungan sedia ada ADNOC dengan Eni dan OMV, disokong oleh aspirasi pertumbuhan jangka panjang yang sama untuk ADNOC Refining dan usaha sama perdagangan

Hari ini, Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) menandatangani dua perkongsian ekuiti strategik baharu bersama Eni dan OMV membabitkan ADNOC Refining serta satu usaha sama perdagangan baharu yang akan dimeterai bersama-sama oleh ketiga-tiga rakan kongsi berkenaan. Penandatanganan perjanjian ini disaksikan oleh Yang Amat Mulia Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata UAE, Tuan Yang Terutama Giuseppe Conte, Perdana Menteri Itali dan Tuan Yang Terutama Hartwig Löger, Menteri Kewangan Persekutuan Austria. Perjanjian ini ditandatangani oleh Tuan Yang Terutama Dr. Sultan Ahmed Al Jaber, Menteri Negara UAE dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ADNOC, Claudio Descalzi, Ketua Pegawai Eksekutif Eni dan Dr. Rainer Seele, Pengerusi Lembaga Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif OMV.

generated by system

Dalam salah satu urus niaga loji penapis yang terbesar seumpamanya, Eni dan OMV masing-masing akan memperoleh 20% dan 15% saham dalam ADNOC Refining, dengan ADNOC memiliki baki  saham sebanyak 65%. Perjanjian ini menilaikan ADNOC Refining, yang mempunyai jumlah kapasiti penapisan sebanyak 92,000 tong setiap hari dan mengendalikan loji penapis tapak tunggal keempat terbesar di dunia, dengan nilai perusahaan sebanyak $19.3 bilion. Sebagai bahagian lanjut dan syarat perjanjian ini, rakan-rakan kongsi berkenaan akan turut mewujudkan usaha sama perdagangan yang mana Eni dan OMV masing-masing akan memiliki 20% dan 15% saham. Perolehan untuk ADNOC daripada jualan ini dijangka mencecah $5.8 bilion, tertakluk kepada pelarasan penyelesaian. Urus niaga berkenaan memperlihatkan skala, kualiti dan potensi pertumbuhan aset-aset ADNOC Refining, digandingkan dengan kedudukan strategik yang digunakan untuk menyediakan bekalan ke pasaran-pasaran di Afrika, Asia dan Eropah.

Eni dan OMV memegang rekod prestasi yang kukuh dalam memaksimumkan nilai daripada operasi-operasi loji penapis termaju dan rumit serta membawa pengalaman serta kepakaran operasi dan pengurusan projek yang luas kepada perkongsian tersebut.

Nilai selanjutnya akan dihasilkan daripada usaha sama perdagangan global baharu, yang mana setelah diwujudkan, akan menjadi pengeksport antarabangsa produk-produk daripada ADNOC Refining dengan jumlah eksport bersamaan dengan kira-kira 70 peratus daya pemprosesan. Bekalan domestik dalam UAE akan terus diurus oleh ADNOC.

Tuan Yang Terutama Dr. Sultan Ahmed Al Jaber, Menteri Negara UAE dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ADNOC berkata: "Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Eni dan OMV dalam perniagaan penapisan kami serta syarikat dagangan baharu tersebut. Perkongsian ini mengikuti bimbingan bijak kepimpinan kami untuk meneroka dan memacu nilai yang lebih besar dalam seluruh perniagaan kami."

"Perkongsian inovatif ini akan menyokong cita-cita kami untuk menjadi peneraju hiliran antarabangsa dengan kefleksibelan untuk bertindak balas dengan pantas terhadap keperluan dan dinamik pasaran yang berubah. Ia akan membantu mendayakan objektif kami untuk meneroka lebih banyak nilai daripada setiap tong minyak yang kami keluarkan.

"Bekerjasama erat bersama rakan-rakan kongsi, kami akan turut memberi kecekapan selanjutnya dalam seluruh operasi dan meningkatkan prestasi aset serta perniagaan," tambah T.Y.T. Dr. Al Jaber.

Disokong oleh kapasiti penjanaan aliran tunai yang tinggi dalam ADNOC Refining, ketiga-tiga rakan kongsi ini komited terhadap rancangan pertumbuhan yang besar untuk ADNOC Refining dalam jangka masa pendek hingga sederhana. Rakan-rakan kongsi ini turut bersetuju dengan rangka kerja peruntukan modal yang menyeluruh bagi mencapai pertumbuhan yang dibiayai sendiri dengan dasar dividen yang menarik.

Perjanjian baharu yang penting ini memanfaatkan pendekatan ADNOC yang diperluas terhadap perkongsian jangka panjang dan pengurusan portfolio asetnya yang lebih proaktif, selain rekod pencapaian perkongsiannya yang berjaya sepanjang 50 tahun lalu dalam huluan dan hiliran. Perkongsian berkenaan akan menyokong ADNOC tatkala ia berkembang mejadi pengusaha hiliran global yang terkemuka, dengan meluaskan operasi penapisan dan petrokimia di Ruwais serta mendapat bahagian pasaran global hiliran yang lebih besar, sebagaimana yang dinyatakan semasa Forum Pelaburan Hiliran syarikat pada Mei 2018.

Claudio Descalzi, Ketua Pegawai Eksekutif Eni, berkata: "Perjanjian ini menggabungkan perkongsian kukuh kami bersama ADNOC. Dalam tempoh kurang daripada setahun, kami berupaya mencipta hab perniagaan dengan operasi huluan bertaraf dunia serta kapasiti bahan dan loji penapis yang cekap dengan pertumbuhan berpotensi selanjutnya.

"Urus niaga ini, yang membolehkan kami menembusi sektor hiliran Emiriah Arab Bersatu dan memperlihatkan peningkatan 35% dalam kapasiti penapisan global Eni, adalah sejajar dengan strategi yang diumumkan oleh kami untuk menjadikan kemseluruhan portfolio Eni lebih pelbagai dari segi geografi, lebih seimbang sepanjang rantaian nilai, lebih cekap dan lebih berdaya tahan untuk menghadapi turun naik dalam pasaran."

Sentimen ini turut disuarakan oleh Dr. Rainer Seele, Pengerusi Lembaga Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif OMV, yang berkata: "Saya berasa sukacita untuk terus memanfaatkan perkongsian strategik kami dengan ADNOC dan Abu Dhabi. Dengan pemerolehan saham dalam ADNOC Refining serta pewujudan usaha sama perdagangan global, OMV mengukuhkan kedudukan bersepadunya yang mantap di Abu Dhabi sepanjang rantaian nilai minyak, mencakupi pengeluaran huluan kepada penapisan & perdagangan serta petrokimia. Kami yakin bahawa kepakaran penapisan operasi dan pengalaman perdagangan luas kami akan menyumbang kepada penciptaan nilai yang mampan dan pertumbuhan yang menguntungkan."

Di bawah syarat-syarat perjanjian ini, usaha sama perdagangan ADNOC, Eni dan OMV akan diperbadankan di Abu Dhabi Global Markets. Perdagangan fizikal dan derivatif berkemungkinan akan bermula seawal tahun 2020 apabila semua proses, prosedur dan sistem yang diperlukan tersedia. Eni dan OMV akan menyediakan ADNOC dengan kepakaran, pengalaman operasi dan sokongan bagi mempercepatkan pembangunan usaha sama perdagangan, membolehkan ADNOC dan rakan-rakan kongsinya mengoptimumkan sistem mereka dan mengurus aliran produk antarabangsa mereka dengan lebih baik.

Sebaik sahaja beroperasi, usaha sama perdagangan tersebut akan membantu membimbing proses membuat keputusan berkaitan aktiviti dan operasi ADNOC Refining demi memastikan ADNOC mendapat nilai terbaik daripada aktiviti penapisan dan perdagangannya. Objektif yang dinyatakan untuk usaha sama perdagangan tersebut adalah untuk meluaskan kehadiran globalnya dari masa ke masa.

Perkongsian ini, yang diumumkan hari ini, mengukuhkan peningkatan kepentingan kompleks Ruwais ADNOC yang terletak di wilayah Al Dhafra Abu Dhabi, dalam rantaian bekalan penapisan dan petrokimia global serta menonjolkan daya tarikan UAE sebagai destinasi pelaburan dan perindustrian yang stabil dan juga andal.

Potensi pertumbuhan unik Ruwais adalah hasil daripada lokasi strategiknya yang menarik serta skala dan komposisi pemprosesan gas, penapisan, kimia, baja dan kemudahan gas perindustrian, disokong oleh pelabuhan dan infrastruktur logistik yang cekap dan bertaraf dunia.

Penyepaduan selanjutnya di seluruh tapak Ruwais akan diselesaikan tatkala ADNOC melaksanakan program pelaburan yang diumumkan sebelum ini, memangkinkan penubuhan dan pertumbuhan industri-industri sekunder dan tertiari baharu, iaitu pemacu strategik yang penting kepada peluasan dan pempelbagaian ekonomi negara.

Perkongsian strategik bersama Eni dan OMV ini merupakan satu lagi contoh strategi transformasi dan penciptaan nilai seluruh kumpulan ADNOC rentetan landskap tenaga yang semakin berkembang. Ini akan memastikan ADNOC kekal menjadi sebuah syarikat yang berdaya tahan dan fleksibel yang dapat memanfaatkan peluang-peluang pasaran sepenuhnya.

Urus niaga ini dijangka selesai pada Suku Ketiga 2019, tertakluk kepada syarat-syarikat penutupan biasa dan kelulusan kawal selia.

Source: ADNOC
Keywords: Oil/Energy Utilities Joint ventures